Kembali menulis


Salam,

Lama dah tak update blog ni. Banyak sangat yang berlaku selama aku tak update ni. Ni antara rumusan hidup aku selama beberapa bulan ni.

DAH BOOKING RUMAH BARU

Selepas setahun mencari rumah yang sesuai, akhirnya hari tu kami suami isteri sepakat untuk beli rumah di area Sijangkang / Teluk Panglima Garang. Kenapa kami pilih rumah ni? Ada 3 sebab:

      1)      Tengah2 antara kampong aku di Jeram dan kampong isteri di Banting.
      2)      Bank value lebih tinggi dari harga sebenar.
      3)      Kawasan yang agak strategik, berhampiran kilang2, highway KESAS dan baru2 ni highway SKVE juga baru dibuka berdekatan situ.

Kami baru bayar booking fees, bulan 10 nanti baru setel urusan dengan bank memandangkan projek hanya akan berjalan awal tahun depan dan dijangka siap pada awal 2015. Untuk info, sekarang projek untuk Fasa 5 sedang berjalan dan rumah yang kami beli terletak di Fasa 6.

Tapi rumah tu dibeli memang sekadar untuk melabur semata-mata. Lepas siap nanti kami bercadang untuk sewakan je, fully furnished lagi. Buat masa ni rumah yang aku sewa kat JB lengkap dengan perabot, macam TV, mesin basuh, sofa, fridge etc2. Tapi since aku dah terminate sewaan kat sana baru2 ni, perabot2 tu semua aku bagi pakai je kat orang yang menyewa sekarang. Jauh woo nak amek. Once siap rumah yang dibeli ni, barang2 tu semua akan diletak kat rumah baru ni. Siapa nak sewa boleh booking dari sekarang hahaha.

Next plan, kami berdua sedang mencari tanah yang sesuai untuk dibuat rumah. Reason kami buat macam ni ialah sebab rumah sekarang kebanyakan 2 tingkat dan kurang lebar (semakin kecik). So taste kitorang senang, nak single storey je sebab malas nak naik2 tangga ni, then biar seluas yang mungkin. Kalau dapat tanah yang sesuai, memang bestla dapat buat rumah ikut design sendiri hehe. Doakan kami moga berjaya ye hihi.

DAPAT ANAK SULUNG

Alhamdulillah, anak sulung kami telah selamat dilahirkan pada 11 Jun 2012, jam 2143 di Hospital Serdang dan berat ketika itu 2.7kg. Baby tersebut adalah baby boy atau gelaran terkenal sekarang Boboiboy.

Sebenarnya, mama dia dah pecah air ketuban 10 Jun tu, lebih kurang jam 2350. Kami masa tu tengah tengok Prison Break Season 1 kat tv, aku plak tengah tunggu jam 0000 sebab ada live Spain vs Itali, Kejohanan Euro 2012. Tetiba banjir kat lantai, kelam kabut kami bergegas ke Hospital Putrajaya. Maklumla, anak sulung kan, memang panik sket la hehe.

Malangnya, kat hospital tu full plak, terus kami shoot ke Hospital Serdang. Kat sana isteri ditahan kat wad dulu since bila doctor cek, masih takde tanda2 contraction. Sampaila keesokannya, masih tiada tanda2 contraction. Akhirnya doctor bagi induce untuk paksa baby keluar, takut lemas dalam perut tu since air ketuban dah tinggal sket. Setelah beberapa jam contraction, isteri ditolak ke wad bersalin pada malam tu.

Syukur aku ada di sisi isteri semasa masa kelahiran anak. Yang menyambut plak nurse seorang je, so aku pon tolong2 la nurse tu mana yang patut. Memang kagum dengan proses kelahiran. Pengalaman dapat tengok baby keluar dari rahim tu memang takkan dilupakan. Sangat kagum dengan kebesaran Allah, dan juga ketabahan seorang ibu dalam melahirkan seorang anak.

Walaupon baby ditahan di NICU selama 3 hari atas faktor precaution (ye la, sebab baby keluar hampir 24 jam selepas mama dia pecah air ketuban), tapi akhirnya semua ok.

Semasa proses pendaftaran nama plak, kami suami isteri sepakat nak bagi nama Muhammad Haris Abcdef, tapi bila pergi ke JPN, tak boleh daftar nama ‘Abcdef’ tu since polisi diorang sekarang setiap nama mesti ada maksud. Tapi akhirnya setelah berbincang dengan isteri aku dan mama aku, mama aku merangkap kepada Wan baby aku mencadangkan nama ‘Naufal’ bagi menggantikan ‘Abcdef’ tu. Dan kami suami isteri pon setuju bagi nama Muhammad Haris Naufal kepada baby kami dan akhirnya berjaya la didaftarkan hehe.

Kelebihan anak aku ni ialah dia suka tersenyum

Ni kelebihan lagi satu, mama dia kata tido macam ulat beluncas

KERJA BARU

Bagaimana aku cari kerja baru ni sebenarnya bertitik tolak dari kejadian aku gaduh dengan bos yang dulu. Keluar je dari bilik dia, terus aku bukak jobstreet, kebetulan kat situ yang sesuai dengan kelayakan aku yang paling atas ialah dari Gamuda. Aku terus tekan apply, masa tu dalam jam 1730, then terus balik. Malam tu dapat emel dari Gamuda yang aku kena datang interview Khamis depannya.

Next weeknya aku pergila interview, tapi tak sangka plak dekat ngan hometown aku. Kebetulan kali ni bukanla development macam jobscope aku sebelum ni, tapi melibatkan air. 8 semester aku belajar kat university dulu, pasal air ni belajar 2 semester je kot haha. Aku terus terang je ngan panel yang aku memang takde pengalaman pasal air ni. Lama gak aku dalam bilik interview tu, dekat sejam. Hujung interview, panel bagitau result akan dapat dalam masa 2 minggu, itupon kalau berjaya.

Khamis depannya, Gamuda call kata aku berjaya dan minta start bekerja mulai 2 Julai 2012. Masa tu aku ada tak sampai 3 minggu untuk bagi notis kat kompeni lama. Ah, aku gamble je. Aku hantar surat resign tu pada hari yang sama hari kelahiran baby aku. Tu pon masa tu aku kat hospital, aku call dispatch, Zul untuk datang amek surat dan bagi kepada bos. Dalam jam 1200, bos call ucap tahniah sebab berjaya dapat kerja kat tempat yang lebih besar. Dia boleh plak bangga sebab staf dia berjaya menempatkan diri kat syarikat public listed. Ah, lantak la, aku masa tu dah memang bengang dengan dia.

Hari pertama daftar, aku dapat tahu yang diorang dah lama cari Civil Engineer, dah dekat 2 tahun, dah beberapa kali sesi interview tapi takde yang berkenan. Tup2, aku melekat, even guard kat guard post pon ucap tahniah kat aku sebab macam tak sangka, aiya. Hari pertama tu gak aku baru tau yang aku bukan ganti orang lain atau tambahan staf, tapi jawatan ni adalah baru diwujudkan dan aku adalah penyandang yang pertama, sama macam kat syarikat lama. Bezanya kat sini aku ada orang yang boleh bimbing, kat syarikat lama dulu memang ikut pandai aku je haha.

Kat tempat kerja baru, aku dapat bilik sendiri, agak besar, boleh letak 3 katil saiz King punya. Tapi disebabkan jawatan ni baru diwujudkan, so kelengkapan bilik pon takde lagi. Bajet baru lulus kat HQ, so HR kata barang2 bilik aku mungkin sampai awal Ogos nanti. Buat masa ni pakai barang2 yang keluar dari stor dulu haha. Sedih btoi. Tapi takpela, yang bestnye, nanti dapat barang2 baru, PC baru, kerusi meja baru, almari baru, HR kata dapat printer 3 in 1 lagi. Tak taula kot2 diorang nak amek hati aku haha.

Bilik aku. Sedih tak? hahaha

BAKAL BELI KERETA BARU

Aku dalam proses menyervey (survey) kereta baru. Ada beberapa model dah berkenan dan dah ada beberapa model gak yang aku terminate dalam list haha. Hopefully dapat pakai sempena raya yang bakal menjelma nanti hahaha.