Malaysia vs Singapura [Kelayakan Piala Dunia 2014]


Salam,

1 negara malam tadi demam bola dek game Malaysia menentang Singapura yang akhirnya berkesudahan seri 1-1 dan team lawan layak ke pusingan ketiga. Kalau kita lihat yang tersurat memang sedih, tapi sebenarnya banyak yang tersirat disebalik perlawanan tersebut. Ni antara yang aku nampak la:

  • Apek, Kunalan, dan Safee memang berada di kelas tersendiri. Jauh meninggalkan kualiti player lain. Tapi mungkin Safiq, Aidil dan Idlan Talaha pon sama, sayangnya diorang tak dapat main (kecuali Aidil yang main sekejap).
  • Walaupon kalah, tapi sejak zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, rasenye malam tadi stadium kembali penuh dengan para penyokong pasukan negara. Tu belum kira yang tak berjaya dapat tiket walau 2 hari beratur, contohnya macam aku (tapi despatch la yang tolong belikan).
  • Rasenye masa Safee score tu, 1 Malaysia bergegar kot dek rakyat yang melompat kegirangan.
  • Time ni boleh tengok rakyat yang berbeza ideologi dapat bersatu dan time ni gak kita dapat rasa betapa tingginya tahap patriotik kita.
  • Memang betul Singapura banyak pemain import, tapi kalau Malaysia nak main di Piala Dunia, pemain import Singapura tu hanya secebis dari kualiti Piala Dunia. Macam mana nak main kat Piala Dunia kalau lawan yang ada separuh pemain kualiti luar pon kita bising. Ni belum jumpa Spain yang bukan setakat pemain utama, malah pemain simpanan diorang pon berkelas dunia. Jadi nak tak nak, Malaysia kena improve lagi permainan. Still, long way to go.
  •  Singapura main banyak pura2 injured, sepatutnya kita dah jangka keadaan camni akan berlaku memandangkan diorang yang leading. Jadi mental kena kuat.
  • First time sepanjang aku jadi fanatik bola, dapat tengok skill bicycle kick berirama. Nice try!
  • Kat wall FB aku malam tadi, 95-98% status adalah tentang game tersebut haha.
 Bicycle Kick berirama *Gambar diambil dari FB Selangor Fanatik

Ok, sekian laporan dan analisis dari saya Haji Has-bola Awang.
 
Reactions: 

Lagumu Untukku

Salam, lagu ni puan isteri bagi tadi...so nak letak kat blog ni. Thanks sayang, really love it :D

 
Reactions: 

Kisah Aku & Isteri - Part 3

Salam,

Ok sambung cite yang lepas. Afta skolah, kami langsung tak jumpa or dengar khabar even masa kat matrik dan universiti. 

First time aku jumpa dia balik masa kat kenduri kawen Kemal hujung tahun 2009, kat Sg Ramal Dalam. Masa tu aku jadi pengapit Kemal. Kebetulan dia pon datang gak, nampakla Hanis Zakaria borak2 ngan Dila ni. Aku tanya Hanis, dengan sapa dia borak tu. Dia jawab "Dila Kahar la". Dalam hati aku cakap "macam serius je girl ni" hehe.

Afta that, aku jumpa dia lagi masa majlis reunion dan berbuka puasa budak2 Qber kat Cystal Crown Hotel on 28 Ogos 2010. Tu pon tak kenal sangat masa reunion tu. Tau pon sebab dia ada upload gambar kat FB dia. Aku ada komen gak kat gambar tu, tapi takat tu je la hehe.

BTW ni screenshot gambar mase reunion dulu:

Aku ada bulatkan gambar aku ngn Dila haha


Ni plak komen kat FB:

Cube bace kat tempat yang aku kotakkan tu haha

Masa cari2 screenshot komen tu, ternamplak plak komen ni....jeng...jeng...jeng...

Masa ni memang kitorang tak bape kenal sangat pon lagi hehe

Okeh, to be continued...

 
Reactions: