Berbalas lagu

Hari tu isteri dedicate lagu ni untuk aku:



Then aku balas dengan lagu ni:



Hehe, love u sayang....
 
Reactions: 

Sok Honeymoon lagi!

Dah setel urusan aku kat JB ni, kecuali malam ni tinggal ada satu lagi sesi berdiskusi. Then nak balik Bangi, mungkin gerak dari JB ni dalam jam 2200. Sok pagi jam 0900 dah nak gerak ke epot, nak honeymoon ke Langkawi plak sampai Isnin!
 
Reactions: 

Let's Berexplorace!

Kelmarin, Selasa (27/9/2011) hari yang terlalu busy untuk aku dan isteri. Pagi tu aku pergi ke Damansara untuk setelkan urusan PTPTN ke sistem Ujrah. Isteri plak amek surat tawaran kuarters since dia dapat offer, afta that, dia kena provide semua dokumen yang diperlukan.

Setel kat Damansara, aku terus ke tempat kerja isteri untuk sama2 setelkan deposit api, air dan rumah. Masa tu dah jam 2pm. Memang harap sangat supaya hari tu gak boleh dapat kunci, alang2 isteri dah amek cuti separuh hari. Memandangkan tempat nak bayar deposit air ngan api tu kat tempat yang berbeza, kami pon dah macam explorace la. Mula2 pergi cari tempat potostet, then pergi bayar deposit air, pastu ke TNB plak bayar deposit api. Nasib baik pergi 2 orang, sebab nak parking cukup main susah. Sampai di tempat nak ambil kunci dah 4.40pm. Nasib baik orang tu masih ada mood nak layan. Akhirnya dapat gak kunci. Alhamdulillah...

Afta that terus ke rumah, saje nak tengok dan plan apa yang patut. Bila masuk rumah, memang puas hati la. Ruang dalam agak luas, then almari kat master bedroom pon dah tersedia, kitchen cabinet pon ada, tv cable, even gas pipe pon ada, memang perfect la. View dari tingkap rumah plak memang cantik. Aku gembira bila tengok isteri aku gembira :).

Kuar dari rumah, cepat2 gerak ke Banting plak sebab nak jenguk ayah kawan yang masuk ICU sebab terjatuh. Waktu melawat tamat 7pm, kitorang sampai 6.55pm. Memang nasib baikla sempat lagi jenguk. Then berkejar plak ke Morib untuk berbuka since aritu kitorang puasa 6, dan hari tu ialah hari keenam.

Sampai rumah mak, memang terasa penatnya sebab asyik berkejar. Tapi apepon puas hati sebab banyak benda dapat setel hari tu. Antaranya:

  1. Aku dapat setel urusan penukaran ujrah.
  2. Kami suami isteri dapat setelkan urusan rumah kuarters.
  3. Dalam masa yang sama, aku submit dokumen2 untuk urusan pembelian sebuah rumah. Hopefully bank lulus la, insyaAllah.
  4. Sempat jenguk Pakcik Basri yang koma di ICU dan melawat kawan tu.
  5. Abeskan pose enam dan berbuka bersama isteri di pantai Morib.
Masa bayo deposit air nampak ni. Korang berani minum air dari paip? kih3

Time amek kunci

Sang isteri cek kot2 ade lipas

Ruang tamu dengan view yang not bad


 
Reactions: 

Weekend oh weekend

Sejak kawen ni, tiap2 kali weekend, aku ngan isteri mesti ade je program. Jarang sangat balik kampung, samada kampung aku atau kampung dia, kitorang dapat dok rileks2. Nak2 lagi time raya ni, sakan berjalan hehe.

Semalam je 5 tempat kitorang pegi untuk penuhi undangan samada open house, open restaurant or open parking haha. Hari ni sambung lagi, tapi 3 tempat je, 1 majlis kahwin, 2 lagi majlis sempena hari raya. 

Actually kat majlis2 camni, selain dapat makan free, satu lagi perkara yang aku suka ialah dapat tengok ramai baby2. Kalau dapat pegang, peluk cium tu memang bonus la hehe. Suka sangat2!

2 hari ni gak selain beraya sakan, kitorang suami isteri cari barang2 keperluan rumah, maklumla tak lama lagi nak dok sama dah selepas beberapa bulan PJJ afta kawen hehe. Tapi yang kritikal ialah bedroom set ngan washing machine je. Yang lain2 insyaAllah dah ada. Perabot2 lain pon hampir semua dah ada. Tinggal nak sewa lori je angkut barang2 dari rumah bujang ni.

Tapi ye la, dah suami isteri cerewet, banyak kedai gak kitorang pegi, banyak set gak kitorang ushar, tebal telinga dengar macam2 bebelan salesperson, tapi next time la baru amek. Duit pon belum nak ada sangat ni, sebab next week nak gi honeymoon kali ketiga plak kat Langkawi hihi. 
Ok, sampai sini je la ye. Kalau yang baru kawen tu, bagus berjalan2 dengan pasangan sementara masih berdua ni. Dah ada anak nanti leceh skit nak berjalan hehe. Ok cheers!

Di rumah Kak Rosa (Opismet isteri)

Open restaurant kat Legends Claypot Briyani House

Baby Umairah

Baby Izah

Kenduri kawen Nabil

Majlis sambutan aidilfitri di Arked MARA Kajang

 
Reactions: 

Just for my beloved wife

 
Reactions: 

Positif dan Negatif

Salam,

Actually kebelakangan ni banyak benda terjadi, cume cam busy so that tak sempat sangat la nak update blog.

  1. Bulan pose hari tu aku terpaksa pecat sorang staff. Bos yang lantik dia, aku plak yang kene pecatkan. Hampeh betul. Staf2 yang aku lantik before ni tak buat hal pon. Susah dan berat hati sebenarnya walaupon aku sendiri tak puas hati dengan performance pakcik tu, yes, pakcik sebab umor dia rasenye dah dekat 40 tahun dan dia berjawatan penyelia. Dah la nak dekat raya, cume patutnye kene pecat on 8 Ogos, tapi aku dapat extendkan tempoh hingga hujung bulan. Dapatla gaji untuk beraya. Im sorry but i have no other options.
  2. Raya, yeah, first time beraya sebagai seorang suami. Ok, ni citer nanti dalam spesel entri la eh hehe.
  3. Alhamdulillah, projek kat JB akhirnya move on. Tanah dah lulus afta setahun plus 8 bulan aku berusaha. So pasni tinggal KM untuk ke proses seterusnya.
  4. Setelah banyak gile rumah yang diushar, akhirnye dapat 1 rumah yang berkenan, Kenaria Condo. Nak beli yang teres kat area Bangi ngan Kajang ni memang tak mampu, sebab semua pon RM300k++. Tapi ada masalah sket, sebab bank value rendah dari harga jual owner. Kalau aku still nak beli, kene deposit RM43k. Mane nak cekau???. So sekarang ni tengah struggle untuk cari valuer or bank yang boleh value minimum exactly sama ngan harga jual. Kalau tak, ada satu lagi rumah dekat area Kajang gak, Damai Mewah. Yang ni memang konpem bank value exact dengan harga jual. So deposit pon takdela banyak macam tadi tu.
  5. Tengah2 cari rumah, puan isteri dapat plak kuarters kat Putrajaya. Alhamdulillah. Kalau ikut dari HQ, boleh start dok sana Oktober nanti. Tapi kami still nak beli rumah, untuk buat investment.
  6. Lastly, tak sabo nak honeymoon siri ke 3 plak awal Oktober nanti wahahaha!
Ok sekian dari aku yang dah mengantok. Sok nak gerak ke Johor, melawat kakak ipar yang baru bersalin. Yeay, nak tengok baby!

 
Reactions: 

Selamat Hari Raya 1432H

Salam semua,
Kepada pembaca blog ni dan rakan2 yang budiman, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, minta maaf jika sepanjang penulisan dan perkenalan ni ada salah silap :)
 
Reactions: