Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1431 pada kawan2 sume. Same2 kite menghayati perjuangan Rasulullah, insyaAllah :)
 
Reactions: 

E-Book: Trump 101-The Way To Success

Salam,
Sape yang tak kenal Trump, adik beradik dengan trompet ha2. Dia antara individu yang paling berjaya kat dunia ni walaupon aku tak boleh menafikan yang aku bukan suke sangat dengan dia sebab dia poyo dan tak ensem. Tapi, tak suke canepon, aku tetap melekat kat TV kalau ade rancangan The Apprentice. 

So, entry kali ni, aku hadiahkan korang e-book yang diterbitkan sendiri oleh Mat Trump-et ni. Basically, ianya lebih kepada memotivasikan diri, tapi yang bagusnye, topik2 yang dibincangkan kadang2 basic je, cume kite tak pernah nak amek berat. Ada 33 chapters dalam ni, bab yang aku paling suke kat Chapter 8: Your Guts Is Your Best Advisor dengan Chapter 29: Confidence Is A Magnet.

Papehal bole amek kat SINI.
 
Reactions: 

Aku nak BINGKANG UBI!!!

Hasil kemenengokan TV Series Halimah Jongang, sekarang ni aku ngidam bingkang ubi. Teringat lagi kat arwah opah aku dulu, rajin dia buat bingkang ubi, sedap gile plak tu. Really miss that moment. I love u opah hu2.
 
Reactions: 

Tune Up Utilities 2010



Salam,
Pada korang yang ade PC or laptop or yang seangkatan dengannya, ni aku nak share benda yang sangat penting untuk komputer. Benda ni boleh dikatakan wajib la korang install, tapi kalu tak install, takdela dapat dosa pon. Function benda ni untuk maintenance, repair or even styler untuk korang punye komputer tu. Aku dah lame pakai benda ni, dia kuar tiap2 tahun. Untuk entry kali ni, aku share the latest one, versi 2010. Aku sendiri blom pakai, sebab so far aku pakai 2009 he2. Papepon seduuuuuttt kat SINI.
 
Reactions: 

Family Day

16 Februari lepas mama aku sesaje buat ala2 famili day untuk pekerja2 dia. Tapi kecik2 je, ade jamuan makan, sukaneka sket2, then penyampaian hadiah, maklumla kompeni kecik jek (mikro). Pekerja mama dalam 6 orang, termasuk kawan2 mama dalam 3 orang lagi. Termasuk ahli-ahli famili diorang, so total dalam 60 orang. Aku turut menyumbang sket untuk peruntukan hadiah2 tu, ringankan beban mama.

Gotong-royong memasak


Keje speed 60km/j tapi berborak 200km/j ha2

Start program kol 9am, potong2 bahan2 untuk masak. Aku tukang beli barang jek kol 7 pagi aritu, then sambung tido. Sedar2 dah masak jek ha2. Menu boleh tahan la, laksa, nasi, lauk pauk cam gulai lemak nangka, ayam goreng, ikan masin, sambal belacan, air tembikai, ngan air cincau. Tapi lauk tu memang trully kampung, aku makan best gile.

UUuuuuhhhh best!


Gotong royong makan

Pas makan ade macam2 aktiviti. Untuk kanak2 ade isi air dalam botol, kaum ibu tiup belon sampai meletup, then ade cari barang untuk budak2 remaja, last skali kotak beracun untuk semua (yang ni aku yang in-charged dari segi ape yang perlu diorang buat kalau kotak tu berhenti kat diorang)

Ready 1 2 Go!!!


Alala comeinye

Part aktiviti kotak beracun tu yang paling best, thanks pada makcik2 yang sporting morting ha2. Antara yang best, ade yang kene guling2, pumping, membebel 30 saat (aku respek dengan makcik ni, dia punye bebel memang power ha3), menangis 30 saat (yang ni susah gile nak buat, tapi yang bestnye makcik tu try hard untuk nangis gak ha2). Tapi part yang nak buat aku nak ketawa guling2 mase sorang makcik tu kene cium siku dia. Macam2 cara dia buat, tapi tetap tak boleh ha2. Lagi satu, makcik sorang lagi kene cium kaki dia, aku dah senak perut ketawa ha3.

Kak Ija yang try untuk membuat muka badut


Nangis ke ketawa ni??


Cane ni, tak sampai nak cium siku ni ha2


Wanginye kaki aku ha2

Bak kate Kak Bab kat aku, "sampai hati ko buat kat kitorang camni ye long" sambil semua ketawa tak ingat dunia ha2.

Penyampaian hadiah


Yey! dapat bantal Dora!

Program abes dalam 5.45pm, memang happening. Hopefully next year boleh buat lagi he2.
 
Reactions: 

Jejalan ke waterfall @ Fraser's Hill

Last weekend, sempena CNY, aku ngan member2 kampong, sesaje plan nak gi ke waterfall kat Fraser's Hill sane. Plan da seminggu lebih, tapi mulut2 je la. Action tarak ha2. Sabtu tu plan btoi2, beli barang sume, Ahad 7.40 pagi kitorang gerak ke sane.

Kitorang gi 7 orang, aku, Aswad, Topek, Zahir, Ad, Nuar ngan wife dia, Ain. Pakai 2 kete Made in Malaysia ha2. Tapi yang lawaknye, mase kat Bkt Hijau, pas je 1bukit, 1 kete hilang dari pemandangan belakang kete yang aku naik. Rupe2nye kete kat belakang semakin ke belakang (sebab mati enjin kat bukit yang curam, so terbabas ke belakang ha2). Aku ingat dah rosak program, tapi nasib baik everything was okay, then kitorang teruskan bermusafir. Tapi rugila, tak teringat plak nak tangkap gambo mase tu.

Kitorang sampai kat simpang ke Fraser's Hill kol 9.50am, sayangnye lewat 10minit dari jadual naik yang dah ditetapkan. Nak tak nak, terpakse tunggu sampai kol 11am. FYI, dari simpang tu nak naik ke atas, jalan kecik gile, berpusing2 plak tu, so untuk naik ngan turun, ade schedule dia. Ni jadual dia aku letak, so kalau korang nak gi, bole plan awal2.

Jadual kelas turun naik

Naik ke atas tu dalam 7 km, then pas sampai kat pekan, ade 4km lagi untuk ke waterfall tu. Time tu Ain dah muntah2 sebab mabuk. Abes kete ha2. 

Kitorang sampai kat waterfall dalam 11.30am, then siap2 untuk bbq. Untuk mandi, perlu penyelarasan suhu badan, sebab kat atas tu pon dah sejuk, apa lagi nak berendam. Aku dah menggigil2 gak la. Tapi last2 nekad gak dok bawah air tu ha2. Tak best sangat pon tempat tu, kalau ade 10 bintang, aku bagi 3 jek. Tapi nasib baik ade air yang terjun ke bawah yang best untuk kitorang dapat 'urutan' free ha2.


Bawah waterfall

Sakit badan kene hentam ngan air

Setel mandi, pekena ayam bbq, memang heaven la ha2. Kebetulan Topek plak buat menu roti bbq, best gak sejuk2 pekena makanan yang hangat2 ni. Pas beberapa kali berangan dalam air, kitorang pon gerak balik, tapi papehal singgah pekan dulu, bergambo. Then soping2 sket he2.


Apa nama? Seriau? Jeriau?


Bukit En Fraser

Then kitorang balik pas gate dibukak koi 4pm. Balik tu memang best, cam cite Initial D pon ade. Tapi singgah kat empangan Hulu Selangor, bergambo depan dam sat, then balik terus. Balik pon, Ain muntah lagi ha2.


Aksi Kluang Man depan dam

Sampai umah dalam 6.15pm, 2 jam lebih gak la journey. Tapi actually distance dia takdela jauh sangat tapi lambat sampai sebab jalan berbelit. So, camni je la tamat citenye.



 
Reactions: 

Dunia Akhirat

Salam,

Last week mase aku otw balik ke KL, bos aku yang kat JB ni ade ungkap 1 word yang best. Lebih kurang camni dia cakap kat aku,

"Manusia kat dunia ni, bile dia dapat pangkat dia akan makin meninggi diri. Contohnye, bile seseorang kakitangan kerajaan yang asalnye dari jawatan pegawai dinaikkan pangkat ke penolong pengarah, then ke pengarah, semua tu akan menyebabkan dia akan berasa bangga dan tinggi diri"

"Tapi manusia yang kat dunia ni berlandaskan akhirat, bile imannye makin tinggi, dia akan semakin merendah diri"

Terkedu aku, so aku sengih je la he3......

Papepon, aku suke statement ni, sebab tu aku postkan kat sini.
 
Reactions: 

Hutan Bandar

Dah hampir sebulan aku dok kat Skudai, JB ni dan walaupon kat sini takde tempat yang best, tapi ada satu kawasan rekreasi yang aku rase agak menarik. Fortunately, tempat ni 5 minit je dari rumah sewa aku kat Mutiara Rini, Skudai. 

Nama tempat ni 'Hutan Bandar', ada 2 kat Johor ni, satu kat area bandar, satu lagi kat Skudai. Nama tempat tu pon dah mencerminkan sifat dia. Hutan Bandar dibina by PBT sebagai kawasan rekreasi untuk penduduk2 kawasan sekitar. Basically tempat tu ada trek untuk joging, tools untuk physical training, playground untuk kanak2, kawasan lapang untuk layang2 & helikopter/kapal terbang kawalan jauh, kawasan gerai2, pondok/rumah untuk berehat & tasik.

Yang lebih bestnye, pondok2 untuk berehat tu, diorang ikut design beberapa negeri kat Malaysia ni. Senang cite, kalau korang penah gi ke Taman Mini Malaysia kat Melaka tu, gitula rupenye.

Nih aku postkan kepingan2 gambo area tempat tu:

Banyak lelayang yg melayang2


Playground untuk belia2


Landskap yg cambest


Tasik kumbahan ha2


Contoh fasiliti yg ade


Trek untuk berjoging & cuci mata


Cam kat Kuching ler plak


Ni pon untuk fizikal


Guide pon ade, kalau tak tau gak, balik ke tadika belajar membaca


 
Reactions: