Kisah Aku & Isteri - Part 2

Ok, sambung dari citer yang lepas....

Alhamdulillah, pas PMR aku dapatla offer ke MRSM Kuala Berang. Basically aku tau Dila Kahar ni salah sorang student dari SMKA Kuala Selangor yang dapat offer yang sama gak. Tapi selain aku ngan dia, ade beberapa student lagi yang dapat macam kitorang.

Second time aku jumpa dia ni (first time masa jamuan akhir tahun kat SMKAKS dulu), depan kelas waktu prep kot (tak silap aku la). Dia tanye, "Syawal, ko dah beli tiket bas balik kampung?". Tak silap aku, tiket bas tu untuk balik cuti pertengahan sem. Aku yang tak kenal, macam terpinga2 la. Tapi aku jawab "Sudah". 

Balik dorm, aku cite kat Butet, aku describe rupanya cemana, then Butet jawab, "Ooo tu Fadzilah Kahar". Terus aku teringat kat buku kecik yang dia bagi tu.

Nak dijadikan citer, tak lame pastu, dia ni jadila Timbalan BWP, aku ni plak LDP. BWP ni Badan Wakil Pelajar, LDP plak Lembaga Disiplin Pelajar. LDP terletak bawah BWP. Mungkin dia ada conduct perhimpunan mingguan, cuma aku tak berapa perasan kot. Padahal LDP memang konpem dok paling depan. 

Kat sekolah ni plak ade program senior-junior. Buku kecik yang dia bagi tu aku buat untuk tulis profil kawan2 kat sekolah tu. Kebetulan mase aku mintak profil senior aku, kawan dia sempat tulis lebih kurang camni "Baik awak bagitau apa kaitan awak dengan Dila Kahar tu, kalau tak nanti Kak Huda marah". Aku pon pikir, "Eh, buat apa nak marah? Lagipon aku just tulis nama orang yang bagi aku buku tu".

Aku rase dalam 2 tahun sekolah kat situ, mungkin ade beberapa kali terserempak or terjumpa kot, cume aku yang tak perasan. Lagipon PKP (PKP eh?) kami pon lain2. So sampai abes sekolah pon aku tak bape kenal empunya nama Norfadzilah Abd Kahar ni...aiya..

To be continued....
 
Reactions: 

Kisah Aku & Isteri - Part 1

Salam,

Nak cite macam mana aku boleh kahwin dengan isteri aku ni, tapi, agak malu gak. Tapi still nak cite untuk buat kenangan ehe.

Ok, aku ngan isteri ni dulu satu sekolah mase form 1 hingga form 3 kat SMKA Kuala Selangor. Dia of kos la kelas yang paling top sebab dia ni one of top student. Aku ni kelas bawah kelas dia je. Mane mampu nak compete ngan student2 yang ulat buku ni haha. Sadly to be said, walaupon satu batch, tapi aku tak kenal dia.

Tapi mase jamuan akhir tahun form 3, ye la, form 4 nanti tak tentu lagi bersama kan sebab mungkin masing2 pindah sekolah sebab keputusan PMR yang bagus or sebaliknye. Ok, back to the jamuan akhir tahun tu, kami ade tukar2 hadiah. Kebetulan isteri to be aku ni (mase ni tak tau la in future dia ni isteri aku kan haha), pas cabut undi, kena bagi hadiah kat aku. Tapi aku pulak bagi hadiah kat orang lain. Aku masih ingat dia bagi aku set alat tulis yang bercorak batik consist 2 buku notes yang kecik, 1 ngan 1 pen dalam kotak yang ada corak batik gak. So tiap2 buku tu, kat page paling belakang aku tulis 'Hadiah dari Dila Kahar'.

Well, aku tiap2 kali pandang buku tu, aku akan ingat nama tu. Cume to be frank, aku langsung tak ingat muka orangnye, adeh. To be frank gak, aku dah ngantok, so aku sambung sok jek...

To be continued....


 
Reactions: 

Aku dah Kahwin lor...

Salam,
Lame sangat tak update blog sebab agak busy dengan macam2 perkara, kerja, personal, nak uruskan hal kawen lagi. Kali ni pon bukanlah nak tulis panjang2 pon hehe. Just nak jenguk blog sendiri jek. Papepon aku letak 1 gambar dulu. BTW gambar ni takde kat FB lagi hehe.


 
Reactions: