Ismi Syawal



Salam sume,

Malam tadi aku tengok movie My Name Is Khan, setelah agak lame dalam hard disk, baru malam tadi sempat tengok (konon2nye busy cam YB la). Movie’s duration is about 2 hrs 34 mnts dan 49 secs. Memang agak lame, standardlah cite Hindustan memang camtu, tapi disebabkan plot cite yang sentiase berkembang dan menarik, so aku nak gi toilet pon susah.

Cite ni mengisahkan Rizvan Khan (Shah Rukh Khan) yang ade penyakit autisism sejak lahir lagi. Dia idup ngan mak dia dan adik laki dia kat 1 kampung kat India yang menyaksikan pertumpahan darah antara orang-orang Muslim dan penganut Hindu (kisah ni kalau korang alert, memang benar2 terjadi). Apabila besar, Khan merantau ke Amerika untuk hidup ngan adik dia yang terus bekerja kat sana setelah kematian mak dia.

Kat sane dia berjumpa ngan janda, Mandira (Kajol) yang mempunyai salun rambut dan mempunyai seorang anak laki, Sameer hasil perkahwinan yang lepas. Selepas beberapa ketika, diorang akhirnya berkahwin walaupun ditentang adik laki Khan disebabkan Mandira yang beragama Hindu sedangkan Khan seorang Islam.

Part yang paling best dalam cite ni, berkembang setelah peristiwa 9/11. Dalam filem ni diceritakan sentimen anti-Islam yang berlaku setelah peristiwa tu, antaranya kedai2 Muslim di Amerika dirosakkan, pemakaian tudung menjadi isu dan kemuncaknya, Sameer dibunuh disebabkan berbinkan ‘Khan’. Disebabkan peristiwa tu Mandira menghalau Khan, dan apabila Khan bertanyakan “when should I come back?”, Mandira jawab “tell Mr. President, my name is Khan and I’m not a terrorist”. Kat situ bermulanya journey Khan untuk mengungkapkan kata2 tersebut semata2 demi bini dia dan Sameer yang mati dibunuh.

Bagi aku, movie ni antara karya terbaik pernah aku tengok, respek dengan cara Karan Johar memutarkan semua isu yang berkaitan dengan anti-Islam dalam cite ni. Untuk makluman korang, hampir sume isu tak terlepas, dari pergaduhan Muslim-Hindu kat India, persepsi buruk tentang Islam kat Amerika, keganasan Israel kat Palestin etc2.

So ni antara beberapa babak yang menarik bagi aku:

  • Dalam perjalanan di highway Khan bertemu Imran dan Sajida, then bas stop kat untuk rehat dan minum2 (kalau sini cam R&R tu la). Bile Khan cakap nak solat, Imran cakap “u should pray depending upon the place and people around” disebabkan tempat tu yang xde kemudahan solat dan dipenuhi mat2 saleh. Tapi Khan jawab “it should depend only on your belief”
  • Akhirnya dia dapat jumpe Presiden, dan cakap “my name is Khan and I’m not a terrorist”

Tapi dalam ni ade beberapa isu yang aku kurang kenan, mungkin disebabkan cite ni yang agak liberal or mungkin aku yang agak konvensional, antaranya:

  • Khan (Islam) kawen ngan Mandira (Hindu), even Hindu bukan agama langit, jadi halal ke hubungan kelamin diorang?
  • Dalam 1 babak, Khan masuk ke gereja dan letakkan gambar Sameer kat depan, then sume ahli gereja doakan Sameer ramai2, boleh ke ek?

So pape pon muvi ni memang best, menarik, padat ngan isi dan yang paling penting, takde 1 babak pon menari guling2 kat taman cam cite Hindustan yang lain ha3.
 
Reactions: 

Nice! (Part 2)

Sambungan untuk entry before ni, ade beberapa keping lagi gambar yang cambest!

















*Credit to syok.org
 
Reactions: 

BluR...

Lame dah tak tulis ni. Macam2 hal berlaku seminggu lepas. Tapi nak cite plak malas. Biarlah. Dalam hati ada taman.
 
Reactions: 

Melantak kek Senibong

Malam tadi saje aku blanje pengantin baru, Pian ngan bini dia kat Kg Senibong, tepi pantai. Bukan ape, sebab mase diorang kawen aritu aku tak dapat datang sebab mase tu kat KL. Alang2 ajak Khai ngan Nuar skali. So ni antara summary la...
  • Kat situ, cam Danga Bay la, ngadap Singapore, tapi banyak kedai seafood
  • Kitorang makan kat Selera Senibong Seafood
  • Order siakap 3 rase, tomyam campur, telur dadar, sotong goreng tepung, udang goreng tepung, kailan ikan masin, cendawan oyster, air masing2 la.
  • Bole tahan sedap, tapi tomyam dia kureng sket (sebab tak pedas ha3)
  • Penutup selera diorang bagi tembikai sejuk.
  • Total harga dekat2 RM200, bagi aku mahal gak la kat situ, kopak gak, dah la Sabtu ni da janji nak blanje famili makan piza plak sob3
  • Masuk situ kene bayar parking, RM2, collected by JKKK Kg Senibong
  • Kalau korang gi, kalau nak buat call, kene hati2, sebab selalu conflict ngan network Singapore, Singtel.
  • Khai ade beberapa kali call, dari RM10++, tinggal RM2++ walaupon call tak sampai 2 minit.
  • Aku ade gak buat call out, tapi kene tunggu bil datang hujung bulan, tapi bila Khai cite pasal kredit dia, aku da cuak ha3. 
  • Kalau korang nak datang, ni koordinat N 01 29.086' E 103 49.050
  • Ni sket pics...
Khai terpegun

 Ni pengantin

 Pian dah terbeliak

 Mak ai, besonye udang

 Ko lagi Khai

Okes nak gi solat Jumaat, pastu nak balik kampung. Yey! 
 
Reactions: 

Memandu Cara Yang Betul

Salam, aku petik dari Kosmo Online tips ni. Bagi aku, point dalam ni memang complete untuk asas dalam pemanduan. So hopefully kite bole sesame apply.

KETIKA memandu di jalan raya, kita perlu menerapkan satu perkara yang paling asas di fikiran. Kita tidak keseorangan. Jalan raya adalah tempat yang digunakan secara bersama, maka sama ada anda memandu sebuah kereta murah atau berharga berjuta-juta ringgit, ia merupakan lorong yang kita semua wajib patuhi.

Jalan raya direka dengan sistem dan undang-undang. Kenderaan juga begitu, datang dengan sistem. Jadi apabila sistem tidak dipatuhi, maka kepincangan seperti kemalangan dan kesesakan akan terjadi.

Nilai sendiri kualiti pemanduan anda. Setiap orang memiliki daya kepekaan berbeza sewaktu memandu. Ada orang yang tidak pernah mengalami kemalangan walaupun jarang memandu perlahan. Ramai juga yang keretanya calar balar biarpun memandu pada posisi seperti mencium stereng. Perbezaannya adalah kepekaan dan teknik memandu.

Adakah anda sering menjadi sasaran kemarahan pemandu lain atau adakah anda sering diekori rapat ketika memandu dan dihala dengan lampu tinggi?

Jika semua ini berlaku, ini bermakna memang ada yang tidak kena dengan gaya pemanduan anda. Satu perkara penting yang harus diingat, ketika memandu anda harus memastikan setiap pergerakan dapat dijangka oleh pemandu lain.

Pandu secara konsisten

Pastikan anda memandu secara konsisten, tidak kiralah agresif atau tidak. Ini perlakuan yang baik bagi membantu pemandu lain menjangka pergerakan anda.

Banyak padahnya jika tidak memandu dengan konsisten, atau dengan kata lain memandu seperti orang yang tiada pedoman. Sekejap laju, sekejap perlahan. Ini konsep yang penting dan harus diamalkan bagi mengelakkan pemandu lain di sekeliling tidak terkejut dengan perubahan perilaku pemanduan anda.

Kelajuan yang betul

Sebagai contoh, jika had kelajuan di lebuh raya ialah 90km/j dan majoriti pemandu lain memandu di antara 90 hingga 110 km/j, janganlah anda memandu 90km/j di lorong paling kanan. Beredar ke lorong tengah atau ke lorong paling kiri jika anda tidak berminat untuk menyamai kelajuan pemandu lain.

KEMALANGAN jalan raya antara penyumbang utama kematian di seluruh dunia.

Beri isyarat jika anda terpaksa memandu perlahan kerana hendak mencari sesuatu lokasi atau kereta mengalami masalah mekanikal. Dengan memberi isyarat, pemandu lain akan faham dan seboleh-bolehnya beri laluan kepada kenderaan lain di belakang.

Jika kereta lain masih sukar untuk melepasi anda kerana keadaan trafik, sentiasalah mencari peluang atau posisi yang sesuai untuk membolehkan kereta lain memintas dan meneruskan perjalanan dengan lancar.

Jangan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Jika kereta di hadapan tidak memberi laluan dan kereta dari arah bertentangan tidak putus-putus, sebagai pilihan terakhir, kembali ke jarak selamat dan beri lampu tinggi secara sopan (jangan dinyalakan berkali-kali).

Pemandu di hadapan mungkin akan faham dan bertimbang rasa untuk memberi laluan kepada anda. Jika anda pula berada dalam keadaan dirapati oleh kenderaan belakang, anda dinasihatkan untuk memberi laluan.

Guna cermin sisi

Cermin sisi direka untuk melihat ke belakang. Gunakan cermin sisi, cermin pandang belakang dan melihat titik buta (blindspot) sebelum memotong. Ini kerana mungkin ada kenderaan di belakang anda yang sedang memotong dalam kelajuan tinggi. Beri laluan kepada mereka dahulu. Apabila selesai mereka memotong, barulah anda meneruskan pemanduan di lorong kanan.

Lampu isyarat jangan lupa

Menggunakan lampu isyarat untuk menunjukkan ke mana arah anda supaya pergerakan tidak mendatangkan kejutan kepada pemandu lain. Seelok-eloknya bagi isyarat lebih awal, terutama dalam keadaan trafik yang sibuk. Jangan sudah hampir memasuki simpang, baru hendak memberi signal atau suka-suka bertukar lorong tanpa melihat kenderaan di belakang.

Brek dengan perlahan

Jika anda perlu membrek, tekan dengan perlahan-lahan. Bagi amaran awal kepada pemandu di belakang. Sebagai anggaran untuk masa membrek yang praktikal, lihat kereta selang kereta di hadapan anda. Membrek secara mengejut merupakan perbuatan berbahaya.

Jika keadaan trafik memaksa anda membrek secara mengejut (kemalangan atau sebagainya) cuba cari ruang lega di hadapan agar kenderaan di belakang anda mempunyai masa yang cukup untuk membrek.

Memecut pada masanya.

Memecutlah di tempat sepatutnya seperti apabila lampu isyarat bertukar hijau atau ketika giliran anda di simpang bertanda berhenti.

Ia membantu mempercepatkan kelancaran trafik. Sebaik lampu bertukar hijau, bersedia dengan kedudukan gear dan kemudian terus bergerak. Jangan 5 saat sudah lampu trafik bertukar hijau baru terkial-kial mencari tuil gear.

Jika hendak memasuki trafik yang sedang bergerak, anggar dengan baik dan pantas masuk ke dalamnya. Jadi, anda tidak memaksa pemandu dari belakang menekan brek. Cuba bersabar, tunggu ruang yang agak luas dan terus masuk dengan pantas.

Berhenti di tempat sepatutnya

Tiada faedah berhenti melebihi garisan. Ini hanya boleh menyusahkan kenderaan lain dan mungkin alat pengesan lampu isyarat juga tidak dapat mengesan anda.

Di persimpangan jalan raya dengan saiz jalan yang terhad, anda hanya menjadi penghalang kepada kenderaan dari simpang bersebelahan. Ia akhirnya akan memperlahankan trafik secara keseluruhan.

Jangan berhenti di tengah jalan tanpa tujuan. Jika terpaksa berhenti di bahu jalan, berikan isyarat dan bukannya berhenti sesuka hati.

PEMANDUAN berhemah dapat menyelamatkan anda dan orang tersayang.

Beretika

Jika berada di lebuh raya yang sedang sesak, pilih lorong anda dan tetap di situ. Jangan terlalu kerap bertukar lorong kerana ia tidak membuatkan anda lebih pantas menuju ke destinasi.

Sebaliknya, ia membuatkan keadaan trafik bertambah teruk. Jika kenderaan di lorong sebelah kanan anda dipandu laju melepasi anda, tidak perlu anda meningkatkan kelajuan kerana hendak menunjuk-nunjuk.

Jangan memotong ikut kiri. Ini perlakuan yang berbahaya dan dikategori kurang sopan ketika lebuh raya sesak dan biasa dilihat pada musim perayaan.

Selain menyalahi undang-undang, ia berbahaya kepada kenderaan lain yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan (hazard light) adalah untuk kecemasan. Ia digunakan ketika kenderaan berhenti, bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan. Ketika hujan, pasang lampu utama. Walaupun pihak berkuasa selalu menggunakan lampu kecemasan ketika mengiringi konvoi, jangan sesekali anda menyalakan lampu itu ketika anda berkonvoi.

Anda tidak kacak untuk berbuat begitu dan hanya membahayakan pengguna lain.

Bayangkan anda menyalakan lampu kecemasan ketika hujan kemudian perlu masuk ke simpang kiri. Jadi bagaimana?
 
Reactions: 

Nice! (Part 1)

Kate orang gambar menceritakan 1000 perkara, tapi kalau gambar yang dah diphotoshopedkan cane plak?. Btw, gambar ni real, just untuk buat kite tersenyum he2.












*credit to syok.org
 
Reactions: 

Weekendku (Part 3)

Weekend baru2 ni (10 & 11 April) memang btol2 full ngan aktiviti. Sampai arini aku keje lenguh2 badan le plak ha2. So, ni antara ringkasan...
  • Jumaat malam Sabtu tu, saje ajak Nuar ngn Khai gi ke Sutera Mall, Skudai sebab kat sane ade 1 kedai tu jual Laksa Sarawak. Aku tibe2 ngidam ler plak.
  • Skali da dok kat kedai tu, aku dengan pantas mengorder "Laksa Sarawak bang", tapi sepantas tu gak brother tu mereply "Laksa Sarawak dah takde la bang". Kuciwa2 hu2.
  • Pas melantak, kitorang gi ke Leisure Mall, Pelangi, saje abeskan waktu tengok wayang walaupon hakikatnye aku tak minat pon cite Clash of The Titans tu. Balik umah dah 2.30am.
  • Sabtu, kol 11am kuar, cari half cut untuk Charade Nuar. Jenuh gak cari, last2 kene order.
  • Kol 3 sampai Jusco Bkt Indah, Zuhur sat, then start soping2!
  • Pas beli sepasang pakaian, gi ke Tesco Bkt Indah plak, soping barang2 dapur.
  • Kuar dari Tesco, ade orang dari AC Nielsen buat survey. Slame ni tau pasal AC Nielsen, tapi ni 1st time aku involve dalam diorang punye survey. Dapat souvenir pas buat survey tu he2.
  • Malam pas Maghrib, gerak ke Taman Gaya ngn Nuar untuk melantak steamboat. Ajak Nik, Ridha ngan Ayien skali, tapi Nik jek yang available.
  • Best gile tempat tu, bayar dah la RM17.50 je, tapi banyak gile pilihan. Aku malas cakap banyak, korang bole refer kat BLOG ni.
 Kepah ngan ayam BBQ pon ade 

Udang yang idup awalnye, akhirnye terkubur dalam sup

 Daging n ayam BBQ

  • Memang mistakela owner kedai bagi kitorang masuk, silap2 bole bangkrap diorang sebab kitorang melantak gile2 ha2.
  • Koi 11 kitorang gi ke Daiman Bowl, nak men boling. 1st time aku gi ke kompleks yang menempatkan boling semata2. Before ni tempat boling mesti dalam shopping mall.
  • Main mule2 games, then tambah 1 game lagi.
  • Antara aku, Nuar ngan Nik, total aku last. Ala, Nuar badan besar, Nik tentera, mesti tenaga diorang lebih dari aku. So logikla kan??? 
  Daiman Bowl, 36 lanes

 Si Nuar bergembira
  • Abes main 1.30am, then Merc 2000cc vs Skyline 2500cc along Highway Pasir Gudang ha2. Best gile! 
  • Lastly Nik menang, dah dia cc lagi beso. 
  • Sampai umah 2.30am, layan muvi The Reeds sambil tunggu match Real Madrid vs Barcelona kol 3.55am.
  • Then gi kedai mamak layan bola. Barca menang 2-0. Kembar aku, Messi memang superbla!
  • Abes kol 6, balik umah, singgah Masjid Mutiara Rini, solat Subuh.
  • Then dengar kuliah Subuh sat sambil kengkadang kepala tersengguk2.
  • Kol 7 balik umah, tido dengan bestnye ha2.
  • Bangun koi 2.30pm, pas mandi, Zuhur, gi ke kenduri kawen, dapat makan pree. Dah la lauk best, aku siap bertambah ha2.
  • Balik umah, singgah Jusco Bukit Indah, beli eskrem dalam bekas tu nyam3.
  • Gi kedai Speedy, nak cari CD album Kelly Clarkson ngan Taylor Swift, tapi dua2 da abes hu2.
  • Sampai umah dah kol 6pm, makan eskrem.
 Eskrem yang best
  • Kol 8.15pm, gi kedai mamak lagi, tengok bola, ManU vs Blackburn. Seri la plak. Bengong btoi.
  • Kol 11 balik umah, men PS2 ha2.
  • Arini datang keje badan lenguh2. Malam ni nak men badminton plak ho3.



 
Reactions: 

Black Out!

Ko lah lilin yang membakar diri menerangi diriku

Malam semalam tengah aku ngan memember layan Pro Evolution Soccer (PES) kat PS2, tetibe blackout plak dalam 1am camtu. Hampeh btoi. Aku risau je ngan Mr Nyamuks, aku ni dah la darah manis, ngan macam2 lagi kes denggi berdarah, cuak gak aku. Nasib baik 10 menet jek blackoutnye he2
 
Reactions: 

Layan klasik sket

Kite layan retro sat eh ha2. Ni antara lagu2 peberet aku. Enjoy....

Jay Jay & Dayangku Intan - Kita Insan Biasa



Hail Amir - Wajah Kesayangan Hamba



Dayangku Intan - Berpaut Di Dahan Cinta



Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim - Doa Buat Kekasih

 
Reactions: 

Weekendku (Part 2)

Ha, ni plak Part 2, weekend baru ni gayenye (3 & 4 April 2010).
  • Aku balik dari JB naik bas ekspress, Jumaat malam Sabtu, sampai Klang, singgah kat Tesco Setia Alam untuk bela hadiah sempena perkahwinan As'ad.
  • Aku beli hadiah baik punye! ha3
  • Then soping3, adik2 aku, Mimi ngan Ikin sempat menapau abang mithali dia ni. Beratus gak melayang duit aku sob3.
  • Sempat beli ikan keli ngan sotong, besela, balik kampung mesti nak makan sedap keh3.
  • Sabtu abeskan mase ngan makan, pastu makan, then makan lagi ha3.
  • Petang tu makan tembikai sejuk plak. Ni adalah hobi aku hampir tiap2 weekend ha3.
Ha, nak mintak la tu?
  • Malam tu plak aku blanje 1 famili KFC. Tapi tapaula, sebab aku nak tengok bola kat rumah.
  • Malam tu sambil makan KFC, sambil marathon bola, ManU vs Chelsea,, pastu N9 vs Selangor.
  • Aku tak puas hati sebab ManU ngan Selangor kalah, dua2 disebabkan ref yang bodoh alang!!...tensen3!!!
  • Ahad gi umah As'ad, sebab dia kawen, kat Jeram.
Yang paling kanan tu bulan Mei nanti plak keh3

  • Yang  ajaibnye, berkat kat umah kawen tu, diorang bagi jem! ha2
 Ni jem tu ha3

  • Balik dari umah kawen, terus gi ke Sungai Buloh, nak beli pisang, sebab nak mintak mama buat pengat, aku mengidam dek Fauzani la ni. Sape soh dia posted nak buat pengat kat FB ha2.
  •  Petang tu mama buat pengat, aku makan dengan hati berbunga3.
   Pengat pisang yang best he3

  • Petang plak, si Nurin bawak pisang goreng la plak. Abes petang tu badan aku berbau pisang ha2.
  • Malam tengok ABPBH, ex-gf aku, Siti Nurhaliza menang, u memang true legendla.
  • Tapi gf aku, Sharifah Amani tak menang la plak. Takpe, next year aku undi dia banyak2 ha2.
  • So, tu je la. Tengkiu. Babai. Salam. 
 
Reactions: 

Weekendku (Part 1)

Salam,
2 weekends yang lepas aku full ngan macam2 aktiviti. So agak penat tapi menarik sebab macam2 hal berlaku. So untuk Part 1 ni aku cite weekend on 27 & 28 Mac 2010.
  • Sabtu tu mama cakap gi kenduri kawen kat Felda Soeharto, kat Hulu Selangor. Aku da set journey 2 jam pegi, 2 jam balik.
  • So kitorang gi konvoi, aku ikut bontot Honda City pakcik aku. Tapi dah masuk Perak, masih tak sampai2. Rupenye kenduri tu kat Felda Gunung Besout, Perak, 4 jam dari rumah aku.
  • Balik rumah, rase penat gile sebab dah set dalam otak journey 4 jam pegi balik, tapi rupenye 8 jam pegi balik.
  • Tapi aku x kesah, mama ade misi dia, dan misi agak berhasil keh3.
  • Ahad, gi kenduri kawen Ruhan, adik ipar maksu kat Kg Bkt Hijau.
  • Nothing special he3.
Pengantin biru

Dengan si kembor

Barisan tentera Mak Uda
 
Reactions: