Marilah kembali kepadaku - oh duit2ku

Salam,

Nak dekat2 majlis ni aku rase makin terdesak plak nak pakai duit haha. So antara cara yang sempat aku pikir ialah dengan mengontek balik para penghutang aku. Quite surprise gak, bila dikira-kira total orang yang berhutang ngan aku dekat RM3k, termasuklah hutang yang dari aku belajar kat UNIMAS dulu lagi. Okeh ni aku listkan para penghutang aku:

En. R --- RM1200
Cik. R --- RM700
En. F --- RM600
Cik S --- RM200
Cik N --- RM200

Aku malas nak tuntut sangat, nanti cakap aku berkira la apa la. Tapi kalau dah lama sangat, nak pula time ni aku memerlukan duit, aku rase patutla aku mintak balik hak aku kan. Aku tak nak la pasal hal ni nanti jadi putus kawan plak. Yang berhutang tu kena paham2 sendiri la. Adoyai...


 
Reactions: 

Yeay dah masuk SIngapore!

Last 3 weeks (almost), ha, dah dekat 3 minggu baru nak cite..ce cite...ce cite...aku akhirnya masuk ke Singapore, kebetulan kawan dari Bangi datang, terus aku ajak diorang bergojet ke sana. Dah lama aku nak masuk ke sana, tapi takda kawan. Ye la, macam aku cakap dulu, kang aku masuk sorang2, sapa nak tangkapkan gambo aku?. Lagipon paspot aku expired November nanti, so mungkin paling lewat boleh pakai sampai Mei nanti je.

Since Noey ngan Zam ade function kat JB ni on weekend, kitorang pon gerak ke sana pas solat Jumaat. Pas park kete kat Persada, kitorang masuk ke JB Sentral untuk naik bas ke Woodlands, then terus ke Queen Street. Tapi disebabkan masing2 pon first time masuk, memang lawak gile la, macam orang kampung masuk bandar. Mula2 konpius, kene beli tiket bas katne, tanye brother imigresen tu, dia cakap 'bas tambang bang'. Kitorang pon afta lepas imigresen, cari bas tu 1 hal gak, tak tau nak naik bas yang mana. Pas buat muka tebal tanya2 orang, last2 kitorang naik bas SJE. Tambang murah je, RM2.50 untuk sampai ke Queen Street.

Sampai kat imigresen Singapore, bas akan stop untuk penumpang turun cop paspot. Pas cop semua, tunggu bas tu balik. Tapi yang lawaknya, kitorang asyik beratur kat line yang salah. Last2 line yang ketiga baru betul,, adoi memang peningla.

Tengah tunggu bas right afta cop paspot kat imi Singapore
Mula2 memang best, lancar je jalan, tapi last2 jem teruk, kitorang sampai Queen Street dah kol 4.30pm. Then, masing2 tak tau nak gi mana dah haha. Kitorang pon donlodla aplikasi SingGuide kat henpon, then terus gi ke Bugis Street. Kat sini ala2 Petaling Street la. Macam2 barang ada. Apa yang aku perati, kalau jam tiruan, casing henpon, souvenirs kat sini lebih murah dari Malaysia. Contonhya aku beli magnet yang lekat kat fridge tu RM4 je, biasa kat sini RM7-RM10. Casing henpon untuk IPhone RM20, berbanding sini RM40. Baju2 lebih kurang dengan harga sini. Tapi buah-buahan kat sana agak mahal la, kebanyakannya 2 kali ganda dari harga sini.

Depan Bugis Street

Disebabkan kelaporan, kitorang cari kedai makan, tapi nak cari kedai Melayu mak aiii, susah nak mampos, dah macam kat Hong Kong plak (padahal tak penah gi Hong Kong). Kebetulan kat situ ade Burger King tapi kitorang masih ragu2, tapi ade plak kapel Melayu Singapore ni melintas kitorang, terus kitorang tahan dan tanye diorang samada Burger King tu halal ke tak. Diorang konpiden jawab halal, then tengok plak dalam tu, ada muslim tengah makan, kitorang pon bedal je la sambil berserah haha.

Zam tengah pilih baju untuk baby dia sambil dibebel oleh Noey

Kononnya nak gi ke Sentosa, tapi nak gi ke Sim Lim Square dulu, nak cari IPad2. Sim Lim Square ni macam Low Yat la kalau kat Malaysia ni. Tapi pas beli IPad 2 tu, jam dah 9.30pm. Masalahnya kitorang tak tau last bus kol bape. Nak gi ke Sentosa dalam 45 minit kalau naik bas or MRT. So last2 kitorang balik ke Queen Street, tunggu bas, balik ke JB. Sampai JB dalam 11pm. 

Soping IPad2 kat Sim Lim Square

Walaupon dapat masuk kejap je, tapi ok gak la, pasni kalau nak masuk lagi dah tau cane dan tau nak gi ke mana. Masa kat sane kitorang sempat singgah ke Board of Tourism diorang. Layanan memang superb la, orang tu terang satu persatu mane tempat yang best dan how to get there. Siap bagi banyak pamplet sampai aku pening haha. Tapi yang bagusnye, pamplet tu suma ade tulis pakej2 yang ditawarkan, so pasni nak gi dah  boleh rancang perbelanjaan. Mungkin pas kawen nanti aku nak pergi ke Universal Studio kat sane.

Err....abes suda keh keh keh
 
Reactions: 

Review: Hikayat Merong Mahawangsa





Salam,

Kali ni aku nak review fasal cite Hikayat Merong Mahawangsa, memang dah agak lambat, tapi nak buat cemana, dah aku sendiri baru tengok. Kalau tak buat review cam tak best plak sebab cite ni menerima banyak hype setahun sebelum ditayangkan (tapi takdela hype tu macam filem 2 Alam haha).

Sinopsis tu korang bole carik sendiri la eh. Aku nak buat kesimpulan je, atas pertimbangan aku yang bukannya pakar sinema ni sebab dulu apply kos sampingan Sinema Malaysia kat uni tapi tak dapat sebab kuota dah full.

KELEBIHAN

  • Jalan cerita dia memang best, lagi2 sebab tak ramai Melayu hari ni yang tau sejarah fasal Melayu tu sendiri. Memang tiap2 jalan cerita akan ada tokok tambah, tapi line movie ni tak lari dari hikayat yang sebenar.
  • Bahasa sepanjang jalan cerita yang indah. Memang best dengar tiap2 baris kata diorang.
  • Hero tu memang sesuai la bawak watak tu walaupun sekadar menghafal skrip dalam Bahasa Melayu. (aku macam perasan ade anak Miskin, si Jehan dalam cite ni).
  • Kesan khas (CGI) dia memang gempak gile. Memang belum betul2 setanding Hollywood, tapi Hollywood dulu pon bukan terus power macam hari ni. Mesti bermula dari step bawah gak. Kecuali cite The Terminator 2 dengan Star Wars yang tetibe muncul dengan menggunakan engine yang paling canggih pada zaman tersebut. Tapi kalau korang tengok cite X-Men Origins: Wolverine pon still nampak kekartunan diorang mase diorang fight kat atas empangan.

KEKURANGAN

  • Aku macam surprised sebab tak jauh dari pantai ade air terjun, memang tak mustahil, tapi biasenye jarak dia agak jauh.
  • Bab weapon pakai cermin tu memang lawak seh haha. Idea menarik tapi fire dengan menggunakan cermin tu dan musuh immediately terbakar, aku rase agak tipu la. Memang betul cermin tu apabila dipantulkan cahaya akan menyebabkan haba, tapi kesan dia agak lama.
  • Fight antara hero dah best, tapi kalau korang perasan, fight orang2 yang melatari hero memang nampak sangat berlakon haha. Patutnya pengarah kena alert gak dengan watak2 lain tu.

Kesimpulannya, nak buat cite camni memang kene fikir masak2 dari segi market sebab tengok set dia pon tau dah memang telan banyak kos. Nak harapkan market kat Malaysia ni bape kerat sangatlah. Tapi KRU dari dulu memang aku respek dengan strategi diorang. Bayangkan dia dapat penetrate sampai 70++ negara thru movie ni. Papepon aku rate movie ni 4/5.
 
Reactions: