Selamat beraya!

Di kesempatan ni aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri pada kawan-kawan semua. Maaf jika mulut yang berbicara tak sempurna, jika ada perilaku tak menyenangkan, jika di hati terdetik kekesalan, jika makan minum tak diredhai, dan jika segala janji tidak ditepati. Datangla bertandang ke rumah moga persahabatan semakin utuh. Wassalam....
 
Reactions: 

Nostalgia NADA MURNI-Rabbani

Last week aku gi ke Uptown Shah Alam. Ade 1 booth yang jual barang-barang Islamik. Aku singgah sat, terjumpa CD Nostalgia Nadamurni yang dinyanyikan balik kumpulan Rabbani. Aku pon tak pikir banyak terus beli CD tu sebab sebelum ni aku gi mane-mane kedai CD memang tak ade stok. Nadamurni ni bagi aku memang sangat nostalgia, lagi-lagi mase aku zaman skolah rendah dulu. Pada korang yang tak kenal sangat pasal kumpulan Nadamurni ni, boleh gi ke SINI.

Ni cover kulit CD yang aku beli

Ada 10 lagu semuanye dalam CD ni, tapi antara lagu-lagu yang paling aku ingat:
Bila Nur Melimpah Di Hati (aku hapal lagu ni he2)
Ibu Mithali
Sunnah Berjuang
Indahnya Hidup Bersama Ilahi (hapal tapi sebab penah dengar Hijjaz nyanyikan balik before ni)
Mana Milik Kita
Jasa Petani

4 lagi lagu yang ade:
Al-Hijrah
Sifat 20
Nun Di Sana
Ayyu Zikraa

Balik dari uptown, sampai je umah, terus aku pasang lagu-lagu tu. Memang feeling!. Papepon ni aku import dari youtube sebahagian lagu-lagu diorang.




Akhir kate, takziah untuk famili Ustaz Asri. Aku penah berborak sekejap dengan Arwah Ustaz Asri kat belakang pentas, kat Kompleks PKNS Shah Alam. Mari kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah....Al-Fatihah....
 
Reactions: 

Jejak Kasih?

Malam tadi aku dapat SMS, lebih kurang camnila aku borak-borak ngan budak tu:

Jiji: Cmeykom along, jijie nyh....igt agie x?
Aku: Jiji mane eh?
Jiji: Jijie makcik ros, dulu kat taman pekerti
Aku: Ooo baru igt...
Jiji: Along watpe skunk?
Aku: Keje kat bangi jek
Jiji: Owh...xgnggu ke niyh?umo along skunk bpe ek?
Aku: 24...jiji watpe skrg ni?
Jiji: Blja kat ILP je...along ngh watpe niyh?
Aku: Tgk bola jek...amek kos pe?
Jiji: It.....along dok sne ngn kwn ke?
Aku: Yup...

Tu je la, then aku gerak blk dari uptown sek19 S.Alam tu. Terkejut gak aku dapat SMS dari dia. Tak silap aku umo dia sebaya Mira, adik aku. Dulu famili dia dok satu taman perumahan dengan famili aku. Adela selang dekat 10 rumah, tapi mak dia kawan baik dengan mak aku. Tak silap aku gak, mase aku darjah 4, dia plak mase tu umo baru 4 tahun, famili dia pindah ke Johor. Sejak tu mak aku lost contact dengan mak dia. Tup-tup dapat SMS dari dia malam tadi. Terus aku forward nombor fon dia ke mak aku untuk mak aku contact mak budak tu. Dulu mase kecik-kecik pantang aku usik budak tu, mesti menyorok kat belakang mak dia ha2. Papepon mungkin raya kali ni ade jejak kasih?....
 
Reactions: 

Majlis Berbuka Pose INSANIAN Qber Batch 01-02 (Gambo2)

Alhamdulillah, reunion yang dirancangkan secara adhoc akhirnya berjaya gak dijalankan. Seramai 13 orang ex Insanians telah datang pada malam tu, tambah 2 orang lagi (kawan Azah dan suami Asiah, Ilham) so sume total 15 orang. Tak nak cite panjang-panjang so aku tunjuk gambo jek he3.


Wani buat muka pelik, Ani kontrol ayu makan, Asiah plak melangut ke mana

Norisma yang tak henti-henti berborak, Keri layan jek he2

Barisan parlimen Insan


Norisma yang masih bercerita

Zu tengah garu kaki sebab semut gigit

Norisma, Ani ngan Wani tengah berbincang isu nuklear

Asiah yang menapau

Slurp2...

Along dan Wani tengah bergosip pasal Tomok

Izzuan senyum menggoda awww!!!

Eh nama sapakah ini?

Tangan Izzuan kat belakang Hazwan tu buat ape???

Marila menikmati kurma merah dari China, digemari oleh brader Ilham


Barisan pemain yang dulu berhingus, sekarang macho, anggun dan bergaya (pinjam ayat cekgu mede)

Ni plak hasil video ari tu. Tapi aku dapat upload 2 jek so far sebab setelah diconvert, 2 biji ni je yang memampukan untuk aku upload sebab video lain terlalu beso (yang ni pon dekat 100mb pas diconvert)

video

video
 
Reactions: 

UPDATE! MAJLIS BERBUKA POSE EX INSANIANS QBERIANS

So, ni nak announce kekonpeman majlis tersebut, based ape yang dah dipublishkan before ni (klik SINI)....
Member yang konpem datang:

1.Syawal
2.Along
3.Ani
4.Zu
5.Ana
6.Azah & kawannye
7.Asiah & hubby dia
8.Izzuan
9.Hazwan
10.Keri
11.Wani
12.Isma
13.Zaime

So total 15 orang. BTW ni details untuk tempat berbuka

Tempat: Village View Kajang (Puri Pujangga full....sob2)
Masa: 5.30pm (berkumpul di Masjid Sek.9 Bandar Baru Bangi)
Bayaran: RM25
Makanan:

  • Nasi
  • Tomyam
  • Telur bistik
  • Siakap 3 rase
  • Sotong&udang goreng tepung (campur)
  • Kailan ikan masin
  • Satay ayam
  • Jus tembikai
Okes ni route, yang dari S.Alam, PJ, KL:
1. Korang ikut je signboard ke Seremban.
2. Then exit kat Kajang.
3. Pas tol Kajang, ikut signboard Bandar Baru Bangi
4. Then terus jek sampai jumpe T-junction (about 10 minit)
5. Belok kanan, then dah nampak masjid tu (kaler ijau)

Yang ni dari nilai (untuk Asiah):
1. Ikut je highway plus menghala ke KL
2. Exit kan tol Bangi
3. Pas tol, terus sampai jumpe roundabout, amek kol 9
4. Terus jek sampai nampak masjid tu (dalam 7-10 minit)

Yang dari tempat lain aku rase korang tau kot he2. Kalau korang nak google map kat tenet, atau korang ada GPS, korang boleh taip koordinat ni 2.958877, 101.752871

Klik untuk gambo lebih beso

 
Reactions: 

Hepi besday to anak merdeka!

Dari dulu aku jeles dengan Ani sebab besday dia jatuh pada 31 Ogos, tak sangka bila dah kerja, ade plak mamat yang bernama Alam yang sekarang merupakan officemate dan housemate aku, same besday dia dengan Ani.

Papepon, aku wish hepi besday to Ani yang merupakan besfren aku dari Qber dulu dan juga Alam yang sekarang berada kat Mesir. Gudlak in your life and may Allah bless u both insyaAllah.
 
Reactions: 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 untuk rakyat Malaysia. 52 tahun, erm, nak dibandingkan dengan tahun kita dijajah selama 500 tahun lebih, masih terlalu muda sebenarnya Malaysia ni. Tapi dalam masa yang sangat muda ni la macam-macam benda yang tak enak berlaku. Semuanya oleh orang-orang yang gila berpolitik, sanggup mengorbankan apa saja demi mengejar impian dan populariti. Dalam masa 52 tahun ni gak la hak-hak keistimewaan Melayu dan Islam sewenang-wenangnya dipersoalkan.

1 Malaysia, manis bunyinya, tapi apa yang rakyat faham?. Masalahnya ialah semua mengikut tafsiran sendiri yang mementingkan puak-puak tertentu. Kaum tertentu mengatakan 1 Malaysia sepatutnya dihapuskan dasar-dasar keistimewaan bumiputera demi merealisasikan konsep tersebut. Itu pandangan orang sempit pemikiran dan bahalol dalam sejarah dan perlembagaan Malaysia. Kaji sejarah, pahamkan perlembagaan, baru boleh bercakap tentang negara. Kalau tak suka, kalau asyik nak mengutuk tanpa kritikan yang membina, boleh keluar dari negara ni, pergi ke negara yang boleh mengiktiraf hak anda.

Aku hanya rela berkawan dengan kaum lain yang boleh menerima hak-hak yang aku ada. Aku boleh hormat segala hak-hak yang diorang ada. Aku tak boleh terima orang yang meletak kepala babi kat surau dan aku gak tak boleh terima orang yang menjunjung kepala lembu dalam demonstrasi. Ini semua provokasi kaum dan agama. Dalam melakukan bantahan ade batasnya.

Sempena hari kemerdekaan ni, mari semua realisasikan 1 Malaysia tanpa prejudis dalam segala hak-hak yang terkandung di dalam negara ini.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.

 
Reactions: 

HEPI BESDAY TO MY BELOVED SISTERS LA DAN IKIN


Sabtu lepas aku dengan famili aku celebrate besday adik aku Mira (26 Ogos) dengan Ikin (28 Ogos). Memandangkan tarikh yang dekat jek, so kitorang pon decide celebrate Sabtu lepas (29 Ogos) sebab time tu kebetulan satu famili berkumpul. Pagi Sabtu tu kiotrang gi ke Jalan TAR & Sogo KL untuk soping-soping baju raya dengan hadiah diorang skali. Aku ngan Angah kongsi duit belikan Mira blazer ngan kemeja, manakala Ikin dapat set baju tidur yang sangat comei ngan sehelai t-shirt. Mama plak belanja kek coklat yang sangat sedap (padahal aku sendiri terkulat-kulat makan kek coklat tu ha2). Malam tu kitorang berbuka dengan segala macam lauk yang best-best untuk raikan diorang. Papepon, love u both!

 
Reactions: