Hati Gembira Tak Terkata :D

Kelmarin isteri buat surprise. Mase aku tengah tengok TV, dia panggil aku ke bathroom. Aku pon tengokla ada apa. Then dia tunjuk ke satu bekas, rupenya pregnancy test kit yang dia dah buat urine test. U know what? Aku bakal jadi AYAH!!! hahaha. Hepi tak terkata. Malam tu tido pon sambil senyum walaupon tengah demam. Keesokannya (semalam la) aku dapat MC sebab demam haha.

Malam tadi plak, untuk confirmation kami ke Hospital Az-Zahrah untuk buat scan. Dapat tengok kantung baby tu hihi. Memang bestla. So dah konfem la. Doc bagitau kandungan dah cecah 6 minggu. Ya Allah, baru aku tau perasaan orang nak dapat baby sulung ni. Hopefully semua akan berjalan lancar dan baik. Due date jangkaan 10 Jun 2012. Dekat2 je ngan besday aku, 24 Jun hihi. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 kepada Mu Ya Allah. Moga dipermudahkan semuanya. Moga baby kami nanti dalam keadaan sihat dan sempurna, bagus fizikalnya dan kuat mental dan IQnya...Amiinnn.

 
Reactions: 

We're moved!

Salam,

Last few days sangat penat, sebab mengangkut barang2 dari rumah bujang ke rumah baru kami (aku dan isteri), tapi bukanla rumah sendiri melainkan rumah kuarters semata2 hehe. Isnin aku anta minah2 indon untuk mengemas dan mengemop rumah. Selasa plak sewa lori angkut barang2. Rabu petang plak aku gerak ke JB. Khamis malam tu aku balik Bangi, dok rumah bujang dulu. Jumaat malam plak kemas rumah dan atur kedudukan perabot bersama isteri. Sabtu shopping barang2 rumah. Ahad pagi sambung kemas rumah, petang tu gi konvo adik ipar, petang plak mengalu2kan kedatangan famili mertua. Fuh, badan sengal2 dan lebam2. BTW, Sabtu malam hari tu sempat lagi berfutsal hehe.

Ni ade sket gambo2:

Penuh boot kete angkut barang2 hadiah mase kawen dulu dari rumah kampung

Ni seat belakang plak haha. BTW amsih ada banyak lagi barang2 kat rumah kampung. Belum dari kampung isteri plak. So thanks sume yang bagi kami hadiah. Veru useful!

Pesta campak mencampak barang2

Fridge ni punye pasal tergeliat tangan aku

Kalau duduk camni je tak payah kemas ok gak kot

Soping2 stok sebulan hehe

 
Reactions: 

BulanMadu di Langkawi - Day 3

Okeh, hari last di Langkawi.
  • Pagi tu pas breakfast kami gerak ke Pekan Kuah untuk bergambar di Dataran Lang dan soping2 di Pekan Kuah.
  • Sampai kat Dataran Lang, agak kecewa la, sebab tugu helang tu tengah dalam proses baik pulih. Tapi nak buat cemana, kami bergambar je la.
  • Pas puas bergambo, masuk ke Jeti Shopping Mall, saje cuci mata. Isteri plak nak repair speknya.
  • Kat sini sempatla beli barang2 untuk dapur macam sudu, garfu, pisau, senduk etc2, since kami pon dalam proses pindah ke rumah baru. So kenala beli benda2 camtukan. Lagi satu, seriously, kat sini memang murah berbanding kat luar. Ye la, tax free kan.
  • Then kami ke Makam Mahsuri plak. Kat sini bayaran masuk RM4/pax. Kalau korang pernah gi Kampung Budaya kat Kuching, konsep tu lebih kurang kat sini la.
  • Selain makam, ada gak konsep perkampungan dan rumah2 pembesar2 yang berkaitan dengan sejarah Mahsuri dipertontonkan kat sini. Selain tu, ade gak persembahan kebudayaan.
  • Afta that, kami pergi mencari produk gamat plak since kat sini gamat antara produk yang popular.
  • Seterusnya, kami menuju ke Beras Terbakar plak. 
  • Sepanjang jalan menuju ke tempat pameran beras yang terbakar tu, ade gerai2 yang menjual pelbagai barangan.
  • Bagi aku, dalam banyak2 tempat yang kami pergi, kat sini yang paling murah la. So rekomended kalau nak soping kat sini.
  • Kemudian kami ke Pekan Kuah semula untuk membeli coklat2. Kat area Langkawi ni, kedai yang agak popular ialah Haji Ismail Group.
  • Penat bersoping, kami gi makan plak. Aku makan Pasembur, wife plak dengan laksanya hehe.
  • Pas semua setel, kitorang terus ke airport untuk urusan pemulangan kereta sewa dan untuk berlepas balik ke KL.
  • Untuk panduan, kami punye pakej ni, untuk penginapan 3 hari 2 malam berserta kereta sewa 3 hari ialah RM458 x 2 orang = RM916. Flight plak RM619 untuk 2 orang pergi dan balik. Tapi tiket flight tu kalau tempah awal dapatla murah.
  • Tapi kalau nak main redah je gi ke sana pon takde masalah. Sebab sampai je airport, memang banyak kaunter2 dari agen2 tourism. Tinggal kebijaksanaan memilih je. Tapi lebih bagus kalau prepare awal2.
  • Bagi aku, kalau nak senang, baik pilih hotel2 di area Pantai Cenang, so nak buat aktiviti pon senang.
  • Tips untuk dari dikenakan cukai semasa menyoping di Langkawi, korang mesti minimum stay sana selama 3 hari 2 malam. So that korang digalakkan untuk simpan tiket kapal terbang or boarding pass, takpun voucher dari hotel. Maksimum jumlah yang dibenarkan ialah RM500/pax. Kalau tak, korang akan dikenakan tax 30% dari harga barangan yang dibeli semasa nak keluar dari Langkawi.   
  • Ok moh tengok gambo2....
Jalan ke tempat soping walau dalam dompet ade doposen je

Ceklis kat henpon

LIA

Pas amek beg, kat dalam epot boleh pilih pakej yang berkenan

Tengah renovate pon kitorang bantai je la bergambo

Jeti

Pn Isteri tengah memilih

OTW ke dalam makam

Antara jalan cerita yang diceritakan melalui pepatung

Antara rumah yang dipamerkan

Kebudayaan di dalam kompleks Mahsuri

Beras terbako

Kalau masak pon masih sedap ni

Sekitar gerai2 di Beras Terbakar

     
    Reactions: 

    BulanMadu di Langkawi - Day 2

    Salam,

    Ok bersambung kita bersiaran dari blog ni. Untuk hari kedua berikut aktiviti kami (macam artis le plak):
    • Pagi Ahad tu kami gerak awal sebab perlu berkumpul di satu tempat untuk aktiviti Island Hopping.
    • Island Hopping ni, korang akan dibawa pergi ke 3 pulau, iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah.
    • Di Pulau Dayang Bunting korang boleh mandi tasik, or lunjur kaki ke tasik di mana ikan akan berebut2 makan kaki korang or boleh naik paddle boat. Pulau Singa Besar plak korang tak turun dari bot, just tengok helang menyambar makanan dan di Pulau Beras Basah plak boleh mandi. Kat pulau ni memang cantik, cuma takdela secantik pulau2 kat Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu. Selain tu, kat sini gak boleh sewa peralatan snorkeling, banana boat etc2.
    • Untuk Island Hopping korang boleh gi ke sekitar Pantai Cenang, kat sini akan jumpa banyak agensi yang menawarkan Island Hopping. Harga rata2 RM25/pax. Biasanya akan ada 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Tapi biasanya yang ramai amek pagi. Kalau nak pergi pagi, disarankan beli tiket sehari sebelum aktiviti tu. Pagi tu plak, korang akan dibawa ke jeti dengan menaiki van agensi, area jeti berdekatan Awana Porto Malai.
    • Bagus kalau bawak makanan macam roti ke mase aktiviti ni. Ye la, dah mandi2 nanti lapo le plak. Kat pulau2 tu ade gak jual2, tapi harga agak mahal la. Satu lagi, kat pulau jangan makan sebarang, takut diganggu monyet yang berkeliaran.
    • Balik dari aktiviti Island Hopping, dah jam 1pm. Kami balik hotel dulu untuk bersihkan diri dan solat.
    • Setel semua, kami gi lunch kat restoren Melayu tak jauh dari hotel tu. 
    • Part paling lawak, ada foreigner ni, dia taram letak sambal belacan macam kita letak kuah ke nasi. Sambal belacan tu memang seriously pedas gile. Then wife dia try rasa, terus melompat sambil kibas2 mulut. Aku ngan isteri sengih2 je la. Aku rase mesti tak lama pastu foreigner tu tukar plate dia haha.
    • Pas makan, aku baca paper. Last entry aku ada bagitau kat Pantai Cenang havoc semacam je dengan JPA ngan Bomba kan. Rupe2nye time tu ada seorang pelancong dari Sudan lemas. Adoipon, aku ngan isteri suke2 lepak kat pantai tu, tak sangka diorang tengah bertungkus lumus tengah cari mayat. Untuk repot lanjut korang boleh klik SINI.
    • Next plan kami ke Telaga Tujuh. Tapi kami just singgah di waterfall yang pertama. Tak larat nak gi ke waterfall Telaga Tujuh tu sebab jauh dan agak curam. Kaki plak masih lenguh sebab mendaki kat Pulau Dayang Bunting. 
    • Tapi waterfall yang kami pergi tu pon, Subhanallah, memang cantik. Aku ngan wife memang nak sangat mandi tapi disebabkan toilet yang busuk gila dan terbiar, so tak jadi nak tukar baju. Lastly kami berendam kaki je kat air yang best tu huhu.
    • Rupe2nye, kawan isteri bagitau, tempat tu dulu banyak kejadian orang lemas. So that dah tak ramai ke tempat tu, makin lama makin terbiar. Aku admit, kalau korang tak berhati2, tempat tu memang berbahaya.
    • BTW kat sini kene bayar parking je, RM2 untuk satu kereta.
    • Next, kami ke Oriental Village. Kat sini gak terdapatnya kereta kabel.
    • Pernah pergi ke Fraser Hill? Oriental Village ni lebih kurang camtula. Oriental Village ni satu perkampungan di dalam hutan, tapi mostly kedai2 untuk kite bershopping. Ade gak aktiviti macam flying fox, bagi makan ikan dan lain2.
    • Then kami pergi naik kereta kabel. Tiket harga RM30/pax. Tapi untuk jam 5 hingga 7 petang boleh dapat half price. Tapi make sure bawak MyKad untuk diorang scan.
    • Dari stesen bawah korang akan dibawa ke atas yang mengandungi 2 stesen lagi. 
    • Perasaan aku? Mula2 teruja, tapi makin ke atas makin gayat seh. Lagi2 masa tu angin agak kuat, bila bergoyang memang seram gile haha. Kat stesen atas korang boleh turun dan menikmati pemandangan di sekitar Langkawi dari tempat yang disediakan. Tapi kenapa 5-7 petang tu separu harga? Sebabnya time tu mungkin agak berkabus so susah sket nak menikmati pemandangan.
    • Kalau cerah, bukan setakat berbaloi dapat tiket murah, tapi kalau korang tunggu lewat sket, boleh tengok sunset.
    • OTW balik ke hotel, kami singgah makan laksa di Laksa Power. Mati2 ingat laksa Kedah. Skali pelayan pon orang Kelantan haha. Sekali tanye, dia cakap laksa Penang plak.
    • Okeh, see more pictures ley:
    Dari jeti, diorang akan bawa ke pulau2 naik bot macam ni la

    Kebanyakannnya foreigners, even dalam bot ni aku ngan wife je locals

    Pulau Dayang Bunting

    Dalam Pulau Dayang Bunting ada tasik. Paddle Boat yang aku naik ni RM20 untuk 45 minit

    Eagle Feeding

    Pulau Beras Basah. Sini mandi memang best. Aku mandi sampai kecut2 badan.

    Aku tak ingat la tempat ni nama apa haha.

    Tengok je la signboard tu

    See, beautiful kan?

    Ni kalau tergelincir alamat tak jumpa dah

    Dalam kereta kabel

    Di stesen pertama

    Dek yang disediakan di atas stesen untuk menikmati pemandangan

    Sekitar Langkawi

    Oriental Village
     
    Reactions: 

    BulanMadu di Langkawi - Day 1

    Salam,

    1 Oktober baru2 ni aku dengan isteri gi ke Langkawi untuk destinasi bulan madu yang ketiga hihi. Kali ni encik bos plak yang belanja. Pakej termasuk flight pergi balik, kereta sewa sepanjang berada kat sana, dan penginapan 3 hari 2 malam. Ok, artikel kali ni untuk hari pertama je ye.

    • Flight menggunakan khidmat Tony Fernandez jam 1200 dari LCCT dan dijangka sampai ke epot Langkawi jam 1300.
    • Sampai kat sana dah ada agen tourims yang tunggu dan bagi kereta sewa yang dah ditempah. Kat sana kami diberi kereta Toyota Yaris.
    • Untuk first destinasi, kami terus menuju ke hotel dulu. Penginapan di Sandy Beach Resort, Pantai Cenang.
    • Disebabkan bilik/chalet yang penuh di tepi pantai, kami diberi lot banglo (yang takde rupa banglo) kat seberang jalan. Tapi pantai masih dekat, jalan kaki jek.
    • Basically aku rase resort ni takdela sampai 3 bintang macam disebutkan dalam websitenya. Mungkin 1 bintang je kot, takpon taik bintang. Breakfast pon tak banyak variasi, takat mi goreng, bihun goreng ngan roti bakar je.
    • Tapi bilik ok la. Cuma TV dapat TV2 ngan TV3 je, tu pon banyak 'semut'.
    • Then kami ke Laman Padi. Masuk free. Kat sini kalau tengok description, ade a few activities, ala ala homestay camtu. Antaranya menanam benih padi, menyemai etc2. Then ada pameran berkenaan alatan menanam padi. Tapi kecik je ruangnya. So kesimpulannya kat sini, kalau tak datang pon takpe.
    • Next kami pergi ke Underwater World Langkawi (UWL). Untuk pemegang MyKad, tiket adalah RM28. Tapi ade spesel rate untuk gomen servant, just RM22. Yang penting perlu ade bukti. Hari tu aku pakai namecard wife.
    • Kat sini, dengan bayaran sebanyak tu, bagi aku sangat berbaloi. Tempatnya sangat besar, then ada macam2 jenis haiwan laut. Yang bestnye lagi, selain ada haiwan2 laut yang pelik, ade gak penguin2 yang comel2. Ok, tempat ni wajib pergi.
    • Actually UWL dengan Laman Padi tu dekat je ngan hotel kami. Keluar dari UWL, kami pergi ke tepi Pantai Cenang plak. Saje lepak2 kat situ.
    • Pantai tu memang cantik, nak2 lagi time sunset. Tapi time tu orang dari kalangan pelancong agak ramai. Then ditambah lagi dengan agensi JPA, Bomba ngan APMM (Maritim) yang macam tengah ada program kat situ. Aku ngan wife pikir mungkin diorang tengah ada family day kot.
    • Untuk mandi, tak berani sangat, sebab ombak kat situ agak besar dan kuat.
    • Malam kami dinner makan ikan bakar di area Pantai Cenang. 
    • Ok lets tengok gambar2 plak.
    Pn Isteri buat2 bizi bace paper di epot

    Salah sebuah pulau yang ada di sekitar pulau Langkawi

    Kereta yang diberi untuk jalan2. Toyota dugong.

    Bilik yang ok ok jek

    Laman padi

    Antara aktivit yang sepatutnya ada tapi haram takde

    Cubaan memahami bahasa ikan

    Info info

    Dr M kantoi tengah eksaited

    Si comeiii

    Walaupon tengah sejuk bangat tapi tetap menten

    Bukti ni, bukti...

    Sekitar pekan di Pantai Cenang

    Ni baru Pantai Cenang

    Berdua lebih baik

    Sun sedang setting

    Takat sekor je memang celah gigi la


       
      Reactions: