RT - Manusia yang Bongkak

Salam,

Ahad baru ni ada meeting Rukun Tetangga Tmn Permai untuk lantik 5 MT dari 23 AJK yang dilantik sebelum ni oleh penduduk2 taman. Kebetulan aku merupakan salah seorang dari 23 orang tu.

Walaupon pada hari dan masa yang sama aku ada kenduri belah mertua, majlis makan2 di rumah pusaka, tapi aku tetap gigih drive dari Banting ke Jeram untuk attend meeting tu. Wife aku tinggal kat Banting untuk wakil di kenduri tersebut.

FYI, kat committee tu ada 2 puak, satu puak A, satu lagi puak B. Puak A ni yang memang aktif organize macam2 program kat taman. Puak B ni, aku tengok lebih suka lepak2 dan asyik mengutuk dan mengeji.

Aku takdela menyebelahi mana2 puak. Cuma sejak dari tahun 2006, aku aktif dengan Rakan Muda dan Belia. So setiap tahun aku akan bawa dan organize 4 hingga 5 program untuk budak2 belia kat taman, hinggalah aku berjaya mewujudkan Rakan Belia Permai pada tahun 2010 selaku Penasihat. Sedikit sebanyak, aku banyak bergandingan dengan Puak A, ye la, nak anjur program mestila ada team. Mana aku mampu nak buat sorang2. Nak harap puak B ni susah sikitla, mane taknye, nak suruh datang pon susah, ape lagi nak buat kerja. Aku ni muda lagi berbanding diorang, jadi aku senang buat kerja dengan orang2 tua yang boleh hormat dan respek aku.

Nak dijadikan cerita, Ahad tu dengan laparnye sebab aku sempat lunch beberapa suap je, sampaila ke tempat meeting. Tapi puak B busy menanya soalan bertalu2 kepada pengerusi majlis merangkap Pegawai Perpaduan Daerah yang aku rasa lebih kepada provokasi. Kemuncaknya diorang minta perjelaskan maksud 'Penduduk' dan 'Pemastautin'.

Setelah diperjelaskan, diorang bagitau kat pengerusi majlis yang dalam committee tu ada yang bukan penduduk mahupon pemastautin dan minta pengerusi majlis cek tiap2 ahli. Sampai part aku, terpaksala aku jawab aku dok di rumah parents aku di Tmn Permai. Apabila disoal lagi, aku terpaksa menjawab yang aku baru je berkahwin dan dok di Putrajaya. Pengerusi bertanya lagi samada aku kerap balik atau tak. Baru aku nak menjawab, ada seorang dari Puak B menjawab "mana ada balik, jarang sangat nampak muka kat sini!". Korang tau tak, masa tu aku menggigil2 menahan marah. Tapi aku try tenangkan diri, then jawab "sebelum kahwin, setiap minggu saya balik, cuma sekarang ni terpaksa gilir2 dengan rumah mertua. Lagipun tadi puan pengerusi jelaskan seseorang pemastautin mestilah sentiasa berhubung dengan penduduk di sesuatu kawasan, dan saya sentiasa berhubung dengan parents saya".

Setelah lama berbincang akhirnya pengerusi putuskan yang aku tak layak untuk berada dalam committee. Selama ni aku tak pernah ada masalah dengan Pakcik Belon, Pakcik Bawak Lori, Pakcik Penganggur, Pakcik Cikgu Selalu Tidur. Tapi hari Ahad hari tu diorang betul2 sepakat keluarkan aku. Aku betul2 kecewa dan marah. Even semasa nak balas mesej dari kawan aku pon, tangan aku menggigil2 menaip teks kat henpon disebabkan terlalu marah.

Pakcik Belon, Pakcik Bawak Lori, Pakcik Penganggur, Pakcik Cikgu Selalu Tidur, korang mesti tak sedar diri kan, hampir 6 tahun aku buat program untuk anak2 korang, tapi korang buat aku macam pendatang asing kat taman. Aku tak kesah apa2 jawatan pon kat kampung, even aku rasa jawatan tu hanya membebankan aku je. Selama ni aku buat program pon atas usaha aku sendiri, demi budak2 kat taman. Dari main gitar tengah2 malam sekarang dah rajin ke surau, dari berpeleseran tak tentu hala, sekarang dah ada team rewang sendiri dan macam2 lagi. Lagipon jawatan sebagai AJK tu pon orang2 taman yang sepakat pilih aku. Bukan aku yang nak sangat.

Seriously, aku bukan tulis blog ni untuk tonjolkan diri aku atau nak riak. Tapi aku nak gambarkan betapa bongkaknya orang2 tua tersebut yang tak pernah nak bersyukur dan menghargai, ape lagi kepada orang muda macam aku ni. Memang Puak A turut kecewa, tapi apa nak buat. Selama ni aku layan Pakcik Belon, Pakcik Bawak Lori, Pakcik Penganggur, Pakcik Cikgu Selalu Tidur dengan baik, bergurau senda, tapi dalam sekelip mata je diorang khianat aku. 

Aku tak berdendam atas hina rasa ni, tapi biarla Allah saja yang balas. Cumanya, mungkin perasaan hormat kat pakcik2 tu lepas ni dah takde. Jangan korang berani even nak senyum dengan aku ye pakcik2 bongkak sekalian. Sekian luahan perasaan.


 

Babyku

Salam,

Last week aku temankan wife pergi check up baby di klinik kat Presint 3, Putrajaya. Memang lame gile tunggu turn padahal orang takde la ramai mana pon. Tapi baby punye pasal mestila sanggup menunggu.

Masa turn kami, doc scan baby tu. Nampak jelas baby bergerak2, siap ada sekali tu dia berpaling melihat aku dan isteri sambil tangan bergoyang2 haha. Memang comella. Tak sedar yang air mata aku bergenang time tu sebab terlalu gembira :).

Baru aku tau macam mana perasaan mama dengan ayah saat diorang bakal dapat baby pertama dulu iaitu aku hehe....

Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah...
 

PC Fair 2011

Last week aku gi ke PC Fair 2011 kat KLCC. So ape aku rembat?. Lets cekedaut:

HDD 500GB 2.5" adik aku si Mira kirim

USB 16GB dan 8GB Apacer (ape cer?)

Headphone Sonic Gear untuk bini aku

Gaming headphone untuk aku haha. Headphone paling mahal penah aku beli, dekat RM100  woo
Kamera untuk bini aku sempena birthday dia yang bakal menjelma

Free gift dapat dari beli kamera
Ni dalam kotak atas tu


Free gift gak

Bini aku beli kipas ni untuk letak kat meja opis dia