Jom main tag

1. Adakah anda rasa anda hot?
- Sekarang ni memang panas pon. Nasib kat opis ade ekon hu3 (aku tau aku x hot)

2. Cerita pasal wallpaper komputer anda.
- Gambo tepi pantai yang air dia kaler biru kehijauan. Nang kacak gilak pic ya.

3. Kali terakhir makan pizza
- 3 bulan lepas kot, Dr Mat blanje, aku tibai jek

4. Lagu terakhir anda dengar
- Breakaway (Kelly Clarkson) - dengar 8 juta kali pon tak bosan

5. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
- Bace rencana kat Newsweek

6. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
- Syawal, Abcdef, Along, Walul, Syawalul, Abang

7. Tag lagi 5 org -
(1)Kemal , (2)Nurin , (3)Ani , (4)Norisma, (5)Uda & Nana
8. Siapa org no.1 pada anda?
- Besfren aku dari sekolah, sampaila keje pon 1 opis

7. Hubungan dgn org no.2.
- Em.

8. Hubungan dgn org no.3.
- Ani, ex classmate mase kat qber dulu

9. Kata2 cinta utk org no.4.
- Isma? x bole2


10. Katakan sesuatu pada org no.5.
- Saje tag korang berdua sebab tibe2 terconnect kat blog ngan korang berdua skaligus

5 perkara ttg Kak Fiza (org yg tag saya) -

(1) Baru kenal, tapi cam dah kenal lame - ramah

(2) Anak angkat mama, automatically kakak angkat i keh3

(3) Chubby ha3

(4) Ntah bile dia nak kawen pon aku tak tau

(5) Baik hati he3
 
Reactions: 

Durian pree!

Salam,
  • Tadi gi ke kilang kompeni, nak uruskan pasal bangunan tu, kat Sek.9, B.B.Bangi.
  • Balik tu, dalam 3.40pm singgah Petronas kat situ, isi minyak.
  • Before tu, cucuk duit dulu, ada atm CIMB kat dalam tu.
  • Kebetulan nampak notis kat pintu kaca kedai Petronas tu tulis lebih kurang camni "Untuk makluman, pihak kami menganjurkan jamuan durian pada hari ini, 28 Julai 2010, 4pm, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami."
  • Aku pon cepat2 kuar duit, isi minyak (dan mintak resit keh3), tutup pintu kete, gerak ke opis.
  • Call Hairi ngan Am, soh tunggu kat bawah opis, aku amek diorang.
  • Pas amek diorang, gi ke Petronas tu balik.
  • Sampai sane 4.10pm, memang kitorang orang paling awal ha3. Staf2 Petronas plak tengah kopek durian2 tu.
  • Kitorang makan memang tak ingat dunia dah, yo la, sedap, pree plak tu ha3.
  • Actually before ni pon Petronas tu memang penah beberapa kali buat jamuan makan durian, ada gak jamuan kuih. Yang peliknye, aku sentiasa bernasib baik untuk menghadiri jamuan2 tu. Alhamdulillah he3.
  • Sepanjang jamuan tu, bos stesen minyak tu pon ade. Ramai yang datang tadi wish moga rezeki beliau bertambah dan berkat. Aku pon same :D
Tengah menghayati tu

Hairi tengah mengushar awek petronas mengopek durian

Am tengah mencopet durian






 
Reactions: 

Memorabilia: Blok umah aku hampir musnah terbakar!

Adoi, hari ni badan lenguh2 sebab karnival sukan kat kampung semalam. Driving ke opis pon ngantok2 tadi. So tulis blog ni boleh buat segar sket (kot).

Ok, dah buat nescafe gold. Jom kite sambung.

Lokasi masih kat Pantai Dalam, umor aku 5 taun. Tengah malam tu, sedang ku enak diulit mimpi, aku agak dalam kol 2-3 pagila, tetibe mama kalut2 kejutkan aku ngan Angah. Aku kuar, tengok ayah tengah sibuk menyelongkar laci, cari dokumen penting katenye. Aku tengah mamai2 lagi, pastu kene heret ngan mama ke luar umah, dengan Angah skali.

Kuar je umah, terpana aku dek keindahan api yang marak membakar umah2 kat blok sebelah yang hanya beberapa meter dari umah aku. Yup, peristiwa tu masih jelas dalam kotak fikiran aku yang mempunyai berbillion sel otak yang berwarna warni.

Tak lame pastu, aku agak tak sampai 5 minitla, bomba sampai berlumba2. Orang ramai mase tu jangan cakapla, memang meriah macam festival songkran kat Thai tu, yang main simbah2 air tu.
Dah lama terpana, barula aku sedar, umah aku di ambang wati, kehancuran dan kehangusan. Mama ngan ayah memang dah risau, termasukla sume penduduk yang 1 blok ngan umah aku. Masa tu memang doa sangat2 supaya api tak merebak ke blok umah kitorang.

Dalam sejam lebih gak la, api dapat dikawal, fortunately, tak merebak ke blok umah kitorang. Pas bomba ngan polis bagi kebenaran kitorang masuk umah je, mama ngan ayah terus bukak TV. Pelik aku. Rupenye nak tengok berita terkini kat TV3. Dan hasilnye, kejadian tu memang masuk dalam berita pagi2 buta tu ha2.

Syukur sangat2 sebab api tu tak merebak ke blok umah kitorang. Kalau tak memang tinggal sehelai sepinggang sedada sebahu sebetis sume la. Tak silap aku, dalam news tu cakap, puncanya dari litar pintas. Wallahu'alam.
 
Reactions: 

Kelab2 dan Persatuan2 kat Tmn Permai

  • Kali ni nak cite pasal persatuan2 yang ade kat perumahan aku ni, Taman Permai.
  • Taman ni memang aktif, setahun program ade berpuluh.
1. Kelab Rukun Tetangga (KRT)
  • Persatuan paling utama semestinya Kelab Rukun Tetangga (KRT), dianggotai oleh pakcik2 ngan makcik2 kat taman ni.
  • KRT ni biasenye dapat peruntukan setiap tahun, cume aku tak boleh bagitau berapa jumlahnya.
  • Selain tu, diorang gak berfungsi sebagai tempat untuk penduduk kat Taman Permai ni mengutarakan pendapat dan masalah2 yang timbul.
  • Pengerusi ialah Hj Kukoh B. Jemani
Antara ahli KRT. Baju hijau tu uniform diorang.

2. Jiran Wanita
  • Sayap KRT ialah Jiran Wanita, kelab yang paling aktif kat taman ni.
  • Diorang ni bab wat program, memang superb. Kadang2 inform nak buat program sehari sebelum je, tapi soknye program run dengan success.
  • Diorang gak ada team marhaban ngan nasyid. Selalu dapat undangan2 dari manusia2 yang buat majlis kawen, cukur jambul etc2.
 Sebahagian dari ahli Jiran Wanita

3. Rakan Muda
  • Kelab ni organize by Kelab Rakan Muda (KRM) Kuala Selangor, sebab KRM kat Malaysia semua dihandle di peringkat daerah.
  • Since aku antara Sukarelawan KRM Kuala Selangor, so aku daftarkan budak2 yang berumur 15 – 25 tahun kat taman ni untuk join KRM.
  • Disebabkan kelab ni peringkat daerah, so setaun program hanya ade beberapa kali je, untuk adil kepada kampung2 lain.
 Semasa pendaftaran ahli Rakan Muda

4. Rakan Belia Permai (RBP)
  • Since tak ramai budak2 yang sebaya aku kat taman ni, so aku wujudkan 1 kelab belia yang dikenali sebagai Rakan Belia Permai (RBP).
  • Meeting pertama pada 18 April 2010, kelab akhirnya ditubuhkan dengan Kak Juliana sebagai Pengerusi kelab, manakala aku, Mak Ngah Nani, dan En Jais sebagai Penasihat dan Datin Mesrah sebagai Penaung.
  • Ahli pula seramai 17 orang dan akan berkembang dari semasa ke semasa.
  • Program pertama akan diadakan selepas mendapat peruntukan yang sudah diapply.
RBP time meeting

5. Jiran Muda
  • Kelab ni baru ditubuhkan pada cuti sekolah 2 minggu baru2 ni.
  • Objektif utama supaya budak2 ni ade inisiatif untuk berpersatuan, so that takde la lagi lepak2, dan menggalakkan diorang ni ke surau. So far, agak berjaya.
  • Dianggotai seramai 15 orang, paling menonjol setakat ni ialah Akid dan Zayani aka Botak.

Dari awal tahun sampai sekarang, memang banyak dah program yang dibuat.
  • Contohnya semasa cuti sekolah baru2 ni:
  1. 6 Jun – Explorace Taman Permai (Jiran Wanita)
  2. 7 – 9 Jun – Trip ke PD (KRT, Jiran Wanita dan Jiran Muda)
  3. 12 Jun – Senamrobik (KRM)
  4. 13 – 17 Jun – Kursus di Shah Alam (Jiran Muda)
  5. 13 Jun – Program ke IB (Jiran Muda)

  • Program yang akan datang:
  1. 24 Julai – Karnival Sukan (Jiran Muda)
  2. 31 Julai – Kursus Kepimpinan (Jiran Muda)
  3. 1 Ogos – Gotong-royong bersihkan sekitar taman perumahan (KRT)
  4. 20 November – Kursus di Langkawi (Jiran Wanita, Jiran Muda, RBP)

  • Program tak termasuk program2 yang tetap, seperti Maulidur Rasul, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha (majlis korban), dan lain2.
  • Semua kelab dan persatuan adalah berdaftar dengan ROI di bawah samada Jabatan Perpaduan atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
  • Nape perlu banyak kelab?, jawapannya supaya senang nak mintak peruntukan sebab banyak saluran.
So, dah kongsi aktiviti kat kampung aku. Kalau korang dah join, boleh share2 pe aktiviti kat kampung korang. Kalau belum, anggap je entry kali ni sebagai panduan. Cheers!

 
Reactions: 

Meeting Karnival Sukan

  • Malam tadi, 18 Julai 2010, jam 9pm, aku attend meeting fasal karnival sukan anjuran Jiran Muda Taman Permai yang akan diadakan pada 24 Julai ni.
  • Jiran Muda ni satu dari cabang persatuan yang ade kat perumahan ni. Aku akan cite fasal persatuan2 ni pada entry akan datang. Buat mase ni kite cite fasal program ni dulu.
  • Jiran Muda ni terdiri daripada budak2 yang umur diorang 13 hingga 20 tahun. Untuk karnival sukan ni actually first program yang diorang anjurkan, dengan dinaungi Jabatan Perpaduan Kuala Selangor. Karnival ni diorang dah bincang since 2 minggu lepas, malam tadi cume untuk folo up ape progress yang diorang dah buat. 
  • Aku datang just sebagai pemerhati, before ni tak dapat datang sebab meeting diorang on weekdays.
  • Kebetulan malam tadi malam Ahad, so ramai la yang datang, dalam 30 orang plus2. First time aku tengok bebudak tu present, cam kesian pon ade, cam tak yakin program tu boleh run. Tapi nasib baik aku dimaklumkan yang Jiran Wanita turut membantu, so takde masalah la. Jiran Wanita ni kalau bagi program sehari sebelum pon boleh success, sebab team spirit diorang kuat.
  • Walau cemane pon, aku ucap tahniah kat budak2 ni, takut2 pon, masih ade semangat nak run program. Yang penting diorang sanggup bekerjasama dengan orang lain dan tak malu2 untuk bertanya.
  • Untuk makluman, karnival tu nanti ade 9 acara, futsal, explorace, galah panjang, batu seremban, karaoke lagu2 patriotik, cabutan bertuah, dan lain2. Acara bermula 9am dan dijangka abes pada 6pm.
  • Aku akan bertugas sebagai ref untuk futsal he3.
  • Korang yang bace ni dijemput untuk same2 memeriahkan gak program ni. Sekian.
 
Reactions: 

Review: Call Of Duty 4: Modern Warfare

  • Dah lama gile aku tak main game yang berat2 kat PC. Kalau main pon mesti kat PS2. Masalahnya, kat PS2 aku tak pandai nak kontrol untuk First Person Shooter (FPS). Kalau nak main bola tu takde masalah la. Tapi untuk FPS better pakai mouse. 
  • Masalahnya lagi, game yang terbaru semua memerlukan spesifikasi komputer yang sangat tinggi, diulangi, sangat tinggi, untuk kepuasan yang maksimum. Kalau setakat medium spec, alamat rase cam nak baling je skrin komputer tu time main nanti.
  • Tapi awal taun hari tu, kompeni aku belikan komputer high spec untuk arkitek ngan designer. Biasela, nak buat design cun melecun ngan 3D mestila kene pakai power2. Disebabkan aku nak turut join memfullyutilizekan  komputer2 tu, aku pon install game2 yang best ha3. BTW, ni spec komputer2 tu:
  1. Intel Core i5
  2. 4GB DDR3 Ram
  3. Nvidia GeForce GT230 1.5Gb
  4. 1 TB HDD

  • Ok, berbalik kat segmen review. Untuk first game yang aku dah main  pakai PC ni, ialah Call Of Duty 4: Modern Warfare, yang dikeluarkan sekitar November 2007. Dengan full resolution, grafik dia memang terbaik dari ladang la ha3.
  • Secara ringkasnya, dalam game ni korang akan bawa watak Sarjan John "Soap" MacTavis, askar dari SAS British. Dengan dibantu teammates dan Kapten John Price, korang perlu hentikan serangan nuklear yang akan dilancarkan oleh seorang ultranasionalis, Imran Zakhaev dan pemimpinnya, Khaled Al-Asad. 
  • Keadaan menjadi semakin buruk disebabkan Presiden Timur Tengah, Al-Fulani telah digulingkan oleh Al-Asad.
  • Dalam plot by plot yang korang akan main, dari misi kat kapal laut sampai ke udara, korang dengan Kapten Price akan berusaha untuk cari Al-Asad dengan bantuan seorang spy yang korang dah selamatkan, Nikolai dan tentera Russia.
  • Selepas korang dapat tangkap Al-Asad, dengan petunjuk dari beliau, korang akan menjejaki Zakahev plak, melalui anak dia, Victor Zakhaev.
  • Ending dia memang best, kalau nak tau, main sendirila ha2.
  • Gameplay, memang best. Ade 1 plot, time malapetaka Chernobyl, bangunan dan persekitaran dibuat berdasarkan lokasi asal.
  • Senjata plak pelbagai, macam M4A1 Carbine, Sniper Rifle, FGM-148 Javelin portable anti-tank guided missile, claymores, dan part paling best korang boleh panggil airstrikes ngan UAV reconnaissance untuk tolong korang.
  • Grafik memang cantik, tapi depends kat PC korang gak la. 
  • Rating, aku bagi 7/10 la he3. Enjoy gambar2 screenshot kat bawah. Sekian.







 
Reactions: 

Review: Invictus

Sempena final World Cup yang akan berlangsung beberapa jam je lagi, aku nak review 1 movie ni. Memang takde kaitan ngan WC pon, tapi lebih kepada bagaimana 1 negara seperti Afrika Selatan yang dulunye mengamalkan dasar 'Apartheid', kini berjaya menganjurkan WC. WC memerlukan dasar penduduk yang bersatu padu, bukan hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.



Filem ni dibintangi Morgan Freeman sebagai Nelson Mandela (Presiden), Matt Damon sebagai Francois Pienaar (ketua pasukan team ragbi Afrika Selatan), pelakon lain tu tak payah tau la, tak popular pon. Tapi pengarah dia, Clint Eastwood. 

Ok, 'Invictus' adalah dalam bahasa latin yang bermaksud 'unconquered', yang tidak dapat ditakluki. 

Secara ringkasnya, cite ni berkisar kepada team ragbi Afrika Selatan yang bergelar 'Springboks', yang kesemuanya dianggotai manusia kulit putih kecuali sorang, Chester, kulit hitam. Manakala bagi penduduk kulit hitam kat sana lebih berminat untuk bermain bola sepak. Team bola sepak Afrika Selatan lebih dikenali sebagai 'Bafana Bafana'. 

Bagi Nelson Mandela yang baru dilepaskan dari penjara sempena penghapusan Apartheid, kemudian bertanding, dan akhirnya menang dan terpilih sebagai Presiden, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menangani fobia Apartheid yang masih belum reda. Yang menariknya, kebetulan Piala Dunia untuk ragbi akan berlangsung tak lama lagi, jadi beliau menggunakan Piala Dunia tersebut sebagai platform penyatupaduan rakyat Afrika Selatan. Apa cara yang beliau gunakan, tu korang kene tengok sendirila.

Bagi aku cerita ni memang menarik, berdasarkan kisah benar, plot cerita tak begitu berbelit. Efek dari dasar Apartheid before ni pon ade ditunjukkan, termasuk restoren yang mengkhususkan kepada kulit putih sahaja dan kulit hitam sahaja. Tapi dengan dasar2 yang Presiden dia bawak, akhirnya meminimumkan perasaan sangsi kepada sesama rakyat diorang.

Ape yang aku nak cite, keadaan sane walaupon kritikal dengan dasar Apartheid yang baru dihapuskan, tapi sebenarnya keadaan kat negara ni lebih kritikal.  Sekurang-kurangnya dasar tersebut menampakkan ketidakikhlasan secara nyata.  Kat Malaysia, nampak seperti semua ok, tapi kita sebenarnye seolah2 menunggu bom jangka waktu yang boleh meletup pada bile2 masa. Lebih2 lagi permainan politik yang tidak stabil. Kita sebenarnya menuju ke arah politik perkauman, untuk details korang boleh klik kat SINI.

Kejayaan menganjurkan Piala Dunia FIFA sebenarnya satu lagi manifestasi kejayaan negara tersebut dalam menyatupadukan rakyat. Sedangkan hakikatnya negara tersebut ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan berbanding Malaysia.

Jadi, aku rase setakat ni je la. Kalau korang rajin, tengokla movie tu, memang menarik. Movie ni tercalon untuk anugerah Oscar 2010. Sekian, salam.


 
Reactions: 

Mari same2 menyanyi dan bergelek

Memandangkan World Cup dah nak abes, dan team aku, Spain pon masuk final, mari kita same2 dengar 2 lagu yang popular ni, 1 lagu rasmi untuk World Cup yang dinyanyikan Shakira, 1 lagi lagu rasmi Coca Cola edisi World Cup 2010 yang dinyanyikan oleh Knaan. Layanss....





 
Reactions: 

Memorabilia: Aku pon nak hadiah gak!

Salam,

Part kali ni aku masih kat tadika kat Pantai Dalam tu. Memandangkan entry sebelum ni cite pasal celebration besday aku baru2 ni, entry kali ni pon ade kaitan pasal besday aku.

Satu hari, kawan setadika celebrate besday dia kat tadika tu. Memang enjoy sebab famili dia bawak kek beso, then ade jamuan makan2. Cikgu plak atur beberapa games sempena celebration tu. Akhir majlis, cikgu announced ade spesel untuk budak tu. Tetibe dia keluarkan satu bungkusan hadiah. Aku time tu memang jeles gile la ha2.

Balik umah, aku cakap ngan mama, aku nak celebrate besday aku nanti kat tadika ha2. Mama kate ok je.

Sampai ketikanya, aku inform kat cikgu, nak celebrate besday kat skolah. Cikgu on jek. Soknye, parents aku siap anto kek ngan pulut kuning untuk jamuan. Abes makan sume, aku pon dengan berdebar2 berharap moga2 cikgu bagi hadiah. Tapi tunggu punye tunggu, sampai balik pon cikgu tak bagi ha3. Soknye, aku masih berharap, tapi still takde. Hasilnya, sampai sekarang aku masih mengingati kekecewaan tersebut ha3.
 
Reactions: 

Bestday (Birthday) 2010

Salam,
Lately memang aku jarang update blog, disebabkan agak busy ngan keje dan aktiviti sosial. Entry kali ni pasai celebration besday aku yang diadakan hampir 2 minggu lepas (ha2 cam da lame la plak).
  
Birthday aku tahun ni jatuh pada hari Khamis, on 24th June. Tengahari tu bos blanje makan pecel lele, padahal hari semalamnya, ngan kelmarinnye aku makan benda yang same. Tapi disebabkan sangat sedap, so aku on jek, lagi2 sebab orang blanje ha2. Jumaat, gi Mines ngan member2 opis, celebrate kat sane, dengan duit yang bos bagi, kitorang bedal Kenny Rogers, sume orang pon tibai half bird ha3.

Sabtu, mama wat jamuan makan2, since 2 orang pekerja dia pon lahir on June, then sorang lagi jiran, Akid, 28 Jun. Malam tu memang happening, ngan 4 kek yang bersusun, satay yang best, bubur kacang cap durian yang menarik etc2, kitorang bedal ramai2 ha2.

Thanks kat kawan2 yang mengingati dan sudi wish, kat sms, kat facebook, yang sudi call. Thanks banyak2 kat famili aku yang wat majlis, bagi hadiah kemeja dan seluar slack, opis yang belanje makan2, Shida yang bagi hadiah boomark yang cambest, and finally to my lil 'sis' Nurin yang bagi set perfume and deo Adidas. I love u all!

Makan pree memang best

Aku pon makan pree keh3

Manusia2 yang dikorbankan. Aku slamber je pakai kain pelikat, ikut tema 'Halloween'

Antara mereka2 yang hadir

Ni pulak tetamu VIP

Kata2 keramat dari mama

Ni famili bagi

Ni pulak si Shida yang bagi

Cik Nurin plak yang memberi, i menerima jek
 
Reactions: