Majlis Berbuka Pose INSANIAN Qber Batch 01-02

Salam sume,
Aku, Along, Ani & Zu tengah plan nak buat majlis berbuka merangkap reunion budak-budak kelas I mase di MRSM Kuala Berang dulu. Berikut info yang korang kene tau:

Tarikh: 5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan 1430
Tempat: Puri Pujangga, UKM Bangi
Bayaran: RM25 (buffet, about 50 dishes there)

Pada korang yang dok jauh-jauh, tempat penginapan sementara disediakan. Girls, korang boleh bermalam kat umah Zu kat UKM Titiwangsa, sementara boys boleh bermalam kat umah aku kat Bandar Seri Putra, Bangi.

Maklumat lebih lanjut boleh contact aku kat no 012-2865228. Hope bole confirm awal sebab aku nak reserve tempat tu. Untuk transport, bole la pakat-pakat tumpang. Untuk direction, korang bole datang Bandar Baru Bangi dulu.

Ni list nama,

Miji (ketua kelas) Syawal Hazwan Rizzua Dauh Alang Zaime Zizi Ajai Izuan
Baim Keri Wani Azah Nana Asiah Ieha Isma Along Ani Elin
Ana Shida Zu Phidu Zura Zila


UPDATE!

*Kemal mengofferkan diri untuk korang bermalam kat umah dia kat Bangi kot-kot umah aku tak muat he2

*Pada yang dah kawen digalakkan membawa pasangan masing-masing

*Kitorang masih memerlukan 7 lagi no telefon, iaitu Miji, Rizzua, Dauh, Alang, Azizi, Elin dan Zura.

UPDATE LAGI!

*So far yang dah konpem:
1.Aku of kos la he2
2.Ani
3.Along
4.Zu
5.Ana
6.Azah & kawannye
7.Asiah & hubbynye
8.Izzuan
9.Keri
10.Hazwan
11.Wani

*Ni link tempat yang aku maksudkan tu. Klik SINI.
 
Reactions: 

Salam Ramadhan 1430


Salam, di kesempatan ni aku nak wish selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430. Aku minta maaf kot-kot ade kesalahan dan kesilapan lewat perbuatan atau percakapan. Moge semua amalan akan diterima oleh Allah S.W.T.

 
Reactions: 

Masam.Manis.Pahit.Kelat.Masin~~UNIMAS 2004-2008 in memories




Sempena konvo ke-13 yang baru berlangsung, kat sini aku nak listkan antara peristiwa-peristiwa yang menarik sepanjang aku bergelar mahasiswa di Fakulti Kejuruteraan (FK), Kejuruteraan Sivil, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

  • Hari pertama aku mendaftar kat UNIMAS, aku setakat mendaftar, then aku balik ke umah uncle aku di Petra Jaya untuk proses mengenal Sarawak dengan lebih mendalam (senang cite jalan-jalan la). Kesimpulannye, aku tak follow orientasi langsung he2.
  • Disebabkan aku tak gi orientasi, so aku tak tau bangunan-bangunan kat UNIMAS. Jadi bile hari pertama kuliah, aku menggagau cari BS (Bilik Seminar). Nasib baik aku terjumpa sorang boy kat fakulti mase tengah tengok time table, kebetulan sama program dengan aku. Nama dia Naquiddin.
  • Mule-mule main bola kat padang kawad, ade sorang classmate. Orang asyik panggil 'Sim'. Aku mati-mati ingat nama dia 'Hashim' sebab muka Melayu. Sekali nama dia 'Sim Kwang Tze'.
  • Mase masih junior, senior pakse pergi ke dinner anjuran diorang. Last-last aku antara wakil kelas yang pergi. Tapi selepas bayar puluhan RM, aku dapat makan ayam seketul jek. Aku pon keluar, runtuhkan segala hiasan kat main entrance kat tempat dinner tu. Akhirnye aku dapat pelbagai makanan untuk dibawa balik ha2.
  • Selalu pergi ke padang kawad pakai kereta Naq untuk main bole dari Kolej Tun Ahmad Zaidi (TAZ), journey about 10 minutes, pakai kereta Mitsubishi hitam, beso sket dari Kancil, bole skali masuk sampai 8 orang!.
  • Pernah bergaduh dengan student yang dari France masa main bola sebab dia main kasar sangat.



  • Assignment biasenye copy paste edit. Sumber paling best dari Hasno yang dia amek dari Mui Jing. Kalau due sok 10 pagi, malam ni kol 10 malam baru nak buat dan tak tido malam.
  • Isu kelas paling tegang, time camping kat Bako sebab ade team bola yang dibahagi-bahagikan untuk tournament time camping tu tak seimbang.
  • Objek paling popular time camping kat Bako------Proboscis Monkey aka Orang Belanda.
  • Kelas Dr Azhaili samada Geology ataupon Dynamic, menjadi kelas paling horror sepanjang pengajian.
  • Tapi hakikatnye sorang pon tak paham dalam kelas Geology. Mase midterm paper, di waktu hujan lebat, disebabkan sume tak dapat jawab soalan, Dr.Azhaili pon suruh sume keluar 15 minit untuk cari jawapan kat buku-buku dan nota-nota. Resultnye?.....sorang pon masih tak dapat A, siap ade yang fail!
  • Kereta itam Naq menjadi tempat BBQ untuk kalkulator aku hu2.



  • Tempat gathering paling best~~Chicken Hertz
  • Kisah paling lawak--Indra dan Osman teranta jawapan midterm exam bersama 'toyol' yang dikepilkan bersama. Kantoi sebab diorang pergi mengaku padahal Prof Salim tak perasan pon 'toyol' tu ha2
  • Aku dapat full mark 100% untuk midterm kali tu ha2
  • Tahun 2006, sume pindah ke kampus baru, tapi kelas masih di kampus lama. Jauh gile nak gi ke kuliah.
  • Lecturer paling manis~~Puan Rosmina
  • Lecturer penyebab fail paling banyak~~Prof Lebbe
  • Assignment paling sakit~~Projek RC2 sebab sampai melecet tangan aku buat benda tu























Banyak lagi kenangan, tapi so far tu je la yang aku ingat. Kalau ade yang lain nanti aku update lagi. Papepon korang digalakkan untuk topap kisah-kisah tersebut. Thanks :D

*UPDATE! UPDATE! UPDATE! UPDATE! UPDATE! UPDATE!

Disebabkan oleh masalah teknikal, ni antara beberapa peristiwa yang aku update yang aku amek dari mesej dari Indra, Tepot, Appy dan Hasno.

  • Kelas Dr.Sawant, Fortran, pon kelas yang student langsung tak paham
  • Tempat paling best dalam UNIMAS yang menyebabkan kitorang selalu escape kelas, Pusat Boling UNIMAS dan karaoke dalam bangunan HEP
  • Kelas Dr.Law, kelas yang paling sket student attend, aku sendiri g kelas dia 3 kali jek dalam 1 sem tu ha2
  • Subjek ape ek, Dr.Law terhilangkan kertas midterm test kite, then bagi markah sebarang jak ha2
  • Tengah-tengah kelas, dengan selamber keluar ke gerai Abg Dol, makan cucur udang dengan nasi lemak kat sane. 10 minit kelas nak abes baru masuk balik ha2
  • Aktiviti sehat yang selalu dijalankan selepas kelas, gi ke CC beramai-ramai, main Counter Strike ha2
 
Reactions: 

Konvokesyen 09


Kad jemputan :D

Pada 13 Ogos lepas aku fly ke Kuching, Sarawak dengan parents dan adik bongsu aku untuk menghadiri sidang konvokensyen aku. Sidang fakulti aku pada 16 Ogos, tapi terpaksa datang awal sebab kene hadiri raptai pada 14 Ogos.


Ayah aku dalam aircaft

Segala urusan pengambilan jubah dan bayaran aku dah mintak tolong Naq setelkan awal-awal lagi supaya senang bila time mau konvo nanti. Sampai jek Kuching, uncle aku amek kitorang sume kat epot, memang beruntung sebab ada sedara kat sane. Urusan pon agak mudah.

Pas bawak famili aku jalan-jalan ke UNIMAS siang tu, malam tu aku belanja famili aku ngan famili uncle aku makan nasi ayam penyet kat Kuching. Sok paginye aku gi UNIMAS dengan Naq dan Osman untuk acara raptai. Sebenarnye bukan nak sangat gi ke sesi raptai tu, yang penting bole jupe kawan-kawan lama. Kat sane Sim, Indra dan Ajel dah sampai. Tak lame pastu Hasno dan Sam pulak sampai, dan kemudian Barry. Kawan-kawan mekanikal plak aku nampak Tasnim jek. Abes sesi raptai kitorang lepak-lepak dulu dalam dewan untuk borak-borak, sampaila kene halau dengan guard he2.


Menikmati ayam penyet


Sesi raptai, tapi sebok borak-borak sampai tak dengar langsung briefing (maklumla, lame tak jumpe)


Afta raptai, sam mengheadbangingkan kepala

Petang tu pas solat Jumaat kat maktab perguruan, sempatla aku gi ke 1TJ, bangunan shopping mall yang kononnye nak menyaingi Saberkas. Tapi mungkin disebabkan baru dibukak, so ruang dalam agak hambar. Kedai pon tak banyak, kedai yang ade pon dari Saberkas macam PC Image dan 3E.


Dalam 1TJ yang membosankan


Luar 1TJ

Sabtu plak aku gi ke Serikin untuk bersoping-soping ngan parents aku. Sempatla mama aku beli kain telekung dia, aku plak beli cincin jek. Tapi kat sane dah semakin maju, kedai pon makin banyak. Gerai yang kat hujung ade menjual telur penyu, tapi tak sangka malam tu keluar isu jualan telur penyu tu kat Buletin Utama. Dah la memang lokasi tu kat Serikin.


Soping kek lapis Sarawak kat kedai Dayang Salihah


Depan DUN yang baru


Kampung Gersik, ngadap Waterfront

Ahad, 7 pagi, aku gerak ke UNIMAS naik motor kesayangan aku yang dah lama dilupakan sejak aku balik semenanjung untuk sidang konvo ke-3 untuk Fakulti Kejuruteraan (FK) dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS). Manakala famili aku plak datang dalam 8.30am dengan famili uncle aku. Tapi yang tak bestnye, disebabkan nama aku bermula dengan huruf 'S', terpaksela aku dok agak hujung-hujung.

Selepas berarak pada 8.30am ke dewan, kitorang pon amek tempat masing-masing kat dalam dewan tu. Majlis bermula kira-kira jam 8.45am selepas selesai perarakan pensyarah dan VIP. Aturcara dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya ucapan oleh NC UNIMAS, Prof Khairuddin.

Nasib baik pas ucapan NC tu terus ke penyampaian ijazah, sebab nak dok lame-lame dalam dewan tu mau pitam aku dibuatnya. Dahla time tu aku tengah selesema, dok plak dalam dewan yang ekonnya sejuk gile.

Turn aku hampir 2 jam selepas majlis penyampaian skrol bermula, sebab FSTS yang mulakan dulu. Then student FSTS agak ramai. Sebab tu FK agak lewat. Seronok tengok orang amek skrol, macam-macam ragam bole jumpe. Ada yang serius, ade yang hepi, ade yang excited tak ingat dunia, ade yang tunduk sampai nak tumbang, ade gak yang langkah tak betol, macam-macam hal he2.

Tapi yang bestnye, penyampaian sijil tu diselang-selikan dengan persembahan lagu-lagu. Aku tak pasti siapa yang in-charge, tapi most probably by kelab BAYU. Satu part yang bagi aku paling best mase diorang tayang video clip pasal UNIMAS, sebab lagu tu macam lagu baru dan sedap didengar, then lagu tu bersynchronize dengan videonye. Aku nak request lagu tu, tapi tak tau kat sape.

Majlis abes kol 11.30, aku lega, kawan-kawan aku lega, parents aku pon lega. Malas nak dok lame-lame dalam tu, lagi-lagi aku sendiri tengah selesema. Tapi bangga gak la sebab dapat naik pentas amek skrol ijazah tu, walaupon sebelum ni pernah konvo kat MRSM, kat matrik , even konvo kat tadika, tapi kali ni perasaan tu berbeza.

Abes majlis, kitorang berarak keluar. Sambil tu aku cari-cari parents aku, kot-kot ade dok kat tepi line perarakan tu. Aku nampak mama aku tengah pegang bunga sambil senyum kat aku. Abes berarak terus aku gi ke parents aku, peluk diorang. Paling tak boleh lupe mase aku peluk mama, mama cakap 'tahniah sayang' sambil tersedu-sedu sebab sebak, then bagi aku sejambak bunga. I love u ma n pa :D


Afta konvo, with my parents

Abes sume, kitorang gi ke DK4 untuk makan pree ngan budak-budak FK lain. Tak silap aku majlis tu budak-budak SAFE yang organize. Tapi tak kesahla, yang penting makan pree.


Aku, Indra, Sam, Hasno dan Saiful

Then bermulala adegan-adegan bertangkap gambo kat sekitar UNIMAS. Tempat first aku tuju semestinya kat bridge, student panggil 'Jambatan Cinta'. Then gi ke FK, Dataran Canselori dan akhirnye di main entrance.


Depan jambatan


Depan FK


Hadiah. Thanks :D

Aku nak ucap thanks kat insan yang sudi bagi aku hadiah, pada parents aku yang bagi bunga, Uda yang bagi bear dan Shida yang bagi sebotol choc chip dan badge. Tak lupa, aku mintak maap kat Dr. Ibrahim sebab tak jadi sambung master bawah dia walaupun dia dah bersusah payah buatkan proposal untuk aku. Aku mintak maap sangat-sangat. Papepon aku nak wish tahniah pada sume kawan-kawan coursemate aku, dari yg konvo 2008, konvo 2009 hinggalah konvo 2010 nanti (insyaAllah). Hope sume akan dapat title IR satu hari nanti, Amiiin :)



 
Reactions: 

Tahniah Kemal!

12 Ogos 2009~~Kemal mempelawa aku ngan Ecah untuk dinner bersama. Tujuan utama adalah sempena menyambut hari lahir Ecah yang ke-88. Tapi rupenye ajakan tersebut ade tujuan yang lebih dari itu, seperti ada cebisan daging di celah-celah gigi--lebih kurang cam udang di sebalik batu la.


Lepas melantak lauk-lauk yang memang best termasuk ikan kerapu 3 rasa kat Singgalang Restaurant tu, Kemal pon melakukan aksi akrobatik dengan melafazkan 'aku akan kawen disember ni'. Tapi yang peliknye Ecah bole teka dengan btol plak. Mungkin ada konspirasi di sini? he2.



Papepon keputusan Kemal ni banyak dipengaruhi oleh keluarga pompuan, ala-ala dalam drama la. Cuma mungkin dia sendiri pon tak sangka. Tapi nak buat cemana, jangan tunggu lama-lama, nanti diambil orang. Lagipon memang lebih bagus kalau dicepatkan, cepat aku dapat 'anak buah' nanti ha2.


Cume aku kena plan bagus-bagus sebab bulan 12 nanti memang banyak kawan-kawan yang lain akan kawen, termasuk sedara aku kat Dumai, Indonesia. Tapi kawen Kemal ni yang paling aku utamakan.


Siapakah gadis yang menjadi pilihan Kemal?. Tu korang tanye dia sendirila, lebih afdal he2.


Untuk Kemal, tahniah bro. Antara kita bertiga, jodoh ko sampai dulu. Sian kat Ecah, beriya-iya nak jadi yang first, tapi skali dapat kat ko ha2. Pasni ko doa la supaya aku ngan Ecah dapat jodoh masing-masing plak. Gudlak bro!

 
Reactions: 

All The Love In The World

Just nak berkongsi satu lagu yang menjadi lagu peberet aku dari dulu lagi. Layan!




I'm not looking for someone to talk to
I've got my friend, I'm more than O.K.
I've got more than a girl could wish for
I live my dreams but it's not all they say
Still I believe (I'm missing) I'm missing something real
I need someone who really sees me...

(Don't wanna wake...) Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give... all the love in the world

I've often wondered if love's an illusion
Just to get you through the loneliest days
I can't criticize it
I have no hestitaion
My imagination just stole me away
(Still...) Still I believe
(I'm missing) I'm missing something real
I need someone who really sees me...

(Don't wanna wake...) Don't wanna wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
All I need is to know it's for sure
Then I'll give... all the love in the world

Love's for a lifetime not for a moment
So how could I throw it away
Yeah I'm only human
And nights grow colder
With no-one to love me that way
Yeah I need someone who really sees me...

(Don't wanna wake...) And i won't wake up alone anymore
Still believing you'll walk through my door
You'll reach for me and I'll know it's for sure
Then I'll give all the love in the world
(Don't wanna wake up alone anymore...)
 
Reactions: 

XPDC Bukit Kelawar

Baru-baru ni kawan aku, Tolha mengajak untuk join aktiviti perkhemahan di Kem Bukit Hijau, dan antara aktiviti yang menarik ialah mendaki Bukit Kelawar. Actually program tu anjuran Kelab Rakan Muda (KRM) Tg Karang. Aku plak KRM Kuala Selangor. Tapi aku tak peduli, aku nak join gak ha2. Aktiviti mendaki tu sebenarnye antara aktiviti yang ade dalam perkhemahan sepanjang 3 hari tersebut (7,8 dan 9 Ogos 2009). Apa yang membuatkan aku nak sangat join disebabkan camping tu dibuat kat kem kawan aku yang dah 3 tahun tak jumpa, Kak Lela. Kak Lela ni dulu merupakan antara kawan-kawan outdoor aku. Kalau outdoor, Kak Lela ni memang otai la. Dan syukur Alhamdulillah, sekarang dia dah ade kem sendiri yang mana ianya merupakan impian beliau sejak dari dulu lagi. Aku memang kagum dengan semangat beliau.


Mendaki dengan semangat yang (Proton) waja

Untuk program kali ni, aku takdela jadi fasi macam selalu tu, sebab aku kejap on, kejap off. Aim aku nak daki bukit tu jek. Tapi aku tetap bermalam kat sane untuk spend mase dengan kawan-kawan. Program kali ni dihadiri oleh dekat 30 orang pelajar dari SMK Dato Harun dan SMK Seri Desa, Tg Karang yang rata-ratanya form 4 dan form 5. Budak-budak kali ni ok, open minded dan senang untuk dibawa berbincang. So kerja fasi-fasi pon agak mudah sebab program berjalan dengan baik.


Berehat sebentar bersama kitkat

Untuk aktiviti mendaki tu, Bukit Kelawar tu takdela tinggi sangat, sekitar 300m je dari paras laut. Tapi bagi aku kira ok la, sebagai pemanas badan. Sejak kerja ni aktiviti outdoor aku agak terbantut disebabkan agak sibuk. Last aku hiking mase kat Gunung Berembun, Cameron 4 bulan lepas.

Aktiviti pendakian bermula jam 0900, selepas aku buat simple warm up. Warm up pon ala-ala kopi dangdut jek, sebab aku jangka kali ni terpaksa jalan slow-slow jek sebab bawak budak-budak tu la. Dengan dikepalai oleh Kak Lela, kami pon mendaki dengan penuh keazaman dan pengharapan, cewah. Setelah berhenti beberapa kali, kami pon sampai di puncak dalam jam 1100. Kat puncak ade la aktiviti-aktiviti sket yang disediakan oleh para fasi. Tapi aku tak dapat lame-lame sebab dah janji dengan rombongan 'Che Kiah' akan berada di Masjid Sungai Buloh Jeram pada jam 1230 untuk kitorang same-same gi ke kenduri kawen Siti Syuhada, kawan mase SMKAKS dulu. So jam 1130 aku dah start untuk turun, manakala yang lain stay kat puncak sebab nak masak untuk lunch. Untuk turun aku lari non stop sebab nak kejar masa, akhirnye aku sampai kat kaki bukit dalam jam 1200. Memang cepat, tapi hasilnye, tangan aku calar balar la sebab banyak ranting dengan daun dan duri-duri aku redah.


Kak Lela, wanita yang lembut tapi tegas.

Pada korang yang nak tau katne lokasi Bukit Kelawar ni, dia kat Jeram, Kuala Selangor. Bukit tu dalam 15 minit dari pekan Jeram. Untuk korang yang ada GPS, korang boleh set pada koordinat N 03 15.365' E 101 23.225'. Tapi route ke puncak masih belum jelas kelihatan, so pendakian lebih mencabar dan berdasarkan tanda (mark) yang Kak Lela buat.

Kat sini gak aku nak promot sket pasal kem Bukit Hijau ni. Kalau korang nak buat aktiviti-aktiviti outdoor, sini pon ok gak. Kem ni lengkap dengan dewan, surau, chalet, kantin, dan tapak perkhemahan. Tak lupe kat keperluan asas, toilet he2. Bayaran pon berpatutan. Pasal guide tak payah risau. Kak Lela dan adiknye, Bro Zin memang banyak pengalaman dalam aktiviti pendakian ni.


View dari puncak.

Lepas raya ni, kawan-kawan aku plan mendaki di Gunung Tahan. Gunung ni memang yang paling susah la nak didaki kat Malaysia ni. Gunung Kinabalu sebih senang untuk didaki walaupun ada masalah dari segi cuaca. Mungkin amek mase selama 5 hari untuk program di Gunung Tahan ni. So kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh contact aku di emel abcdefs@ymail.com.

Sekian, zaasss!
 
Reactions: 

I Love Malaysia Campaign!



Sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-52 tak lama lagi, kat sini aku nak promot kempen ni. Basically kempen ni dianjurkan oleh Exabytes, sebuah syarikat hosting kat Malaysia ni. Apa yang korang perlu buat hanya pasang banner kat blog-blog korang. Kalau korang nak tengok contoh banner, ade kat sebelah atas kanan blog aku ni.

Apa yang bestnye korang berpeluang untuk memenangi Apple iPhone 3Gs yang baru tu. Selain itu korang gak boleh menang Western Digital 320GB. Yang lagi bestnye, blog korang tak perlu popular untuk menang sebab pemenang akan dipilih secara rawak, asalkan kat blog tu ade banner tersebut. Untuk registration, kat bahagian referrer URL, letakkan emel aku abcdefs@ymail.com, sebab kalau korang menang, orang yang menjadi referrer turut akan memenangi hadiah tersebut. Menarik bukan? :D

So, ape tunggu lagi???. Pergi ke SINI dan daftar, kemudian sebarkan di website-website dengan emel korang plak. Adios!

 
Reactions: 

Jerawat2!

Dah lame aku tak ade jerawat tapi kenapa tibe-tibe ada balik???....adoi sakitnye
 
Reactions: 

Friendship

Sempena hari berkawan ni (bahasa melayu la) aku show satu lagu yang menjadi nostalgia masa aku kat matrik dulu. Khas untuk kawan-kawan semua!

UNIC - Kawan

 
Reactions: 

Hepi Friendship Day!



Pagi tadi aku dapat sms dari Kemal dengan MMS dari Ecah yang mengucapkan Hepi Friendship Day kepada aku. Aku betul-betul tak ingat yang hari ni hari friendship. Ape-ape pon aku mengucapkan Hepi Friendship Day kepada semua kawan-kawan aku dari aku kecik sampaila dah besar sekarang, terutamanya kepada besfren aku, Kemal dengan Ecah. Hope persahabatan kita kekal selamanya, kita tengok sape kawen dulu ha2.
 
Reactions: 

Kata-kata hikmah minggu ini

"When you lose, don't lose the lesson"
 
Reactions: 

Weekend tok

Sok (Sabtu 1 Ogos 09) buat pertama kalinye aku nak menceburkan diri dalam aktiviti bermasyarakat kat perumahan aku ni. Sejak hampir 4 bulan aku dok sini, esok baru ade peluang nak jumpa orang-orang yang duduk kat perumahan ni, itupun sebab jiran selang beberapa rumah dari rumah yang aku duduk ni buat kenduri kawen. Tapi rase terharu gak sebab kewujudan kitorang kat sini disedari he2. Paling lawak mase dapat kad undangan orang tu tulis 'Rumah 62', sebab diorang tak tau nama kitorang ha2. Tapi ni la beza duduk kampung dengan duduk bandar. Duduk kat kampung dengan cepat dapat kenal-kenal jiran. Kat bandar ni susah sket, lagi-lagi kalau duduk kat perumahan yang elit, sebab banyak masa dihabiskan dengan berkerja. Nasib baik la perumahan aku ni up sket dari setinggan, so ade harapan lagi la nak kenal jiran-jiran.

Ahad nak pergi ke PC Fair dengan Amir & Aizat. Patutnye nak pergi Sabtu gak, tapi memandangkan esok hari yang genting kat KL, so kitorang tak nak amek risiko. Bagi aku, bodohla orang-orang yang buat perhimpunan camtu. Menyusahkan orang lain jek. Aku langsung tak percaya bila penganjur-penganjur tu cakap yang perhimpunan tu tak akan ade keganasan. Sume tu bohong. Sejarah dah membuktikan. Ade care yang lebih manis dan bersopan berbanding buat perhimpunan dan perarakan tu.Tak payahlah terlibat dengan benda-benda camtu. Nanti dah bermain emosi, konpem akan berakhir dengan keganasan. Aku kesian dengan polis-polis. Bile diorang jalankan tugas dengan menahan pesalah dan melepaskan gas pemedih mata, semua mengutuk polis, cakap polis kejam. Padahal kalau diorang tak buat semua tu, tak ade sebab polis nak tahan diorang.

Akhir kata, buka la minda sucikan jiwa!
 
Reactions: