Ngantuk3

Besenye keje stay sampai malam, tapi kali ni jangkaan sampai Subuh. Then balik jap, emel kol 9am, kol 11am gi Nusajaya, 2.30pm present, pastu balik, Rabu aku cuti. So, nak sambung keje. Babai. zzZZzZZzzz...
 
Reactions: 

Aku dan Skyjuice

Salam,
Tadi pas balik dari Nusajaya, aku singgah satu restoren, nak lunch sebab da lapo tahap gaban punye. Aku amek nasi, then lauk campur, ikan (tak tau ikan ape) masak asam pedas ngan sayur peberet aku, peria dan telur dadar. Then mamat pelayan tu datangla, nak amek order air aku.

Aku dengan riaknye jawab "skyjuice". Tapi yang paling tak boleh blah, dia bole jawab "aik, air kosong je?. abang pakai smart2 ni orderla air best sket". Aku terkesan, lantas dengan penuh bergaya menjawab "kene jaga kesihatan la bro". Mamat tu sengih2 jek.

Actually start dari bulan 5 taun lepas aku dah amalkan minum skyjuice ni waktu lunch hour. Before tu, kalau lunch mesti air manis. Then aku terpikir, kalau hari2 minum air manis ni, mau satu hari nanti badan aku sakit2. Sebab tu aku berubah haluan dan jatuh cinta pada yang tak manis langsung. Kalau korang perasan, orang2 yang kerja or belajar ni, senang cite yang makan kat luar ni, asal lunch hour mesti order air manis. Cume segelintir je yang mempunyai kesedaran cam aku (riak lagi).

Aku tau, minum skyjuice pon takdela bagus sangat sebab ada ais, tapi better dari air manis. Lagipon time tengahari, tak bestla minum air suam or panas ha2. Ok, aku pointkan nape kite kene minum air skyjuice compare ngan air manis:

  1. Macam aku cakap tadi, khasiat dia lebih baik dari air manis.
  2. Korang minum air manis time2 tengahari sebenarnye buat makin haus ade la
  3. Assume harga air manis dalam RM1.50, sebenarnye dengan jumlah tu korang bole rembat seketul ayam lagi (yang kecik je la)
  4. Jimat
  5. Orang akan pandang korang sebagai orang yang sengkek, so selamat dari gangguan perampok.
Aku dah bagi link blog aku kat mamat tadi, harap dia bace entry ni supaya aku boleh menjawab segala keperlian dia terhadap aku. Sekian.
 
Reactions: 

InterMilan vs BayernMunich

Saya Hasbullah Awang bersama rakan setugas saya, Shebby Singh akan mengulas sepanjang perlawanan 90 minit,live dari Stadium of Restoren Safiyah, Skudai.

Final Champion League kali ni aku pilih Inter Milan untuk menang,sebab aku respek ngan coach dia, The Special One, En Mourinho aka jiran aku masa dok kat Portugal dulu.
 
Reactions: 

Memorabilia: Baru nak start blajo

Adoi, kali ni aku nak cite betapa gigihnye aku nak start blajo ni.

Semasa aku umo 5 taun, aku mulakan pelajaran aku kat Tadika Kemas DBKL Pantai Dalam, KL, sebab mase tu famili aku dok kat sane. Jarak dari rumah ke tadika tu memang jauh gile la kalau nak dibandingkan dengan langkah kaki aku yang kecik mase tu ha2.

Mula2 skolah memang naik moto ngan ayah aku la. Dah lame2, aku jalan kaki sendiri je ke skolah. Tapi aku paling tak boleh lupe time kene kejar ngan anjing mase balik ke rumah. Ade skali tu balik dari skolah, jalan kaki cam biase, adela dalam 100m lagi nak sampai umah, tetibe kene kejar anjing. Aku pon lari tak cukup tanah la, pecut gile2 punye, sambil meraung ha3. Kebetulan kat perkarangan umah, mama ade, so mama la yang halau anjing tu. Aku mase tu nangis tak ingat dunia dah ha2. 

Seterusnye, tu bukanla kali pertama dan yang terakhir. Lepas kejadian tu, aku masih kene kejar anjing lagi ha2. Kalau aku jumpe anjing tu lagi hari ni, memang aku sepak usus beliau ha3.

Reactions: 

Guru, kite same2 kerja...

“Selamat Hari Guru 2010,thanks pd sume cekgu2 yg telah bertanggungjawab menjadikan aku seperti aku pd hari ni. Ucapan khas kpd sume cekgu yg ikhlas (x t’msk cekgu2 yg asyik mtk naik gaji & membebel psl beban kerja). Tingkatkan kualiti, kurangkan politik dan hormatilah majikan anda.”

Statement kat atas aku tulis kat wall facebook aku arini. Kali ni aku nak ulas beberapa isu fasal profesion keguruan ni.

Lately pelbagai tuntutan yang dibuat oleh kaum2 cikgu ni sangat merimaskan aku. Tuntutan naik gaji, mengadu fasal beban kerja, waktu kerja yang padat etc2. Kalau kita ikuti sekian lame dalam surat khabar or media, perkara ni dah berlanjutan sampai sekarang. Aku sedar perkara ni dijaja hanya segelintir cikgu, tapi kesannya boleh merebak.

Sebelum pergi jauh, aku nak story sket fasal cikgu yang paling aku hormat seumur hidup aku, Sir Manickam. Beliau mengajar Bahasa Inggeris time aku darjah 5 dan darjah 6. Dengan menaiki moto Honda EX5, beliau sanggup buat kelas tuisyen free Sabtu dan Ahad, pagi sampai petang, Rabu pula pada sebelah malam. Kalau students ade yang tak dapat datang beliau sanggup pergi ke rumah student tersebut untuk menjemput supaya dapat belajar same2 ngan kawan2 lain. Walaupun bahasa beliau agak kasar kalau student tersilap langkah, “stupid!”, “idiot!”, or kadang2 “lembu!”, tapi tak pernah skali pon kitorang sume (batch aku, UPSR 1997) kecik hati dengan beliau. Kalau berjaya menjawab or excel dalam test, beliau akan bagi upah, dari doposen sampailah ke seringgit (time tu seringgit besar woo). Kadang2 before kelas dia akan blanje eskrem batang tiap2 sorang. Selain tu, tiap2 hari dia akan bawak surat khabar The Star ngan News Straits Time untuk paksa kitorang bace dan ketahui situasi semasa. Aku bukan reka cerita, kalau ditanyakan tentang ‘Sir Manickam’ pada budak2 batch aku, semua pon akan menggambarkan perasaan sama. Memang agak janggal bila difikirkan seorang cikgu India terlalu berkorban untuk anak-anak muridnya yang kesemua 60++ orang adalah Melayu, kecuali sorang je India, Komalavali.

Berbalik kat isu di atas. Aku sebenarnya naik muak ngan permintaan cikgu2 ni (bukan sume cikgu). Walaupun aku bukan lagi berada di dalam alam persekolahan, tapi aku agak terpanggil untuk kupas isu ni. Sebabnya, insya-Allah kalau panjang umur, aku akan ade anak dan cucu pada masa depan, di mana budak2 ni la penentu masa depan dan kelangsungan negara, agama dan bangsa. Dan segala-galanya bermula dengan seorang guru.

Apa yang nak dibisingkan dengan gaji?. Gaji seorang guru kakitangan awam agak tinggi sebenarnya. Rata2 kawan2 aku yang cekgu mampu pakai kete Persona, untuk seorang lepasan ijazah yang baru bekerja sebenarnya menggambarkan betapa gaji yang ditawarkan tak lah seteruk mana. Jika dibandingkan dengan sektor swasta, rata2 hanya mampu pakai Saga BLM. Apa lagi kalau nak dibandingkan ngan gaji cekgu2 yang dah lama mengajar?. Seorang cikgu senior kat kampung aku malah pakai Toyota Wish. Jadi, di mana rendahnya gaji?

Beban kerja?. Anda pilih kerjaya sebagai cikgu, anda harus bertanggungjawab atas kerja anda. Aku pilih kerjaya sebagai jurutera, aku ada tanggungjawab sendiri. Orang lain pon, tak kira la, dari petani, kerja kilang, tentera, doktor, etc2 sume kene jalankan tanggungjawab masing2. Segelintir cikgu yang melalak fasal beban kerja ni sebenarnya, bagi aku, terlalu mementingkan diri sendiri. Seolah2 hanya dia yang bekerja kat dunia ni. Anda ada pengetua/guru besar, pergila berbincang. Tak perlu hebah 1 Malaysia yang seolah2 dia je keje paling banyak. Jarang aku dengar doktor ngan nurse merungut dalam media walaupun on call tak tentu masa, tak pernah aku dengar jurutera JKR merungut dalam akhbar walaupun hakikatnya diorang ni selalu balik lewat malam, tak pernah aku dengar polis merungut walaupun masyarakat dok ngutuk sebab tersalah tembak orang. Jadi, terimalah tugasan cikgu dengan sewajarnya, apa masalah anda?.

Aku pernah mengajar sebagai cikgu sandaran di 2 sekolah yang berbeza pada waktu cuti sem semasa zaman universiti dulu. Bagi aku, cikgu2 ni banyak berpolitik. Dalam menyatakan pendapat dalam blog ni aku try berlaku neutral. Aku tak kisah sama ada cikgu2 nak undi kerajaan or pembangkang. Cikgu2 bekerja sume bawah kerajaan Pusat, maka majikan adalah kerajaan Pusat. Tak perlu nak heboh mengutuk kerajaan selaku majikan anda, ini teruk, itu teruk, sini salah, sana salah. Tak perlu nak berkempen dalam kelas. Hormatilah majikan anda, jika sokong pembangkang pon, terjemahkan dalam bentuk undi. Sekurang2nya anda menghormati pihak yang menyalurkan gaji korang. Bukannye asyik nak menyalak tuntut naik gaji dan bonus, apabila dah diberi, tak pernah tau nak berterima kasih, malah dikutuk plak. Jika ditakdirkan satu hari nanti kerajaan berpindah tangan, lakukan perkara yang sama. Hidup biarla berprinsip dan bermaruah. Masalahnya dengan segelintir cikgu2 ni, taksub menyerlahkan kesalahan kerajaan tanpa pernah terfikir sebenarnya mereka adalah salah satu puncanya, tetapi pandai plak menadah tangan mengharap kenaikan gaji.

Aku rase setakat ni je kot luahan hati aku yang sebenarnya dah lama terpendam. Hampir tiap2 hari dalam surat khabar ade je surat2 dari golongan2 cikgu yang tak kenal erti syukur ni. Sampai ayah aku yang seorang cikgu pon naik jelak bace statement2 diorang. Pada cikgu2 yang bace entry ni, aku minta maaf kalau ade yang tersinggung, niat ikhlas untuk membetulkan persepsi, jika berlanjutan, negara capai Wawasan 2020 pon, dikhuatiri mentaliti rakyat masih di takuk lama. Kepada cikgu yang benar2 ikhlas, aku ucapkan banyak2 terima kasih dan jasa anda semua akan dikenang sehingga ke akhir hayat. Moga2 banyak lagi ‘Sir Manickam’ akan dilahirkan dalam memperjuangkan pendidikan rakyat. Sekian.
 
Reactions: 

Selamat Hari Guru 2010

Ikhlas ucapan terima kasih banyak2 aku pada cikgu2 yang terlibat dalam menjayakan ‘the making of’ Syawalul Abcdef dari aku kecik sampaila jadi macam sekarang ni.

Setinggi2 penghargaan untuk cikgu2;
Tadika Kemas DBKL Pantai Dalam (1990)
Tadika Kemas Taman Pekerti (1990-1991)
Sekolah Kebangsaan Jeram (SKJ) (1992-1997)
SRA Pekan Jeram (1992-1997)
SMKA Kuala Selangor (1998-2000)
MRSM Kuala Berang (2001-2002)
Kolej MARA Kulim (2003-2004)
Universiti Malaysia Sarawak (2004-2008) 

Jasa2 kalian takkan aku lupakan....... 

Reactions: 

Makan murah2 kat Segamat

Semalam aku gi ke Segamat untuk urusan penyemakan tanah dan ade discussion sket. Jarak ke tempat tu dari opis adalah dalam 2 jam lebih, lagi2 sebab naik kete kompeni yang drebar dia bawak ha2.

Sampai sane dalam kol 1.30pm, so kitorang singgah makan dan Zuhur dulu kat food court kat Segamat tu sebab meeting koi 2.30pm. Aku bertiga ngan Pakcik Puad dan Abg Lan makan lauk campur, amek pon main tibai jek, maklumla duit makan pon bos bagi.

Aku amek lauk ikan pari gemok masak asam pedas, sayur sawi, ikan kering, ulam pegaga ngan sky juice. Pakcik Puad plak keli gemok cili api, kacang panjang, ulam ngn sky juice. Abg Lan amek 1 mangkuk gulai lemak siput sedut, sayur ngan telur masin dan teh O ais. Pastu aku order sirap kurang manis plak.

Sambil makan tu, pelayan tu buat bil, then bagi kat aku. Pas aku tengok harga dia, aku tanye pelayan tu "ni harga untuk semua 3 orang makan ni ke?", kakak tu jawab "haahla". Aku konpius sebab makan banyak2 tu RM13.00 jek. Lauk2 dia plak sedap2 la, memang terasa asam pedas ngan gulai lemak dia (aku tapau gulai lemak Abg Lan).

Kafe ni ade kat food court, food court ni plak kalau datang dari highway PLUS, dia selepas rel keretapi, belok ke kiri. Actually Segamat ni popular ngan ikan baung, macam Temerloh popular ngan ikan patin, cume kebetulan mase kitorang datang tu, restoren yang direkomen oleh bos tutup plak. So kitorang cari kedai makan lain la.
 
Reactions: 

Special To All My Readers

Entry kali ni khas untuk sume pembaca2 blog aku, Ani, Isma, Wani, Nurin, Joe, Indra, Najwa, Rose, Adda etc2...

Baik-Baik Sayang
 
Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan-dengarkan aku
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

UPDATE!
  • Pada korang yang nak lagu ni, bole download kat SINI.
 
Reactions: 

Selamat Hari Ibu 2010

Salam,

Semalam aku celebrate Hari Ibu, tapi kecik2 je. Takde hadiah macam taun2 lepas, taun ni kitorang buat jamuan kecik2 jek. Lagipun adik2 yang lain, Angah, Mimi ngan Ikin tak balik, so nak celebrate poyo2 pon tak semangat sangat.

Kebetulan tukang masak, adik aku si Mira tu balik cuti sem, so aku paksa dia buat Nasi Ayam Penyet, resipi sume aku dah siap2 donlod kat internet ha2. Jadi pas amek dia kat UITM Seri Iskandar siang Sabtu tu, malam tu aku bawak dia gi Econsave Kapar untuk beli barang2.

Ahad tu disebabkan mak aku nak gi skolah Ikin dan ade meeting kol 2, so kitorang masak dulu (aku menyumbang 10% tenaga, sebab aku menggoreng ayam ha2). Kononnye, mama balik dalam kol 3, kitorang makan same2, skali ngan jiran sebelah, Cikgu Ita ngan anak2 dia merangkap ‘cucu’ mama, Nabihah ngan Najihah.

                                                                             Ayam yang nak diperap parap pam2

Tapi menjelang petang mama tak balik2, aku plak kene gerak 3.30pm ke Klang Sentral sebab bas balik ke JB kol 4pm. Bila call, rupenye handphone tertinggal kat umah. Last2 dah lewat, aku makan dulu, then ayah anta ke Klang Sentral. Pas gerak tu, mama call, rupanya kete dia tak boleh start. Patutlah lame jek, rupenye ada masalah. Kecewa aku tak dapat celebrate sesame hu2.

                                                                 Ayam hasil air tangan aku, tu yang sedap jadinye

                                                                                 Ni plak sambal yang tak menjadi

Pas anta aku, ayah terus ke skolah Ikin sebab kete mama kat situ. Skali bateri kong daa. Takpela, resipi ayam penyet tu pon, sambal dia tak jadi sangat ha2. Tapi ayam dia memang sedaplah. Lembut, garing and marvellous. Bulan 12 nantila celebrate besday mama plak, kite wat resipi lain plak ha2.

Akhir kalam, I love u mama!
 
Reactions: 

Memorabilia: Aku umo setaun jagung pop corn

Salam,
Keh, first entry untuk label "Memorabilia" ni. Aku cite based ape yang aku ingat jek. So kalau aku bercerita cane aku kuar dari perut mak aku, pastu cane aku dapat nama aku yang pelik tu memang aku tipula.

Ni first gak benda yang aku ingat mase aku kecik2. Mase tu umo aku adelah setaun lebih, dok kat Air Lanas, Kelantan, sebab ayah aku kene posting kat sane.

Jiran aku time tu, Tok We (kalau panggilan standard, Tok Wan la) berniaga kecik2, jual kuih tepi jalan. Seingat aku, hampir tiap2 petang mesti aku gi ke gerai dia yang adela beberapa tapak je dari umah aku tu. Yang bestnye, selalu gak dapat makan kuih pree he2.

Tu je kot yang aku ingat, maklumla, kecik lagi, otak pon masih kecik nak simpan memori banyak2 ha2.
 
Reactions: 

Mimpiku yang hampeh

Malam tadi aku mimpi yang agak menggerunkan, tapi cam bese la kan, dalam mimpi mesti banyak benda yang tak logik yang bile dipikir2 balik, boleh buatkan kite ketawa.

Kisah bermula dalam 1 kelas kat 1 sekolah, mase tu aku dok kat tepi tingkap, sorang cekgu pompuan yang comei tengah mengajar. Tibe2 aku rase bangunan cam bergoyang, pas 3 kali goyang, aku pon readyla, takut jadi pape. Tak lame pastu tibe2 floor kelas tu collapse, tapi disebabkan aku dah bersedia, aku terus capai alang besi kat tingkap tu. Kelas aku tu floor ke-3, floor yang runtuh tu terus jatuh ke tingkat yang pertama. Pas aku gayut tu, aku terus terjun, then injured la sket ha2.

Dalam sekelip mata, bomba datang tolong kitorang. Dalam ramai2 tu, ade 5-6 orang je yang idup. Yang lain aku tengok sume kene timbus, ngeri btoi. Keluar dari bangunan tu, sume reporter dah tunggu, then sorang tu interview aku. Aku pon jawab “actually sebelum floor tu collapse, saya dah rase goyang2, so saya dah sedia awal2, sebab tu saya dapat idup lagi. Saya rase sume ni disebabkan construction kat bangunan sebelah tu”, sambil menunjuk ke site kat sebelah bangunan yang runtuh tu ha3.

Then aku join mangsa2 yang terselamat tu, dok kat tepi longkang sambil badan berdarah2, aku call mak aku. Bile aku tanya “mama kat mane?”, mak aku jawab “mama kat Pangkor ni, ngan ayah”, then aku cakap “bangunan kat sini runtuh, banyak yang mati, tapi along selamat”, pastu mak aku cakap “ooo ye ke”, dengan nada rileks jek ha8.

Yang lagi lawak dalam mimpi tu, kawasan runtuhan tu tibe2 jadi cam pesta, sebab banyak gerai2 jualan dibukak, pastu ramai pengunjung ha3. Memang pelik btoi.

Saje bercerita, kot2 ade yang boleh menaakul mimpi, boleh bagitau aku ha2. Sekian, salam.
 
Reactions: 

Memorabilia

Keh, aku akan wujudkan satu label aka kategori aka group yang bernama "Memorabilia". Label ni untuk aku ungkit balik kisah2 hidup aku dari kecik sampaila sekarang ni. Memang kalau boleh diulang balik, zaman kanak2 la yang paling best. Tak payah nak pikir cane nak cari duit, yang ada dalam fikiran, nak main jek ha2. Ok la, untuk first entry akan menyusul kendian insyaAllah.
 
Reactions: 

Malaysian oh Malaysian!

Salam,

Waktu sekarang 2.34am, Jumaat, 4.30am jap lagi nak kene gerak ke Shah Alam, ade meeting ngan MB Selangor kol 9am. Tapi tak tau nape mata tak bole lelap. Tensen btoi.

Papepon kali ni aku nak luah perasaan, bukan tunjuk perasaan, fasal mentaliti rakyat Malaysia ni. Macam yang kite tau baru2 ni heboh fasal arwah Aminulrasyid yang mati sebab ditembak polis disebabkan arwah disangka seorang penyamun. Disebabkan kes tu, 4 orang polis yang terlibat terus ditukar ke bahagian pejabat, dan keluarga mangsa menuntut penjelasan.

Okeh, ni ape yang aku kesalkan, kes baru nak disiasat, tapi macam2 perkara kurang enak dah didendangkan. Sampaikan kat Facebook pon ade orang buat group, ‘nak tuntut keadilan untuk arwah, kami benci polis Malaysia’.

Hey rakyat Malaysia yang cetek pemikirannya, bagila kes tu disiasat sepenuhnya dulu. Jangan dibuat andaian bukan2. Ni la yang aku cakap, mentaliti tahap ke-8, sebab tu susah nak majukan diri kalau dalam diri dah ditanam dengan perasaan buruk sangka.

Aku bukan nak menyebelahi sape2, so aku akan ulas untuk beberapa belah pihak, dan aku takkan menyebelahi mane2 parti politik dalam hal ni, im trying to be neutral ok.

Pertama skali, kita bincang tentang di pihak polis. Setau aku polis ade prosedur diorang sebelum melepaskan tembakan. Kalau kita ade bace kronologi kejadian, polis dan arwah saling kejar-mengejar sebelum berhenti di satu tempat. Polis kemudiannya terpaksa melepaskan tembakan setelah arwah cuba mengundurkan kereta untuk melanggar polis tersebut. Aku tak berada kat tempat tersebut semasa kejadian, tapi dari sini kita dapati polis seolah-olah cuai, kenapa perlu berada dekat belakang kereta mangsa?. Sedangkan mereka boleh merapati dari bahagian sisi?. Dan seandainya mereka perlu melepaskan tembakan, adakah perlu menembak mati mangsa?. Seperti mana yang aku cakap tadi, aku takde kat sana, so boleh jadi ade 1 reason  yang kukuh untuk polis melepaskan tembakan tersebut. Or sebenarnya takde?.....wallahualam….

Ok, kita pergi ke belah mangsa. Ibu arwah cakap dia kenal sangat dengan arwah, dan menyatakan bahawa anak dia takkan terlibat dengan jenayah. Dalam hal ni, kalau kita folo kes, arwah berusia 15 tahun memandu kereta di waktu awal pagi. Adeke budak seawal 15 tahun yang ade lesen kereta?. Dan apa yang arwah buat di waktu awal pagi begitu?. Ibu beliau hanyala seorang ‘ibu’, bukan Tuhan yang boleh tau seseorang tu takkan melakukan jenayah. Dalam hal ni, aku nak menyatakan pendapat aku, bahawa boleh jadi arwah tak terlibat dengan jenayah, atau boleh jadi juga terlibat. Semua ni berkemungkinan. Cume bila dah jadi begini, jangan salahkan polis 100%. Ke mana ibu bapa ketika anak-anak tiada di rumah, melakukan kesalahan plak sebab takde lesen memandu, awal pagi plak tu. Pernah tak tanye anak tu, buat apa dia kuar waktu2 camtu?. So salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan orang lain.

Ni lagi satu yang aku cukup menyampah. Bila dah jadi kes begini, banyaklah orang-orang politik yang nak jadi hero. Macam haram. Disebabkan orang-orang yang ****** (aku tak pandai nak mencarut) camnila, banyak penjenayah sekarang tibe2 jadi hero. Aku amek kes Kugan. Mendiang seorang penjenayah yang mencuri kereta2 mewah. Tapi disebabkan orang2 politik ni la, mendiang yang seorang penjenayah, jadi hero pas mati. Mase idup curi Mercedez, dah mati naik Mercedez dan disanjung2.

Ok, berbalik kat kes tadi, kenapa banyak plak orang-orang politik ni tibe2 bersuara. Percayalah, diorang bukan bersuara untuk keadilan, tapi hanyalah nak menangguk di air keruh. Kalau korang perasan kat Malaysia ni, rakyatnya hanyut dek persepsi yang tak tentu betul dan tak tentu salah. Semuanya hanyala permainan emosi. Aku bukan bercakap untuk mengutuk kerajaan or pembangkang, tapi hanyalah pandangan aku sendiri. Berhenti dulu dari menjadi hero, biar dapat result, sapa yang salah. Hanya kemudian kita akan tau kebenaran. Kalau betul nak amek berat, kenapa kes tentera yang dilanggar mati dan kes pelajar UITM yang kritikal dilanggar senyap je?. Sebab dua2 kes YB yang terlibat so kita mesti tutup mata dan mulut?. Mane sume hero tersebut?.

Ringkasnya di sini, keadaan menjadi keruh disebabkan permainan psikologi yang dilancarkan. Hanya kesilapan polis tersebut, kita seolah2 melupakan segala jasa2 polis selama ni. Di manakah anda nanti jika sekiranya anda menghadapi masalah dirompak?. Disamun?. Eksiden?. Etc2?. Kepada famili arwah, takziah aku ucapkan, hadapi dugaan dengan tabah, dan harap bertenang sebelum keputusan dikeluarkan. Kalau betul anak anda di pihak yang benar, sila lakukan sesuatu. Kepada politicians, harap pihak kerajaan melakukan dengan jujur dan ikhlas, anda pemerintah, andala penentu hala tuju negara, dan kepada pembangkang, berhentilah dari politik persepsi, tolonglah jadi pembangkang yang memberi keseimbangan di dalam pentadbiran negara.

Aku hanyalah rakyat biasa yang mempunyai wawasan dan sayangkan negara dan agama supaya kita tak dijajah lagi baik fizikal mahupun mental……

UPDATE: 
  • Jumaat tu aku tak jadi ikut meeting, mungkin sebab bos sian tengok muka aku sembab, dia bagi aku balik kampung terus ha3.
  • Kes ni da ada sket perkembangan, so nantikan je la. 

Reactions: 

Membebel