Journey to Kg Gelam

25 Julai 2009, aku dengan Kemal, Apis Ganja, Ijal dan budak-budak pompuan mase satu Q-ber dulu pergi ke Kg Gelam, Melaka untuk menghadiri majlis kawen Naimah. Aku tak kenal sangat budak-budak pompuan tu tapi ade beberapa nama yang aku tau macam Ramza, Ada, Sueda, Mala, Shuha, McG dan Za (mengikut apa yang Kemal ngan Ganja bagitau la he2)



Arriving at the destination (bak kate gadis dalam GPS)


Bergambo dengan pengantin



Kaum lelaki bergambo dengan pengantin pompuan



Kaum pompuan pon nak gak


Kitorang gerak dari Bandar Baru Bangi jam 1100 dengan 2 kereta, Persona Ganja dengan Viva budak pompuan tu. Patutnye gerak jam 1000 tapi disebabkan aku dengan Kemal ade kerja sket yang perlu disetelkan, tu yang lambat sket gerak.


Kitorang ikut highway Plus dan exit ke Simpang Empat untuk ke lokasi kejadian di Kg Gelam, Tanjung Keling, Melaka. Nasib baik bawak GPS sebab map yang diberi kat kad jemputan tak betul-betul detail. Menggagau gak la mule-mule tu. Last-last pasang GPS. Then bile macam dah tau jalan, semua pon ikut kepala sendiri, tak ikut GPS dah. Akhirnye sesat ha2. Terpaksala kitorang set GPS tu balik, menuju ke Kg Gelam Community Centre.

Akhirnye sampai kat umah Naimah dalam jam 1400. Mase tu Naimah ngan husband dia baru abes makan beradab, tengah berposing sakan depan kamera.Kitorang yang memang tengah lapo terus menyerbu ayam golek yang ade kat bawah naungan khemah pengantin tu. Naimah ni aku kenal-kenal camtu jek, kenal pon sebab rasenye dia same Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dengan aku. Tapi yang aku tau, dia ni ramai gak peminat, tak kesahla yang cakap direct or yang memendam perasaan he2.


Tapi tahun ni memang ramai gile kawan-kawan aku yang kawen. Tak kirala kawan dari SK Jeram, SMKA Kuala Selangor, MRSM Kuala Berang mahupon KM Kulim. Cume dari Unimas je aku tak dengar lagi. Bermula dari awal 2009 sampai hujung tahun 2009, kawan-kawan aku berderet-deret kawen. Nak tak nak aku terpaksa catat semua majlis kawen diorang tu dalam kalendar aku.




Amek berkat pengantin kat pintu gerbang


Sian Anon, sesat ntah ke mana-mana ha2


Bile kenang-kenang balik, tak sangka kawan-kawan aku (termasuk aku) yang semuanya berhingus dulu kala, dah beso2, ramai plak tu yang nak kawen dah. Tapi majlis kawen ni la yang sebenarnye menemukan aku dengan kawan-kawan aku yang terpisah lame. Asal pergi ke rumah orang kawen, selalu buat havoc, sebabnye terlalu banyak benda yang nak diceritakan. Memang seronok. Kadang-kadang dulu kenal baik, tapi sekarang dah tak cam sangat sebab muka dah berubah. Lagi satu gembira sebab dapat tau kawan-kawan semua kerja hebat-hebat, doctor, engineer malah cikgu pon ada. Kawan-kawan ni aset kite pada satu hari nanti.


Sebelum gerak ke bandar Melaka untuk berjoli, kitorang singgah ke masjid Kg Gelam untuk jamak Zuhur dan Asar. Ada sorang pakcik tu mengajak kitorang ke rumah beliau untuk makan-makan sempena bulan Ramadhan yang hampir tibe. Apa yang dikesalkan kitorang tak dapat datang sebab kitorang mengejar masa. Kitorang dengan sesungguhnye mengucapkan jutaan terima kasih kat pakcik tu sebab menjemput kitorang datang makan,tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang.


Balik dari umah Naimah kitorang gi ke bandar dulu, saje jalan-jalan alang-alang dah berjalan jauh. Kitorang terus ke Eyes On Malaysia untuk menikmati pemandangan sekitar bandar. Gayat gak mule-mule naik benda tu, lagi-lagi bile benda tu dah betul-betul kat atas. Paling cuak bile tengak arm gondola tu pakai pin halus jek ha2.


Depan Eyes On Malaysia



Muka teruja


Disebabkan kali ni aku tak bawak kereta, so susah sket nak bajet minyak. Tapi dari Bandar Baru Bangi, Ganja bawak kereta 120 km/h, sampai sane dalam 2 jam je, setelah tolak lepak-lepak kat R&R dan mase yang terbuang disebabkan sesat. Tol dari Bandar Seri Putra, Bangi dan exit ke Simpang 4 pula sebanyak RM10. Untuk Eyes On Malaysia plak, tiket actual RM20, tapi kalau tunjuk My Kad dapat RM10.


Apepon, tahniah untuk Naimah dan pasangan!

 
Reactions: 

Kata-kata hikmah minggu ini

"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"
 
Reactions: 

ManU vs Pilihan Malaysia

18 Julai 2009 aku kecewa sebab dah lame aku beli tiket ManU vs Malaysia, tapi pada hari tersebut tak semena-mena ade kerja plak. Tension gile sebab tak dapat tengok match tu. Tapi ntah macam mane, hari tu gak hotel kat Indonesia yang sepatutnya menjadi tempat penginapan player ManU untuk jelajah diorang ke Indonesia meletup, so diorang pon cancel gi sana dan memutuskan untuk mengadakan second match dengan Malaysia pada 21 Julai 2009. Aku mase tu memang hepi gile, tak sangka masih ade peluang nak tengok match ManU vs Malaysia.

So 21 Julai tu aku pon bergegas ke Stadium Bukit Jalil selepas office hour dengan officemate aku merangkap housemate, Alam. Tapi kitorang gi sane gamble jek sebab takde tiket. Memang mengharap moga-moga masih ade tiket kat sane. Kitorang sampai sane dalam 7.15pm dan terus beratur untuk mendapatkan tiket. Nasib baik tiket masih banyak, so dapatlah kitorang masuk ke stadium tanpa prejudis.


Kedua-dua pasukan warm up sebelum memulakan permainan

Kalau ikut pelan aku nak pakai baju half ManU ngan half Malaysia. Tapi tak sempat nak buat. Kitorang gi stadium pon pakai baju offis jek ha2. So 8.52pm game pon start, lewat sket dari pelan asal. Memang best tengok diorang main, muke-muke player ManU yang selama ni aku tengok kat TV, malam tu ade depan mata. Aku bukan nak memuja, tapi diorang memang star, international players. Tak sangka malam tu aku boleh tengok Giggs, Rooney, Owen, Carrick etc2. Malas nak taip sebab banyak sangat he2. Tapi yang paling aku suke, sebab Macheda main malam tu. Bagi aku Macheda tu star in making. Dia pandai cari peluang untuk score.

Perlawanan malam tu berakhir Malaysia kalah 2-0 kepada ManU. Agak terhibur gak aku tengok match tu. Macam berbaloi gak untuk harga tiket yang aku dah bayar. So sini aku nak ulas sket tentang permainan Malaysia malam tu. ManU tak payahlah nak komen lagi sebab memang dah hebat pon.


Line up

So ni antara beberapa faktor yang Malaysia kene perbaiki (bagi aku yang tak berapa hebat main bola ni la):

Basic skill, macam passing bola & tahan bola. Masalahnya passing bola ntah ke mana-mana. Kalau tahan bola plak, mesti pegi jauh bola tu. Patutnya bola tu terus melekat kat kaki, baru boleh kontrol bola. Berbeza dengan ManU yang kawalan bola memang kemas, crossing & passing diorang jangan cakaplah, sebab memang world class punye level. So Malaysia kene asah dulu basic skill tu.

Ketandusan idea. Masalah dengan player Malaysia ni, tengah (midfielder) dah ok. Tapi semakin hampir dengan kotak penalti pihak lawan, idea pon makin kering. Then sampai beberapa kaki dari kotak penalti je, otak terus freeze. Diorang dah tak tau nak watpe. Abes tu, cemana nak score. Nak mengharap try dari jauh, diorang bukan mampu rembat kencang-kencang, kalau rembat pon mesti melayang jauh ke atas macam main ragbi.

Stamina. Malam hari tu takdela ketara sangat stamina diorang berkurangan. Tapi semua orang tau yang player Malaysia kekurangan stamina. Dah lame dilaung-laungkan sains sukan. Tapi aku tak taula diorang ni applykan ke tak.

Ni plak faktor-faktor yang selalu orang cakap kenapa pasukan Malaysia lemah, tapi bagi aku semua tu takde maknenye.

Takde semangat patriotik. Aku tak taula kenapa orang selalu mempersoalkan semangat patriotik players. Benda ni terlalu subjektif. Kalau patriotik tinggi tapi skill hampeh, tetap hampeh. Lagipun sape yang tak bangga menyarung jersi pasukan kebangsaan?

Faktor saiz badan. Ni la perlunya sains sukan. Walaupun saiz badan kecik tapi at least mantap dan boleh bersaing dengan player yang badan lebih besar. Bagi aku alasan ni memang tak bole pakai sebab Korea Selatan ngan Jepun bole berjaya, padahal saiz badan diorang lebih kurang macam pemain Malaysia jek.

So sekian jek ulasan aku kali ni. Hope kecemerlangan Malaysia pada malam tu bukan hipokrit semata-mate. Diorang kene improve permainan setiap masa. Akhir kata, majulah sukan untuk negara!
 
Reactions: 

Konvensyen GMN di UM

18 Julai 09 jam 0115 kali kedua aku jejakkan kaki ke UM, universiti tertua kat negara ni. Kali pertama masa aku darjah 5, masa tu aku ikut lawatan sambil belajar ke UM ni. Sape yang anjurkan, aku pon dah lupe. Tapi yang pasti aku memang excitedla sebab nak gi tengok universiti. Bak kate orang-orang tua, dah beso nanti masuk universiti, baru berjaya.


Aku ingat lagi, antara tempat lawatan kitorang ialah library dia. Yang paling aku tak boleh lupe mase kat library tu, ade sorang brother (student) tengah nyenyak tido di tepi timbunan buku-buku. Kitorang plak dengan gatalnye gi cuit-cuit brother tu. Bile brother tu tersedar, semua lari sampaikan dia terpinga-pinga kenapa tibe-tibe ramai orang ha2. Tapi kecut perut gak la tengok buku-buku yang brother tu bace. Dahla semua tebal-tebal. Aku pon terpikir, eh, susahnye nak survive dalam universiti ni. Tapi apabile usia makin meningkat, pengalaman banyak membantu untuk survive dalam apa jua cabaran.


Actually kehadiran aku ke UM kali ni untuk buka booth sempena Konvensyen Pelajar Perubatan Mesir yang dianjurkan oleh Global Medic Netwok Sdn Bhd. Tugas aku just nak promot komputer dari syarikat aku. Tapi main focus bukanla nak jual sangat pon komputer-komputer tu, apa yang lebih penting adalah untuk memperkenalkan syarikat aku dan produk-produk syarikat, lebih-lebih lagi department yang baru iaitu construction & development.


Antara parents dan anak-anak yang hadir


Tapi agak mencabar untuk menjual laptop-laptop tu sebab tetamu mostly yang celik IT. So susah gak aku nak kelentong he2. Tapi ade gak certain customers yang ilmu IT dia takdela tinggi mane, tapi cakap nak beso jek. So aku mengiakan je. Malas aku nak bergaduh pasal benda-benda yang tak betul. Paling tak boleh blah, ade sorang pakcik tu yang duduk dekat sejam setengah kat booth aku semata-mata nak bercerita pasal laptop dia.Aduh, tensen aku. Tapi ade gak certain customers yang sudi bertukar-tukar pendapat tentang IT, dan aku lebih suke open discussion macam tu.


Antara produk yang aku jual


BTW, apa yang lebih penting ialah cemana kite boleh bina network dari semua pelanggan yang datang. Contohnye, ade satu Doc yang mengajak aku jadi partner beliau untuk menguruskan seminar dan training consultancy selepas beliau mengetahui yang aku akan buka satu syarikat konsultan khidmat latihan dalam masa terdekat. Doc tu ade klinik di Sek.6 Shah Alam dan beliau specialist untuk seminar yang berkaitan dengan mental & spiritual.


So, sekian saje kali ni he2. Babai.

 
Reactions: 

RM3.40 vs RM3.90?

Sok pagi aku terfikir, nak breakfast kat Restoran Aneka Selera (RAS) or Old Town White Coffee (OTWC)?. Bese aku makan set roti bakar, telur separuh masak 2 biji dengan kopi kat RAS harganye RM3.40. Tapi kadang-kadang aku makan kat OTWC set yang sama RM3.90.

Memang harga kat RAS lebih murah, tapi kualiti kat OTWC jauh lebih bagus dari RAS. Dengan hanya tambah RM0.50, aku boleh dapat kopi yang premium, set roti bakar yang diperbuat dari tepung gandum berprotein tinggi yang lebih bagus dan telur omega yang sememangnya jauh lebih berkhasiat dari telur biasa.

So, RAS or OTWC?
 
Reactions: 

Gambar menceritakan segala-galanya

Salam.

Hanya nak kongsi-kongsi gambar ni untuk secebis senyuman :)



Memang pon orang yang buat signboard ni kene gi sekolah balik he2



Tak paham aku dengan makcik ni hu2

 
Reactions: 

If Today Was Your Last Day

Just nak kongsi lagu ni. Aku memang minat Nickelback, paling best suare vocalist dia yang memang masyuk gile kalau dengar. Cume frankly speaking lagu ni takdela best sangat. Cume apa yang menjadi perhatian, lirik dia betul-betul membawa makna yang mendalam. Feel it!


 
Reactions: 

Kata-kata hikmah minggu ini

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik
walaupun hanya sekadar senyuman"
 
Reactions: 

Sekadar renungan bersama...

Aku terbace 1 artikel ni yang aku rase sangat berkait rapat dengan keadaan semasa sekarang ni terutamanya kat Malaysia ni. So korang bace la sendiri dan renungkan bersama.

'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T.. Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).

Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

Jadi moge cerita ni boleh diambil iktibar untuk kite semua. Wassalam.
 
Reactions: 

Camping @ Sg Kalumpang

Baru-baru ni, 4 & 5 Julai 2009 aku dengan kawan-kawan aku (kawan-kawan dari sekolah rendah mase kat S.K.Jeram dulu) pergi camping kat Sg. Kalumpang, Kuala Kubu Bharu (KKB). Actually program ni patutnye diadakan pade 27 & 28 Jun 2009, tapi disebabkan pada tarikh tu aku kene anta adik aku ke IPTA, so kitorang tangguh la ke minggu depannye.

Pada mulanye seramai lebih kurang 13 orang telah mengkonpemkan untuk menghadirkan diri ke percampingan tersebut. Tapi pada hari yang dijanjikan hanya seramai 5 orang je yang turut serta disebabkan oleh pelbagai alasan yang konkrit bertetulang dan bernas. Tapi nak buat cemane, 2 orang dah amek cuti, so nak tak nak kene buat la gak.

Pada 4 Julai tu, Ad gerak dari Jeram dengan membawa Muhaimin aka Kiok dengan adik aku, Aswad bersama barang-barang keperluan camping pada jam 1440. Berikut adalah senarai barang asas yang kitorang bawak untuk bercamping, dan untuk panduan u all:

1. Khemah (nama pon bercamping)
2. Makanan (Untuk makanan, kitorang bawak ayam yang dah dipotong 8 dan telah direndam untuk BBQ. Makanan ni bergantung pada berapa hari la yang korang nak camping. Selain ayam, kitorang bawak roti, tuna, kaya, makanan ringan macam keropok-keropok dan air. Bawak yang simple-simple jek tapi senang kenyang dan sodap dimakan begitu saja)
3. Peralatan memasak (kitorang bawak portable cooker yang pakai gas tu, bekas BBQ, arang, periuk kecik, kuali kecik & pisau)
4. Peralatan makanan (yang ni senang bawak pinggan dengan sudu & garfu yang kertas tu, lebih senang dan praktikal sebab bole di kitar semula. Kalau boleh jangan pakai yang polistrin sebab susah nak dibiodegradasikan)
5. Peralatan lain, macam lampu suluh etc2

Then diorang sampai sane dalam jam 1610, lebih kurang sejam setengah perjalanan. Aku plak terpaksa gerak lambat dari Bangi disebabkan menghadapi sket masalah kat site. Sabtu tu aku masih kat Jalan Pasar, KL untuk mencari kabel untuk site aku kat Bangi. Disebabkan klien nak pakai yang advance tech, so terpaksela aku merayau-rayau kat sane untuk mencari stok tersebut. Agak sukar untuk mendapatkan stok tu disebabkan hanya ade beberapa kedai je yang jual disebabkan demand yang kurang di samping harga yang sangat mahal.



Sambung cite tadi, aku gerak dari Bangi dalam jam 1830 then terus menuju ke Sg Kalumpang. Disebabkan aku buta jalan, so aku pon mengikut je cakap GPS yang aku pasang dalam kete yang mengestimatekan aku akan sampai kat Sg Kalumpang tu dalam jam 2005. Sampai R&R hentian Rawang, aku pon singgah sat untuk solat Maghrib. Then aku pon meneruskan perjalanan ke camping site. Lewat sket dari yang dijangkakan GPS, aku pon sampai kat sane dalam jam 2015.

Kat sane diorang sume dah siapkan sume termasuk mendirikan khemah, masak air etc2. Tapi untuk BBQ ayam, diorang terpaksa tunggu aku disebabkan bekas bakar BBQ dalam kete aku. Sambil menunggu ayam-ayam tu masak, kitorang poon berborak-borak la. Tepat jam 2145 aku ngan Ad gerak ke Stesen Komuter Rawang untuk amek Topek. Mase perjalanan lebih kurang 40 minit. Pas amek Topek kitorang pon gerak ke camping site balik untuk menikmati ayam BBQ buatan mama aku yang kesedapannya tak dapat diragui lagi. Promot sket he2.

Pas setel sume, kitorang pon tido untuk menunggu fajar Subuh di keesokan harinye. Soknye seawal jam 0815 kitorang dah ready nak terjun ke sungai. Walaupun agak menggigil, tapi disebabkan aku tengah excited, aku pon terjun la dengan labi-labiku. Sejuk memang tak ingat la. Tapi lame-lame okla. Pas dekat 3 jam berendam termasuk bersyampu dan bersabun, kitorang pon siap-siap nak gerak balik. Dalam jam 1200 kitorang pon gerak balik dengan badan yang lenguh-lenguh tapi best!

Untuk korang yang tak tau Sg Kalumpang, dia atas sket dari pekan Kuala Kubu Bharu. Kalau lalu PLUS Highway, korang bole exit kat Tg Malim. Dari exit tu dalam 10 minit je ke Sg Kalumpang. Kalau dari Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, jarak dalam 104km dan duit tol kat Sg Besi RM1.80, manakala lalu di PLUS Highway then exit kat Tg Malim tol RM9.50. Duit minyak sehala dalam Rm15 (aku estimate untuk kete 2000cc yang macam aku pakai sekarang ni). Untuk kawan-kawan aku yang dari Jeram, jarak dalam 84km dan takde tol yang korang lalu he2. Roughly aku rase tempat tu bagus untuk korang menenangkan diri. Sungai tu pon agak selamat sebab arus tak deras sangat, tak dalam sangat dan sangat sesuai untuk famili yang bawak anak-anak kecik. So, Cuti-cuti Malaysia!

*Update: Kredit utk Zahirudin yg telah mendermakan arang & Tolha yg telah meminjamkan khemah he2
 
Reactions: 

Vacancy: Pharmacist

Just nak announce, company aku tengah cari sorang ahli farmasi yang ade at least ijazah dalam bidang farmasi atau yang setara untuk kitorang bukak satu farmasi di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Terbuka untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan terutamanya yang fresh graduate. Remuneration boleh dibincang dan sesape yang terpilih mempunyai peluang yang sangat besar untuk meningkat naik disebabkan cabang farmasi ni baru je nak ditubuhkan. Korang yang berminat boleh anta resume kat emel aku abcdefs@ymail.com atau syawalulabcdef@gmail.com dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel atau no fon aku, Syawal 012-2865228.

Adios!
 
Reactions: 

Andai Ku Tahu

Salam,
Walaupun lagu ni dah agak lame, tapi disebabkan aku suke lagu ni, so postkan gak kat blog ni.





Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

 
Reactions: 

Malaysian Radio

Kat sini ku nak kongsi satu software yang agak bagus & dibuat oleh orang Malaysia sendiri. Software ni portable, saiznye kecik jek dan memang langsung x berat pon. Cume korang kene ade internet connection la untuk dengar radio ni. Senang cite software ni untuk korang-korang yang dok opis, sambil wat keje bole dengar radio.

Sebarang persoalan bole tanye kat shoutout. Cume ade certains radio yang dapat tapi ada gak yang tak dapat. Layan....

Malaysian Radio V2

Contoh printscreen....


 
Reactions: 

Archidex09

Salam...
Hari ni 1st time aku pergi ke pameran berkenaan 'kearkitekan' kat Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Sebelum ni tak pernah pergi pun mungkin disebabkan selama ni aku berhabitat kat Sarawak sane, then aku tak ade la perasaan pun nak amek tau apa yang berlaku kat KLCC tu. Tapi memandangkan aku dah menceburkan diri dalam bidang industri ni, untuk tak mau terlemas pulak, kene la aku amek tau apa itu 'arkitek' di samping mencari-cari suppliers yang bagus-bagus dan berhemah (termasuk amoi-amoi yang cun he2).

*Iklan sat. Kat Astro Hitz tengah tayang video lagu peberet aku, Cry Me A River.

Sambung balik, so aku dari opis tadi gerak la ke KLCC dalam pukul 12.40 dengan mengajak Aizat (officemate baru, walaupun lain department tp aku paksa ikut gak) pergi bersama. Pas aku parking kat The Zon Hotel sebab nak dapat parking pree, aku pon pergi ke Masjid KLCC dulu untuk solat jumaat. Lepas setel sume kitorang pon pergila menapak ke KLCC tu. Dalam 2.40pm, selepas mendaftar masuk dan amek pass, kitorang pon masuk dengan harapan yang berbunga-bunga.

Ni pass yang aku dapat

Untuk makluman, exhibition kali ni ade beberapa ruang pameran bermula di Grand Ballroom, Hall 1, Hall 2, Hall 3, Hall 4, Hall 5, dan akhir sekali ruang Expose untuk contoh hiasan di dalam rumah. Mengandungi 400++ exhibitors, memang berjaya membuatkan kaki aku sangat lenguh. Antara yang dipamerkan seperti building materials, pintu tingkap kayu dan kaca, tiles (laminated timber pon banyak gak), barangan dapur (kitchen appliances) etc2.


Antara materials yang menarik perhatian aku


Set dapur ni berharga hampir RM30k tapi aku boleh buat dalam RM15k jek

Memang menarik pameran kali ni. Kad bisnes aku pon dekat 100 keping melayang. Tapi takpela, nanti company bagi lagi. So peduli la ha2. Lagi satu yang menarik, agak banyak exhibitors yang menyediakan makanan. Cume masalahnye, semua yang provide makanan tu orang cina. So aku tak berani sentuh kecuali sebotol air mineral yang aku sangat pasti halal.



Antara makanan yang disediakan
Cume apa yang dikesalkan, para pempamer seperti tak ambil kira sensitiviti umat Islam. Contohnya ade booth yang menyediakan minuman Tiger Beer untuk pengunjung. Selain itu, terdapat satu booth yang menayangkan pompuan yang hanya memakai set baju renang (bukan full bikini) untuk menjadi model di sistem jakuzi diorang. Tapi apa yang aku perasan, untuk pameran kali ni, sepanjang aku kat sana, hanya 1 booth je yang ownernye orang Melayu merangkap orang Islam. Hope sangat selepas ni, orang Melayu banyak menceburi bidang ni.


Tiger Beer yang dihidangkan

So sekian saje kali ni. Aku balik sampai ofis dalam 6.15pm, then terus pergi ke site & right now aku ngantok gile. Nak tido dulu. Babai!

 
Reactions: 

Peguam yg kesian

Just nak kongsi joke ni...

Rizal ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,"adakah anda sudah berkahwin?". "Sudah, Tuan." jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : "Sudah berapa kali, kamu berkahwin"

Rizal : "Sekali sahaja.",

Peguam : "Dengan siapa kamu berkahwin?",

Rizal : "Seorang perempuan, Tuan!"

Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, "Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?" ,

Rizal : "Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan."


Kredit: syok.org
 
Reactions: