1001 Cerita

Last wiken banyak benda terjadi. Lets cekedaut...

Sukaneka Taman Permai 2011

Sukaneka ni atas beberapa sebab terpaksa beberapa kali ditangguhkan. Tapi akhirnye diawalkan balik plak. Macam2 hal. Dianjurkan oleh Rukun Tetangga, dengan kerjasama Jiran Wanita, Jiran Muda, dan Persatuan Belia, akhirnye dilangsungkan 26 Nov 2011 hari tu.

Disebabkan aku jauh dari kampung, aku dimaklumkan yang aku akan jadi pengadil on that day. Aku tak kesah. Tapi sekali hari tu aku kena jadi emcee plak sepanjang satu hari pertandingan. Dah la tekak tak brape elok. Tapi pasrah je la. Seronok bahan orang2 yang macam2 ragam ni hehe. 

Pertandingan plak ade banyak kategori, dari budak2 seawal umur 5 tahun hinggalah ke orang tua. Budak2 kecik dengan orang dewasa punyela sporting, tapi budak2 remaja kononnya malu la, machola, poyo la weh haha. 

Selain tu ada gak cabutan nombor bertuah ngan teka biji labu. Pertandingan dirasmikan bro Pardi, Pen. Pegawai Perpaduan. Kalau sesapa rase aku ade main laser je mase bercakap tu, aku minta maapla eh.

Copo copo

Bakal atlet junjung buku

Nak isi penuh ni dalam 5minit gak la tunggu

MC yang kepenatan seharian berdiri

Antara yang datang

Bolo-bolo beracun

Nyanyian 1 Malaysia

Hadiah tupperware pon okla, nanti bole bisnes jual kueh mueh
Sambutan Tahun Baru Maal Hijrah 1433

Berbeza dengan sebelum ni yang aku sambut kat surau, tahun ni kat rumah je. Sebabnya nak sambut dan baca doa bersama isteri tersayang. Disebabkan sukaneka yang tamat agak lewat, sekitar jam 6 petang, aku pon cepat2 mandi untuk solat Asar, dan seterusnya bersedia untuk membaca doa akhir tahun di hujung2 Asar/sebelum Maghrib. Selepas Maghrib, kami baca doa awal tahun plak. Feeling weh sambut ngan wife hehe. Next entry nanti aku cite pasal azam plak eh.

Futsal Ex SMKAKS Batch 1998-2002 vs Batch 1997-2001

Abes je solat Maghrib dan sambut tahun baru, aku ngan isteri cepat2 bersiap untuk ke Triways Futsal kat Shah Alam plak dari jam 8 hingga 10 malam. Walaupon aku seorang pemain yang sangat hebat, tapi pada malam tu aku terpaksa main sambil lewa je disebabkan kaki yang lenguh dek sukaneka siangnyye.

Walaupon respon pada awalnye macam tak ramai yang datang, tapi at the end, ramai gak yang tunjuk muka. Mungkin takut dilabel pondan kot keh3.

Senang cite, team senior ibarat lauk kari kepala ikan je bagi junior yang hebat macam kami ni...ehem3.

Bermain 10 minit, 110 minit lagi berborak

Harimau Muda Belia


Kemas Stor

Keesokan paginya aku ngan adik dan mama aku mengemas stor yang dah pupak lerak (korang tau maksudnye?). Aku rase rumah hantu lagi selesa nak dok kot berbanding stor ni. 

Bermula jam 8.30 pagi selepas sarapan kami mengemas, sampaila ke 3 petang, baru semua setel. Tapi sampah2 kami biar dulu kat luar tu, sebab dah tak larat. 

Time mengemas ni la, terjumpa balik barang2 khazanah lama. Memang nostalgia sungguh.

Sebahagian barang yang dah dikeluarkan...diulangi lagi, hanya sebahagian.

Mesin taip dari masa ayah aku buat thesis dia dulu

Sekarang broadband paling cikai pon 512k, tu pon loading website macam siput. Kalau 56k macam modem tahun 1998 ni, korang paham2la hihi.

Pasar Malam Tg Karang

Petang tu kami ke Pasar Malam kat Tg Karang, buat ape lagi, menghabiskan duitla huhu.



Malaysia vs Bahrain

Punyela menanti match kelayakan Olimpik ni, sekali dah nak start, Astro tak dapat siaran plak dek hujan gerimis je pon. Memang naik angin aku dibuatnye.

Akhirnye time 2nd half baru dapat tengok, tu pon masih sangkut2. Siaran paling clear masa Harimau Muda kene 3 biji gol dalam masa 6 minit tu. Macam haram haha.



Rambutan Free


Ahad pagi tu aku bawa isteri ke pasar. Biasela, orang pregnant mengidam macam2. Pagi tu dia teringin nak makan ketam. Aku beli ketam paling beso yang ada kat pasar tu haha.


Balik dari pasar, singgah rumah mak mertua maksu (aku panggil nenek), untuk menapau rambutan. Petik? Jolok? Kait? Semua salah. Kitorang potong terus dahan pokok tu pakai gergaji haha. Tapi takpe, nanti dia makin bercabang untuk dahan baru. Hasilnye, memang banyak gile la. Ade dekat 10 beg plastik besar gak la. Terbaiiikkk....


Proses memotong

Hasil tuaian

 
Reactions: 

Recommended Songs

Currently addicted to these songs...



 
Reactions: 

Amalina Aishah

Baru2 ni, kawan aku, Akmal dapat sorang baby girl yang comei, namanya Amalina Aishah hehe. Dah la comel, nama plak best. Aku sempat jumpa Amalina masa kat hospital, umur dia tak sampai sehari masa tu, ngan Rabu lepas. Right now dia dah kat Kelantan, folo mak dia berpantang. Rindu plak kat dia huhu.

Hopefully kehadiran puteri ni dapatla ubati kesedihan semasa abang Amalina ni meninggal dulu :(

Ni masa kat rumah. Rambutnye lebat betul tapi tadi ayahnye bagitau, dia dah botak sebab atoknye kat Kelantan cukur kepala dia haha.

Ni kat spital.

 
Reactions: 

Ayoyo baru perasan kena tag

Salam,


Hi Nurin, sorila, baru perasan keh3..


Disebabkan dah kena tag, along pon buatla entry ni eh. For those yang nak tau, ni aku kopi pes infonye:


1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
6. No tag back!
7. No stuff in the tagging section about 'YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.


11 things about myself:


1. Aku suka makan, tiap2 hari lunch di tempat yang berbeza.


2. Aku suka berjalan dan travel.


3. Suka shopping dan mudah rambang mata.


4. Mudah nak bagi pinjam duit kat orang then tak pandai nak mintak balik.


5. Suka main game perang2 kat PC dan berfutsal.


6. Sensitip kot.


7. Cerewet beno2. Kadang2 benci ade perangai camni sebab buang masa.


8. Dah berkahwin dan ada isteri yang tersayang, cewah.


9. Teringin nak jadi angkasawan.


10. Muka aku ikut mama aku keh3.


11. Mempunyai nama yang pelik. Adeh.




Ni nak jawab soalan yang si Nurin bagi plok:


1.What is the meaning of your name?
Maksud nama Syawal tu sempena aku lahir 5 Syawal pada bulan hijrah. Seriously yang Abcdef tu takde maksud.


2. Kalau masa boleh diundur balik, kau nak pergi zaman bila?
Time Sekolah Kebangsaan Jeram. Tak payah pikir study, asyik nak main jek, tapi still bole exam nombor 1 hahaha.


3. Your dream car?
Mustang GT.


4. Bila nak kahwin?
Ayo, suda kawen juga.


5. Macam mana kau boleh kenal aku?
Dah mama yang adopt you lor haha


6. What's phone are you using now? Wish to buy a new one?
Blackberry Bold 3. So far, stay the same kot sebab bagi aku henpon RM100 pon cukup. BB ni atas sebab wajib pakai arahan kompeni LOL.


7. Have any crush on anybody right now? hehe
Haip, suda kawen, don noti2.


8. Who are you in the next ten years?
Successful businessman....amiinn..


9. Why are you blogging?
My partner my diary my bla bla bla...


10. Tempat yang paling kau nak sangattttt jejak
Black hole.


11. Nak main tag tag ni tak?
Depends kat masa gak hehe.


Ok aku tak tau nak tag sape sebab bukannye ramai yang bace blog aku ni haha. Chill!

 
Reactions: 

Ku Mencarimu 3G

Salam,

Dulu mase bujang dok kat Kajang, malam2 aku selalu online, bace review, blog, forum. TV memang jarangla tengok. Tapi sejak pindah ke Putrajaya ni, tak dapekla nak online macam dulu. Sebabnya tepon tak dapat coverage 3G. Selama ni aku online, connect BB pakai Bluetooth ke laptop. Masa kat Kajang dapat 3G, so download movie setakat 1GB pon tak sampai sejam. Tapi kat Putrajaya ni masa before masuk parking dapatla 3G, tapi sekali dah area depan rumah alamat GPRS je la. Apabila dah masuk rumah lagi haru, kalau tak GPRS, mesti dapat GSM, takpon, takde coverage langsung. Kalau GSM konpem la tak dapat online, GPRS tu dapat, tapi nak loading mau sejam kot huhu.
Buat masa ni malam2 memang layan TV je la. Nasib baik Astro dah pasang semalam, ade la lebih option untuk aku menonton. Tapi Ustaz Don kat TV al-Hijrah tu memang bestlakan (selingan sket hehe). Lagi satu since TV tu bole cucuk USB, sekarang ni aku masuk opis, tengok cita apa yang best. Kalau ade, aku download, then malam2 cucuk USB kat TV, layannnn. Senang dah, tak perlu connect DVD player or laptop ke TV macam mase bujang2 dulu. Tu namanye melepas geram sebab tak dapat online malam2 hehe.

GSM oo

Ni lagi haru, takde coverage langsung

 
Reactions: