Please!!! Tolong aku!!!!!!!!!!

ARgggHhhHhhHhhhh!!!!!!....
*

*

*

*

*

*

*

*

*

Aku nak tido dulu la. Sekian, salam.
 
Reactions: 

Nak duit raya!

  • Actually tajuk tu takde kaitan pon ngan entry ni hi2. Lame gile tak update blog, sebab busy berpose, busy nak raya, busy beraya, busy collect duit raya, busy menghulur duit raya, busy makan ketupat raya, lemang raya, serba serbi busy la. Akhirnye malam ni nak cite gak.
  • Opis bagi cuti start Khamis, tapi Rabu tu dah half day. Kembali bekerja on Rabu gak.
  • Aku balik kampung Rabu malam tu, Khamis pagi gerak ke kampung atok.
  • Hari Khamis, hari gotong royong masak segala makanan, rendang, ketupat, etc2. Lemang aku beli, tinggal panaskan jek keh3.
  • Malam raya, saje gi ke pekan Tg Karang, nak tengok ragam orang sebelum beraya. Jam 11.30pm, orang masih macam semut, ramai gile. Aku sempat sound brother yang jual air, sebab dia cakap air tembikai, tapi aku rase totally air sirap.
    • Jumaat RAYA!!!!.
    Raya pertama

    Raya kedua
      • Macam biase, dan macam taun2 lepas gak, beraya ke rumah sedara2 dari raya pertama hingga ketiga.
      • Macam biase gak, rumah paling aku suke pegi rumah Tok Uda, sebab dia ada ramai daughters dan sume pon cun.
      • Hari raya pertama, Angah terlanggar kucing. Hari raya kedua, aku hampir terlanggar kucing. Hari raya kedua tu gak, Angah terlanggar kucing lagi. Ish3
      • Raya kali ni tangkap paling banyak gambo sebab excited pakai DSLR.
      • Raya kali ni aku dapat 'anak buah', tunggukan kemunculannya!
      • Duit paling banyak mengalir pon raya kali ni gak. Mau taknye, untuk kete je aku dah spent dekat RM1k sob3. 
      • Tapi raya kali ni gak terpaksa berjimat cermat, sebab November nanti ade trip ke Langkawi, seminggu pastu ke Terengganu plak. Disember plak Angah akan bertunang, pastu famili nak gi holiday ke bahagian Selatan plak (tahun lepas ke Pantai Timur, Kelantan, Terengganu ngan Pahang). Korang paham2 je la bape banyak blanje nak kene kuar ho3.
      • Sabtu baru ni buat open house, aku cakap datang dalam 1pm-7pm, tapi 12.30 tengah malam pon masih ade orang datang ha2.
      • Dah, tu je, ha2.
         
        Reactions: 

        Pose hampir berakhir

        Salam,
        • Pose tinggal 2 hari lagi.
        • Di akhir zaman ni, masa dirasakan terlalu pantas berlalu.
        • Pose kali ni, same cam pose aku taun lepas, terlalu busy ngan keje2.
        • Padahal before pose tu takdela busy sangat, tup2 masuk pose, kene handle 2 projek skaligus.
        • Kelam kabut aku dibuatnye.
        • Elok plak hari kedua pose, aku ngan Kemal eksiden kat Jalan Ipoh.
        • Puncanye, gangsterism oleh sorang mamat paria. Aku janji, kalau aku jumpe mangkuk tu lagi, aku hayun ngan stering lock kete aku.
        • Kesian Kemal, dah la dia tengah tunggu kelahiran anak sulung. 
        • Dah tu, dari tengahari sampai ke petang kitorang buat repot polis, uruskan kete, anta ke workshop etc2.
        • 1st time gak aku naik lori towing.
        • Hari pertama pose plak, aku uruskan Indon kat Klang. Berjam2 kat sana, sampai tekak ku haus.
        • Nasib baik, hari ketiga, semua ok.
        • Bukak pose untuk Ramadhan kali ni, aku lebih banyak berbuka dengan air dari makanan. Sampai kembung perut minum air, then tak larat dah nak makan.
        • Ade seminggu, fon aku tak henti2 orang call bertanyakan bangunan yang aku uruskan, kadang2 satu tengah on fon, 3-4 waiting.
        • Sampaikan sehari aku perlu cas henpon 2-3 kali.
        • Time interview pon jenuh gak, bayangkan terpaksa interview hampir 30 orang dalam sehari, memang kering tekak aku.

        Ni kete Kemal yang eksiden, takdela teruk sangat, tapi hati kitorang luka teruk
         
        Reactions: 

        Friendly Blogger Award

        Salam,

        Aku dapat ni dari Isma, nasib baik ade 2 hari lagi pose ha2. Ok dia ade soalan2, so aku jawabla eh.

        1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur:
        Nape 7 je?. Banyak aku nak listkan ni ha2:
        1. Kueh2, cam, seri muka, donat, popia, karipap sardin saiz XXXL, bingka ubi, pisang goreng, cucur udang, cekodok pisang, adoi, memang banyakla.
        2. Lauk campur, cam, sambal sotong, gulai lemak siput sedut, rendang ayam, sambal belacan, patin gulai tempoyak etc2.
        3. Air cendol ngan kelapa ngan tebu
        4. Soto or bakso ayam
        5. Kalau sahur biasenye telur mata kerbau ngan roti or omelette, maklumla, dok bujang he2.
        6. Nasi briyani kambing
        7. Murtabak gemok

        2) Berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda:

        Indra
        Kemal
        Isma
        Ani
        Nana
        Wani
        Kak Fiza
         
        Reactions: 

        Salam Kemerdekaan Ke-53


        Salam,
        • Baru2 ni kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Jadi ada beberapa isu yang aku nak kemukakan.
        • Kita dijajah selama 446 tahun, namun baru mencapai ulang tahun yang ke 53 tahun, kita seolah2 rapuh.
         ISU PERKAUMAN & AGAMA
        • Kenape isu ni makin melampau? Aku tengok ada beberapa sebab:
        1. Parti politik yang nakkan sokongan, seolah2 dia la hero untuk kaum tertentu.
        2. Pihak yang sebenarnya faham, tapi buat2 tak faham berkenaan hak keistimewaan bumiputera.
        3. Kerajaan yang terlalu berlembut dengan pihak yang bangkitkan isu perkauman
        • Kita boleh bersatu untuk Palestin demi agama Islam, tapi kenapa kita tak boleh demi Malaysia dengan bersandarkan Islam?
        • Masalah diburukkan lagi dengan parti2 politik yang menggunakan agama demi survival sendiri.
        • Malah kita sesama Islam dan Melayu sendiri penuh dengan hasad dengki.
        EKONOMI
        • Lately ringgit agak kukuh jika nak dibandingkan dengan dolar Amerika
        • Namun subsidi yang sangat tinggi terpaksa dibelanjakan untuk rakyat, malah Malaysia merupakan negara yang tertinggi di dunia yang memberikan subsidi kepada rakyatnya berbanding KDNK, dan kita masih dan akan sentiasa merungut.
        • Teringat kata-kata Prof Nordin Kardi sewaktu aku hadiri konvensyen keusahawanan, Malaysia diuruskan secara politik, tetapi Singapura diuruskan seperti sebuah syarikat, sebab itu mereka jauh meninggalkan kita.
        • Tapi bersediakah kita?
        • Bagi aku, mentaliti rakyat Malaysia belum sejauh tu.
        • Sebab majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu yang lebih gemar makan gaji berbanding cina yang lebih suke berniaga sendiri.
        • Tapi, still, kita boleh memulakan langkah. GLC adalah rancangan yang bagus, tapi masih dibelenggu dengan nepotisme dan kronisme, termasuk politik yang melampau.
        • Jadi, bersediakan kita?
         
        Reactions: