Futsal Reunion Ex-SMKAKS

Salam,

Hari tu dah berlangsung tournament futsal untuk budak2 ex-smkaks dar batch 1998 sampaila batch 2003. So total 6 team yang join. FYI aku batch 2002.

Bersemangat team aku sampai diorang tempah jersi cap ayam, siap ngan nombor dan singkatan nama. Contohnya aku ‘SA’, tapi yang aku tensen diorang buat ‘MS’ sebab ingat nama aku Mohd Syawal. Konpiden je, bukan nak tanye aku dulu, sengal betul haha. BTW aku pilih nombor peberet aku, 2.  Actually nombor peberet aku nombor 8, tapi dah ade player lain yang amek. Dua adalah second nombor peberet aku afta lapan.

Kononnya main dari jam 9 pagi sampai kol 12 tengah hari, sekali drag hampir ke kol 4 petang. Main secara liga, 4 team teratas akan masuk ke semifinal, then final. Main plak 8 minit untuk dua2 half time, so total 16 minit untuk 1 game. Berikut keputusan team aku:

FULL RESULT:

LIGA:-
Melaukkkkan batch 2003 (2-0)
Melaukkkkan batch 2001 (6-1)
Bagi can kat 2000 (4-4)
Bagi can kat 1999 (2-2)
Melaukkkkan batch 1998 (6-0)

Kami no. 2 dalam liga secara keseluruhan, then masuk semifinal dan menang 8-0 dengan team batch 2003. Final kitorang menang 6-1 ngan batch 1999. Hebat tak???? Haha…dah riak la ni.

Sebelum game moh kite berposing

Ni final


Korang nampak penumbuk aku tu tak? haha

Ni masa penyampaian hadiah

 
Reactions: 

Housewarming

Alhamdulillah, Ahad lepas 8 Januari 2012 dah selesai majlis kesyukuran merangkap housewarming kat umah aku. Walaupon aku dan isteri sangat penat menyediakan juadah dan mengemas rumah, tapi rasa semua tu berbaloi.

Jam 11.30 pagi sedara mara dah ready untuk baca Yaasin sempena masuk rumah baru dan tanda kesyukuran atas kehamilan isteri yang dah 4 bulan lebih. Abes bacaan Yaasin, dalam jam 12 tengahari semua start2 makan. Time tu gak kawan2 dan sahabat handai mula datang ke rumah kami. 

Dari jam 12 hingga 7 malam, tak putus2 kawan datang. Senang cerita memang meriah gile. Aku gak sediakan kerusi sebanyak 20 unit ngan meja 4 unit kat luar. Ye la, rumah ni bukannye beso sangat. Nasib baik kawasan luar agak luas. Paling best masa ramai2 tengok TV semasa final Terbuka Korea, Chong Wei lawan Lin Dan. Memang takkan lupa time tu, lagi2 masa match point dan akhirnya Chong Wei menang. What a unforgettable moment!.

Special thanks kepada ayah, mama, dan adik2 aku, famili mertua aku, makcik2 dan pakcik2 aku, makcik2 dan pakcik2 isteri aku kerana telah menyumbang idea dan tenaga, seterusnya berkenan membacakan Yaasin untuk kami. Juga kepada kawan2 sekolah, kawan2 ofis, paling terharu kepada kawan2 kampung di Jeram yang dari jauh datang ke majlis. Tak lupa kawan2 kampung, kawan2 sekolah dan kawan2 ofis isteri yang juga telah datang memeriahkan majlis. Pada yang tak sempat datang, lain kali boleh datang lagi, anytime. Tapi make sure bagitau dulu, kalau tak, alamat makan biskut cicah milo je la hehe.

Thanks once again!.

Ready untuk bacaan Yaasin

Baby

Mak mertua ngan cucunya

Abes baca Yaasin kita berkudap

Mama ngan CIkta bergosip di dapur

Kawan kampung wife, Tytien dan Su

Sana tu asyik tengok badminton, yang kat sini sibuk bergosip

Belah2 pompuan

My best friends, Ecah dan Kemal ngan isterinya, Ramza dan baby diorang, Amalina

Isteri dengan kawan2 universiti

Pakcik Zaidi pencabar aku bab2 makan ni

Mohd Izzat, baru beberapa hari keluar menjenguk dunia

Antara tetamu yang datang

Aku tengok dia sorang2 tengah nak belajar solat, skali bila dia perasan aku, terus dia malu haha..comel je

Amalina A'isyah...comel sangat8!

 
Reactions: 

Preparation untuk housewarming

Weekend baru2 ni aku rase penat gile. Full of activities (as usual la kan).

Sabtu menolong wife buat cup cake untuk sepupu dia yang nak buat majlis potong jambul babynye.

Ahad attend kenduri potong jambul tu.

Isnin plak dari pagi sampai hampir ke malam bershopping barang2 rumah dan barang2 untuk majlis housewarming next week.

Menjadi gak la. Kiri tu perisa blueberry, kanan coklat

Ni kat Nilai

Econsave Bangi

Penuh kat seat belakang ngan tikar, rak pinggan & penyidai tuala haha

Jenuh aku sumbat benda2 ni, nasib baik muat haha



 
Reactions: