Perihal BB

Salam,
BB kat atas bermaksud BlackBerry dan bukannya Bibik Indon tu. To be frank, aku tak berminat sangat nak amek kesah pasal henpon ni, sebab interest aku lebih kepada komputer. Even henpon aku sebelum ni pon adik aku yang rekomenkan, asal aku rase ok, aku sambar je.

Tapi since polisi kompeni aku yang nak manager dia pakai BB, kononnya senang untuk interact, aku kenela angkat 1 (thru kompeni, tapi of kos dengan subsidi keh3). Semua manager amek Torch tapi aku amek Bold 3 since aku tak berminat touch screen sebab leceh. Satu lagi aku ni dah la malas nak cas tepon, skrin beso2 ni konpem makan bateri banyak.

Pas sebulan pakai, yup, aku rase BB ni memang sangat sangat sangat bagus untuk orang yang bizi like bee cam aku ni. Dan aku juga terpanggil untuk membuat review pasal benda ni.

KELEBIHAN

1. Emel
Aku admit keje aku banyak kat luar, tapi banyak urusan thru emel gak. Kadang2 staf dah siap keje, diorang perlu emel ke aku dulu untuk aku approve first, then baru forward ke bos. So pakai BB ni memang efektif sebab emel masuk cam SMS je. Lagipon korang boleh setup up to 10 email accounts.

Ni contoh emel yang masuk

2. BBM
Ni 1 faktor nape kitorang kene pakai BB. BB ni cam YM gak la, cume dia khusus untuk pengguna BB jek. Bile bos nak buat memo jek, pakai BBM ni dalam mode grouping.

Page untuk BBM
Grouping 

3. Application
BB ni kira dah macam komputer bergerak. Aku dapat online 24 hrs, kat mana2 je. YM, even notification untuk FB pon masuk cam SMS je. 

Application dia yang best
Contoh interface untuk YM
Notification dari FB masuk, cube tengok kat atas tu

4. Modem
Ok, ni part yang aku paling suka. Pakai BB sebagai modem lebih laju berkali ganda dari pakai berukben!. Aku before ni pakai berukben Celcom, kalau kat Bangi ni ok gak la, tapi kalau kat kampong, sipot lagi laju dari berukben tu. Tapi since pakai BB ni as a modem lagi laju berkali2 ganda, aku terus bagi ayah aku pakai berukben tu. 

5. Reminder
Reminder BB ni direct dari kalendar, FB, twitter dan segala macam tu. Contohnye, korang klik 'Attending' untuk majlis kawen 'En.A', so 2 minggu dari tu reminder tu akan terpapar kat skrin korang. Menjelang hari kawen tu, dia akan berbunyi untuk remind korang. Cool eh.

Atas tu reminder, bawah plak notification untuk FB

6. Universal finder
Korang terus taip je kat keypad dia, BB akan automatik search kat semua part, macam Phonebook, FB, YouTube, even kat Google!

Mantap kan? he2

Ok, tadi tu kelebihan. Memangla dia ade kamera yang berkualiti tinggi dan segala macam tu, tapi function tu hampir sume tepon sekarang ni ada. Tapi BB ni ade kelemahan dia gak. Ok moh kite cekedaut:

1. Takde Video Calling
Aku tak pahamla henpon canggih2 cenggini tak dapat video calling, or aku yang tak abes explore lagi?. Tapi henpon ni memang takde kamera kat depan dan aku cek kat phonebook pon takde function untuk video calling.

2. Ade MMS tapi...
Katela aku tangkap gambar dengan saiz yang besar (5MP), then aku nak anta pakai MMS memang takkan dapat sebab BB ni takde mode untuk kompres gambar secara automatik. So nak tak nak, terpaksala tukar setting ke saiz yang kecik masa nak tangkap gambar tu.

Okes, so far tu je yang aku tau. Aku tak sempat or memang malas nak explore. Sume yang aku review kat atas tu sebab kebetulan aku terpakai ha2. Beza dengan IPhone?. Kalau korang more to entertainment, bagus amek IPhone, tapi untuk bisnes, better BB. Sekian ehe.
 

Azam 2011 plak

Okes,
Meh kita tengok azam aku taun 2011 ni plak.

Hasil azam taun lepas yang tak berjaya, aku rase yang paling hampir aku boleh buat ialah:

1. Nak kontrol makan supaya lebih sehat ha2.
2. Nak kawen ha2.

Yang lain2 tu postpone next year je la keh3.
 

Oh azam 2010 aku yang lepas!

Salam,
Sempena masuk taun baru ni, meh kita jenguk balik azam aku yang dulu (KLIK SINI) samada berjaya atau gagal keh3:
  • Nak kurangkan makan sebab badan makin sehat ni. Taun ni je 3 kali aku demam padahal selama ni nak demam sekali dalam setaun pon susah. Nampak sangat bile badan dah naik ni,, antibodi cam makin lemah la plak.
Hasilnye: Kejap berjaya, kejap gagal, badan aku pon kejap slim, kejap bulat.  
Kesimpulannye: Fail
  • Kalau driving, nak kurangkan laju & buang jauh2 habit suke memecut kat selekoh
Hasilnye: 2010 aku dapat beberapa surat saman speedtrap.
Kesimpulannye: Konpem fail
  • Bukak 1 kompeni, partner ngan ayah
Hasilnye: Tak sempat huk3.
Kesimpulannye: Fail lagi huk3
  • Try untuk totally lupekan ________
Hasilnye: Berjaya!
Kesimpulannye: Berjaya!

Ok, next enrty will be azam aku untuk 2011 ni plak ha3.