Kembali menulis


Salam,

Lama dah tak update blog ni. Banyak sangat yang berlaku selama aku tak update ni. Ni antara rumusan hidup aku selama beberapa bulan ni.

DAH BOOKING RUMAH BARU

Selepas setahun mencari rumah yang sesuai, akhirnya hari tu kami suami isteri sepakat untuk beli rumah di area Sijangkang / Teluk Panglima Garang. Kenapa kami pilih rumah ni? Ada 3 sebab:

      1)      Tengah2 antara kampong aku di Jeram dan kampong isteri di Banting.
      2)      Bank value lebih tinggi dari harga sebenar.
      3)      Kawasan yang agak strategik, berhampiran kilang2, highway KESAS dan baru2 ni highway SKVE juga baru dibuka berdekatan situ.

Kami baru bayar booking fees, bulan 10 nanti baru setel urusan dengan bank memandangkan projek hanya akan berjalan awal tahun depan dan dijangka siap pada awal 2015. Untuk info, sekarang projek untuk Fasa 5 sedang berjalan dan rumah yang kami beli terletak di Fasa 6.

Tapi rumah tu dibeli memang sekadar untuk melabur semata-mata. Lepas siap nanti kami bercadang untuk sewakan je, fully furnished lagi. Buat masa ni rumah yang aku sewa kat JB lengkap dengan perabot, macam TV, mesin basuh, sofa, fridge etc2. Tapi since aku dah terminate sewaan kat sana baru2 ni, perabot2 tu semua aku bagi pakai je kat orang yang menyewa sekarang. Jauh woo nak amek. Once siap rumah yang dibeli ni, barang2 tu semua akan diletak kat rumah baru ni. Siapa nak sewa boleh booking dari sekarang hahaha.

Next plan, kami berdua sedang mencari tanah yang sesuai untuk dibuat rumah. Reason kami buat macam ni ialah sebab rumah sekarang kebanyakan 2 tingkat dan kurang lebar (semakin kecik). So taste kitorang senang, nak single storey je sebab malas nak naik2 tangga ni, then biar seluas yang mungkin. Kalau dapat tanah yang sesuai, memang bestla dapat buat rumah ikut design sendiri hehe. Doakan kami moga berjaya ye hihi.

DAPAT ANAK SULUNG

Alhamdulillah, anak sulung kami telah selamat dilahirkan pada 11 Jun 2012, jam 2143 di Hospital Serdang dan berat ketika itu 2.7kg. Baby tersebut adalah baby boy atau gelaran terkenal sekarang Boboiboy.

Sebenarnya, mama dia dah pecah air ketuban 10 Jun tu, lebih kurang jam 2350. Kami masa tu tengah tengok Prison Break Season 1 kat tv, aku plak tengah tunggu jam 0000 sebab ada live Spain vs Itali, Kejohanan Euro 2012. Tetiba banjir kat lantai, kelam kabut kami bergegas ke Hospital Putrajaya. Maklumla, anak sulung kan, memang panik sket la hehe.

Malangnya, kat hospital tu full plak, terus kami shoot ke Hospital Serdang. Kat sana isteri ditahan kat wad dulu since bila doctor cek, masih takde tanda2 contraction. Sampaila keesokannya, masih tiada tanda2 contraction. Akhirnya doctor bagi induce untuk paksa baby keluar, takut lemas dalam perut tu since air ketuban dah tinggal sket. Setelah beberapa jam contraction, isteri ditolak ke wad bersalin pada malam tu.

Syukur aku ada di sisi isteri semasa masa kelahiran anak. Yang menyambut plak nurse seorang je, so aku pon tolong2 la nurse tu mana yang patut. Memang kagum dengan proses kelahiran. Pengalaman dapat tengok baby keluar dari rahim tu memang takkan dilupakan. Sangat kagum dengan kebesaran Allah, dan juga ketabahan seorang ibu dalam melahirkan seorang anak.

Walaupon baby ditahan di NICU selama 3 hari atas faktor precaution (ye la, sebab baby keluar hampir 24 jam selepas mama dia pecah air ketuban), tapi akhirnya semua ok.

Semasa proses pendaftaran nama plak, kami suami isteri sepakat nak bagi nama Muhammad Haris Abcdef, tapi bila pergi ke JPN, tak boleh daftar nama ‘Abcdef’ tu since polisi diorang sekarang setiap nama mesti ada maksud. Tapi akhirnya setelah berbincang dengan isteri aku dan mama aku, mama aku merangkap kepada Wan baby aku mencadangkan nama ‘Naufal’ bagi menggantikan ‘Abcdef’ tu. Dan kami suami isteri pon setuju bagi nama Muhammad Haris Naufal kepada baby kami dan akhirnya berjaya la didaftarkan hehe.

Kelebihan anak aku ni ialah dia suka tersenyum

Ni kelebihan lagi satu, mama dia kata tido macam ulat beluncas

KERJA BARU

Bagaimana aku cari kerja baru ni sebenarnya bertitik tolak dari kejadian aku gaduh dengan bos yang dulu. Keluar je dari bilik dia, terus aku bukak jobstreet, kebetulan kat situ yang sesuai dengan kelayakan aku yang paling atas ialah dari Gamuda. Aku terus tekan apply, masa tu dalam jam 1730, then terus balik. Malam tu dapat emel dari Gamuda yang aku kena datang interview Khamis depannya.

Next weeknya aku pergila interview, tapi tak sangka plak dekat ngan hometown aku. Kebetulan kali ni bukanla development macam jobscope aku sebelum ni, tapi melibatkan air. 8 semester aku belajar kat university dulu, pasal air ni belajar 2 semester je kot haha. Aku terus terang je ngan panel yang aku memang takde pengalaman pasal air ni. Lama gak aku dalam bilik interview tu, dekat sejam. Hujung interview, panel bagitau result akan dapat dalam masa 2 minggu, itupon kalau berjaya.

Khamis depannya, Gamuda call kata aku berjaya dan minta start bekerja mulai 2 Julai 2012. Masa tu aku ada tak sampai 3 minggu untuk bagi notis kat kompeni lama. Ah, aku gamble je. Aku hantar surat resign tu pada hari yang sama hari kelahiran baby aku. Tu pon masa tu aku kat hospital, aku call dispatch, Zul untuk datang amek surat dan bagi kepada bos. Dalam jam 1200, bos call ucap tahniah sebab berjaya dapat kerja kat tempat yang lebih besar. Dia boleh plak bangga sebab staf dia berjaya menempatkan diri kat syarikat public listed. Ah, lantak la, aku masa tu dah memang bengang dengan dia.

Hari pertama daftar, aku dapat tahu yang diorang dah lama cari Civil Engineer, dah dekat 2 tahun, dah beberapa kali sesi interview tapi takde yang berkenan. Tup2, aku melekat, even guard kat guard post pon ucap tahniah kat aku sebab macam tak sangka, aiya. Hari pertama tu gak aku baru tau yang aku bukan ganti orang lain atau tambahan staf, tapi jawatan ni adalah baru diwujudkan dan aku adalah penyandang yang pertama, sama macam kat syarikat lama. Bezanya kat sini aku ada orang yang boleh bimbing, kat syarikat lama dulu memang ikut pandai aku je haha.

Kat tempat kerja baru, aku dapat bilik sendiri, agak besar, boleh letak 3 katil saiz King punya. Tapi disebabkan jawatan ni baru diwujudkan, so kelengkapan bilik pon takde lagi. Bajet baru lulus kat HQ, so HR kata barang2 bilik aku mungkin sampai awal Ogos nanti. Buat masa ni pakai barang2 yang keluar dari stor dulu haha. Sedih btoi. Tapi takpela, yang bestnye, nanti dapat barang2 baru, PC baru, kerusi meja baru, almari baru, HR kata dapat printer 3 in 1 lagi. Tak taula kot2 diorang nak amek hati aku haha.

Bilik aku. Sedih tak? hahaha

BAKAL BELI KERETA BARU

Aku dalam proses menyervey (survey) kereta baru. Ada beberapa model dah berkenan dan dah ada beberapa model gak yang aku terminate dalam list haha. Hopefully dapat pakai sempena raya yang bakal menjelma nanti hahaha.
 
Reactions: 

My Baby (3D)


Eksklusif hanya untuk reader blog aku je, gambar baby yang di scan hari tu :)



Membesar dengan sihat, sempurna, dan baik ye sayang :)
 
Reactions: 

Dairy Milk

Salam,

Alhamdulillah wiken kali ni banyak perkara yang setel.

Perkara 1:

Sabtu lepas kami sekeluarga celebrate besday Ayah, Mimi, ngan Saleh. Actually besday Mimi on 4 Mac, Ayah 14 Mac, Saleh plak sebagai tetamu jemputan on 7 Mac. Kami celebrate makan2 kat D’Arab CafĂ© kat Seksyen 7 Shah Alam. Tapi cam tak bape sedap berbanding Saba’ Restaurant la hehe. Next kami gi ke i-City, saje lepak2.

 


Perkara 2:

Hari ni (Isnin 19 Mac) memang kami suami isteri bercuti. So pagi tadi aku sempat ke SK Jeram, sekolah masa aku kecik2 dan comei2 dulu ehe. Kami alumni batch UPSR 97 plan nak buat program motivasi untuk budak2 tahun 6 yang akan menghadapi UPSR nanti. Lepas berbincang dengan guru besar Cg Isa dan Cg Helina lebih kurang setengah jam, syukur sebab diorang setuju. Yang lebih bagusnya, Cg Isa tu sendiri willing untuk libatkan PIBG dan PIBG akan tanggung makan minum budak2 tu nanti.

Seperkara lagi, pihak sekolah minta aku sediakan team alumni untuk berbincang dengan diorang dan PIBG untuk sambutan sempena Jubli Emas 100 tahun penubuhan sekolah. Ha, 100 tahun k. Dah boleh apply untuk disenaraikan sebagai World Heritage tu. Bangga weh sebab dapat involve untuk sambut hari bersejarah sekolah. Cuma tugas konfem agak berat la. Insya-Allah boleh berjaya.

Perkara 3:

Petang tadi kami suami isteri pergi ke Kelana Jaya untuk scan 3D/4D baby. First scan tak nampak sangat sebab baby menyorok. Then doc minta wife jalan2 lebih kurang setengah jam dengan harapan baby bergerak ke posisi lain. Afta setengah jam, kami scan semula, tapi baby masih di posisi yang sama. Doc sedaya upaya gak la cari angle yang bagus. Last2 dapat la, tapi dari angle tepi, so takdela nampak muka baby dari depan. Tapi takpe, yang penting dah nampak muka dia, tangan dia, kaki dia hehe. Jantina pon dah tau hihi.

Memang bagus tempat scan ni, consultation yang bagus, murah dari tempat yang lain, dapat DVD untuk gambar2 dan video2 baby yang discan td, siap dapat free gift lagi hehe.

 

 
 
Reactions: 

Test

Babai BlackBerry, welcome Android.


Published with Blogger-droid v2.0.4
 
Reactions: 

Fitrah hidup: Kewangan

Salam,

Baru2 ni ada ternampak status kawan kat FB, lebih kurang macam ni maksudnya “Gaji RM10k sebulan baru tak serabut kepala aku”.


Percaya tak, sebenarnya kalau gaji RM50k sebulan pon takkan cukup. Sebab kita manusia ni mane pernah cukup.

Ambil contoh, katakan gaji RM1k sebulan. Kita pon pakai motosikal EX5, dok menyewa rumah flat. Time tu kita pon terfikir kalau gaji RM2k kan senang.

Katakan la Allah makbulkan doa kita. Kita dinaikkan pangkat dan gaji ke RM2k. Time tu kita pon rasa selesa, then angkat Myvi contohnya. Dan kita pon stat cari rumah servis apatmen yang sewanya mahal sikit. Akhirnya setelah beberapa bulan, kita mula rasa terbeban kembali dengan bayaran bulanan. Mula la kita pon cakap dalam hati, gaji RM5k sebulan kan best.

Ditakdirkan Allah kita dimurahkan rezeki, dapat gaji RM5k sebulan. Kita pon tukar kereta, Accord contohnya. Rumah pon cari atas tanah dah. Still, at the end, masih merungut. Perkara ni akan berterusan hatta gaji kita RM100k sekalipon. Bezanya, kita lebih selesa dengan material yang kita ada, dari motosikal ke Mercedez, dari rumah flat ke banglo. Tapi, faktor kewangan masih membelenggu, bukan kerana tak cukup, tapi kita yang tak puas.

Tapi, bak kata Nabi Muhammad, beribadatlah seolah2 sudah tiada esok lagi, dan bekerjala seolah2 kita hidup seribu tahun lagi. Aku scroll ke bawah lagi, akhirnya terjumpa status yang baik untuk kita renungkan. Sekian.


 
Reactions: 

Ke Melaka plak kita

Salam,

5 hingga 6 Februari lepas (ha, dah sebulan baru nak cerita ni), aku ngan isteri pergila ke Melaka, jejalan dengan hala tuju yang kabur. Disebabkan kami pernah pergi ke Melaka ni beberapa kali before ni, of course la time tu bujang, dan kami pon saling tak mengenali lagi, so kali ni decide gi ke tempat yang tak pernah pegi lagi.

1. Kapal Selam

Disebabkan kapal selam ni tarikan terbaru kat Melaka ni, menjadikan ia tempat wajib lawatan kitorang. Jenuh mencari, akhirnya jumpala signboard dia yang macam tak nak bagi orang datang je. Tapi jalan masuk menuju ke submarine tu, macam jalan menuju ke kebun. Sampai je kat submarine tu, mati2 aku ingat boleh masuk ke dalam submarine, sekali untuk tatapan dari luar je. Tapi jadila memandangkan tu pon first time aku tengok submarine live depan mata.

Ni jalan masuk dia haha

Korang nampak Dila tak?


2. Spice Garden, Melaka River Cruise dan Stesen Monorel Hang Jebat

Iye2 je aku ngan isteri tag Spice Garden kat GPS tu, sekali besarnya adala sekitar 10 kangkang kera. Korang imagine taman bunga kat rumah2 kampung, lebih kurang camtu je la. Tersangatlah hampehnye. Kebetulan kat situ ada Melaka River Cruise ngan Monorel yang baru dibuka. Tapi kami tak naik sebab kalau tengok routenya, tak berbaloi ngan tiket yang dibeli.

Monorel


3. UTEM

Kitorang sebenarnya nak gi ke Tebong, tapi GPS bawak kitorang lalu kat dalam UTEM ni. Segan aku nak menjawab ngan pak guard UTEM tu. Nasib baikla guard tu tak outdated, dia tau gak la menatang GPS tu. Dia bagitau memang lalu UTEM tu boleh tembus jalan ke sebelah sana untuk ke Tebong.

One of faculty

4. Tebong (Rumah Noey)

Noey ni member aku kat opis, tapi dia opis atas aku opis bawah, sebab kami berlainan kompeni. Kampung dia kat Tebong, Melaka. Tebong katne? Korang gi la search kat Google Map. Kat kampung dia ni, famili dia run macam2 bisnes pertanian. Getah, kambing, itik untuk produce telur masin, ikan, dan tak lupa gaharu. Actually aku ada invest kat sini, tanam 100 unit pokok gaharu. Tu antara sebab utama aku ke sini, untuk tengok pokok2 aku hehe. Selain tu, nak tengok2 gak apa lagi potensi yang ada yang aku boleh jalankan. Dan malam tu, aku bermalam kat rumah dia, thanks Noey atas a very good hospitality, bilik siap ada aircond lagi.

Itik, ada 2000 ekor

Kat Tebong ada rel ketapi camni, susah dah nak jumpa sekarang

Tepi tu getah, tengah2 gaharu

Gaharu

Mahkota Dewa

Kandang kambing

Ada 100 ekor ++ kat sini

Lebih kurang 500 ekor talapia, baung

Telur itik yang dikutip untuk buat telur masin

5. Tg Bidara

Sebenarnya orang2 dari kampung aku ade buat trip ke sini pada 6 Februari. So keesokannya, kami gerak dari rumah Noey ke Tg Bidara. Kat sana aktivit santai je, aku plak lepak ngan famili aku la.

Antara orang kampung yang datang termasuk mak aku hehe

6. Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Hutan Rekreasi Sg Udang

Dua2 tempat ni kami pergi, tapi kecewa sebab tutup. Kompleks falak tu tutup sebab hari tu Isnin, so memang tutup. Hutan rekreasi tu plak sebab dalam proses naik taraf. So kami tangkap gambo je la huhu.

Kompleks Falak

Hutan Rekreasi

7. Pantai Puteri

OTW ke Bandar Hilir, kami singgah di Pantai Puteri. Tak sangka sini lebih meriah dari Tg Bidara. Suasananya pon lebih aman, dan air lautnya memang sesuai untuk mandi-manda.

Sekitar Pantai Puteri

8. Medan Ikan Bakar Umbai

Atas cadangan kawan, kami pon pergi ke medan ikan bakar ni. Saje je nak test kesedapan dia. Hasilnye? Ikan Bakar Aroma Jeram berkali ganda lebih bagus dari sini haha. Tak tau la kami yang tersilap pilih kedai ke, sebab banyak lagi kedai yang lain. Kalau korang nak gi sini, bagus datang dalam kol 6pm, sebab menjelang maghrib, semakin ramai pelanggan, korang nak amek seat pon susah nanti. Abes makan, kami terus balik ke Putrajaya.

Pintu masuk. Parking pon kene bayar weh

Ada lebih kurang 20 gerai makan kalau tak silap

Hampir semua gerai ada display camni dengan harga

Our dinner, RM40++. Macam kurang sedap dan kurang berbaloi

 
Reactions: 

Super Songs

Currently addicted to these songs!



Lebih suke live ni dari official video sebab suara Pasha yang best.



Walaupon tak minat Twilight, tapi lagu ala2 nak tido 1000 tahun ni memang best!



I like it like that!



Dedicated to my wife :)

Last but not least,



Bawaku pergi hehe
 
Reactions: 

Futsal Reunion Ex-SMKAKS

Salam,

Hari tu dah berlangsung tournament futsal untuk budak2 ex-smkaks dar batch 1998 sampaila batch 2003. So total 6 team yang join. FYI aku batch 2002.

Bersemangat team aku sampai diorang tempah jersi cap ayam, siap ngan nombor dan singkatan nama. Contohnya aku ‘SA’, tapi yang aku tensen diorang buat ‘MS’ sebab ingat nama aku Mohd Syawal. Konpiden je, bukan nak tanye aku dulu, sengal betul haha. BTW aku pilih nombor peberet aku, 2.  Actually nombor peberet aku nombor 8, tapi dah ade player lain yang amek. Dua adalah second nombor peberet aku afta lapan.

Kononnya main dari jam 9 pagi sampai kol 12 tengah hari, sekali drag hampir ke kol 4 petang. Main secara liga, 4 team teratas akan masuk ke semifinal, then final. Main plak 8 minit untuk dua2 half time, so total 16 minit untuk 1 game. Berikut keputusan team aku:

FULL RESULT:

LIGA:-
Melaukkkkan batch 2003 (2-0)
Melaukkkkan batch 2001 (6-1)
Bagi can kat 2000 (4-4)
Bagi can kat 1999 (2-2)
Melaukkkkan batch 1998 (6-0)

Kami no. 2 dalam liga secara keseluruhan, then masuk semifinal dan menang 8-0 dengan team batch 2003. Final kitorang menang 6-1 ngan batch 1999. Hebat tak???? Haha…dah riak la ni.

Sebelum game moh kite berposing

Ni final


Korang nampak penumbuk aku tu tak? haha

Ni masa penyampaian hadiah

 
Reactions: 

Housewarming

Alhamdulillah, Ahad lepas 8 Januari 2012 dah selesai majlis kesyukuran merangkap housewarming kat umah aku. Walaupon aku dan isteri sangat penat menyediakan juadah dan mengemas rumah, tapi rasa semua tu berbaloi.

Jam 11.30 pagi sedara mara dah ready untuk baca Yaasin sempena masuk rumah baru dan tanda kesyukuran atas kehamilan isteri yang dah 4 bulan lebih. Abes bacaan Yaasin, dalam jam 12 tengahari semua start2 makan. Time tu gak kawan2 dan sahabat handai mula datang ke rumah kami. 

Dari jam 12 hingga 7 malam, tak putus2 kawan datang. Senang cerita memang meriah gile. Aku gak sediakan kerusi sebanyak 20 unit ngan meja 4 unit kat luar. Ye la, rumah ni bukannye beso sangat. Nasib baik kawasan luar agak luas. Paling best masa ramai2 tengok TV semasa final Terbuka Korea, Chong Wei lawan Lin Dan. Memang takkan lupa time tu, lagi2 masa match point dan akhirnya Chong Wei menang. What a unforgettable moment!.

Special thanks kepada ayah, mama, dan adik2 aku, famili mertua aku, makcik2 dan pakcik2 aku, makcik2 dan pakcik2 isteri aku kerana telah menyumbang idea dan tenaga, seterusnya berkenan membacakan Yaasin untuk kami. Juga kepada kawan2 sekolah, kawan2 ofis, paling terharu kepada kawan2 kampung di Jeram yang dari jauh datang ke majlis. Tak lupa kawan2 kampung, kawan2 sekolah dan kawan2 ofis isteri yang juga telah datang memeriahkan majlis. Pada yang tak sempat datang, lain kali boleh datang lagi, anytime. Tapi make sure bagitau dulu, kalau tak, alamat makan biskut cicah milo je la hehe.

Thanks once again!.

Ready untuk bacaan Yaasin

Baby

Mak mertua ngan cucunya

Abes baca Yaasin kita berkudap

Mama ngan CIkta bergosip di dapur

Kawan kampung wife, Tytien dan Su

Sana tu asyik tengok badminton, yang kat sini sibuk bergosip

Belah2 pompuan

My best friends, Ecah dan Kemal ngan isterinya, Ramza dan baby diorang, Amalina

Isteri dengan kawan2 universiti

Pakcik Zaidi pencabar aku bab2 makan ni

Mohd Izzat, baru beberapa hari keluar menjenguk dunia

Antara tetamu yang datang

Aku tengok dia sorang2 tengah nak belajar solat, skali bila dia perasan aku, terus dia malu haha..comel je

Amalina A'isyah...comel sangat8!

 
Reactions: