Tahniah Malaysia!!



Kita JUARA!!!

 

Good Luck Malaysia!

GOOD LUCK FOR 2ND LEG FINAL AFF SUZUKI CUP TONIGHT!
MALAYSIA BOLEH!
 

Trip Ke Selatan le plak

Salam,
  • Taun lepas sebagaimana yang aku dah cite kat dalam blog ni (Klik Sini), kitorang 1 famili ke arah pantai timur untuk bercuti. Kali ni plak, alang2 Angah bertunang kat Muar, kitorang terus gi holiday ke arah selatan plak aka Johor.
Adik2 pompuan aku. Sume masih available
  • Holiday kali ni 3 hari, 18 sampai 20 Disember 2010, dengan disertai oleh famili Pakcik Zaidi, Pakcho, dan Ucu Yahud. Afta setel Angah bertunang kat Muar, kitorang terus gerak ke Ayer Hitam untuk soping. Bole tahan best soping kat sini, tapi still mahal la berbanding aku gi ke Rantau Panjang. Tapi, still, abes duit aku bersoping kat situ hu3.
Adik2 ngn adik sedara kat Ayer Hitam
  • Afta that, kitorang sume gerak terus ke Skudai untuk cek in rumah bujang aku kat sane. Jimat kos tak payah sewa hotel ha2. Tapi memandangkan rumah tu dah kena tinggal dekat 5 bulan, sekali menapak, amek itam tapak kaki dek debu2 kat lantai. Dalam peti ais plak, beku gile dah ikan kembung dengan sosej yang tinggal dalam tu ha3. Blom lagi air dalam tangki, dah berkarat2 ha2.
  • Ok enuf about my house, back to the topic, afta bergotong royong membersihkan rumah, kitorang kuar dinner, then terus ke Danga Bay untuk lepak2. Kat sane aku sewa 1 basikal roda empat, RM39 untuk 45 minit. Boleh plak naik 6 orang. Part paling best bile nak daki bukit, menjerit2 kayuh basikal tu ha2. Tak lupe kitorang bergambar kat sane, sampai rumah dah dalam 1.30am.

Depan Pantai Lido kat Danga Bay
Beskal roda 4

  •  Soknye Ahad, kitorang gerak ke Nusajaya dulu. Saje tengok2, tangkap gambo kat sane. Tapi yang peliknye kat kamera aku takde gambo kat sini.
  • Then kitorang gi ke Gelang Patah, Pakcik Zaidi dah beriya2 nak makan otak-otak.
  • Pastu terus ke JB, area Tambak Johor. Nak masuk Singapore tak sempat, pastu bukan sume ade paspot, so bergambar je la berlatarbelakangkan Singapore tu.
My mama n ayah tersayang
 
Ini kugiran band mane pon aku tak tau
  • Penat bergambo, kitorang menuju ke Desaru plak. Kat tengah jalan, kitorang singgah kat mane tah untuk lunch, tapi kebetulan kat lauk-pauk tu ade rendang belangkas. Aku sambar yang tu la.
  • Menjelang kol 3pm, sampai kat Desaru. Tapi hati luluh kecewa melihat bendera merah yang maknenye aku tak dapek la nak mandi kat situ hu3. 
Pakcik Zaidi buat gaya comel

Sebab tak dapat mandi, sentuh air pakai kaki pon jadila hu3
  • Nak balik ke JB, jem teruk kat Kota Tinggi. Sebab tak sanggup, tengok GPS plak tak dapat jalan dalam, kitorang pon tanye orang kat stesen minyak. Kebetulan 1 famili ni nak ke JB lalu jalan dalam, so kitorang folo diorang jek.
  • Ntah cane, tayar kete orang tu meletup plak tengah jalan. Nasib baik takde pape. Kitorang pon stop tepi jalan, tolong diorang. Ye la, dah orang tu menolong kitorang, takkan la kitorang main tinggal jek. Mentang2 mase tu GPS dah detect jalan balik he3.
Aku tolong tengok mula2, kuar je anak dara orang tu, baru aku tunjuk skill

  •  Sampai JB dah 7.30pm. Malam tu afta dinner, masing2 terus tetido. Tak sempat dah nak atur mane nak tido, masing2 dah penat gile ha2.
  • Sok paginye, aku gi opis sat kat Tampoi Utama, then dalam 11am terus gerak ke Melaka. Actually cadang nak ke Endau-Rompin, nak jumpa jiran lama. Tapi tak jadi sebab jiran tu takde kat umah plak.
  • Sampai Melaka dalam 2.30pm, lewat sket sebab exit dari highway tu jem nak ke bandar.
  • Kat sane, jalan2 kat Banda Hilir je. Actually dah bosan kat Melaka ni, tapi sebab bawak adik sedara, Una, sian dia, kitorang bawakla ke sini.
Depan kapal Mavi Mavara

  •  Afta jamak solat Maghrib ngan Isyak, kitorang terus gerak balik ke Jeram. Sepanjang highway tu kebetulan hujan lebat, jalan dah tak nampak, memang aku drive fokus gile2. Singgah R&R Seremban, otak aku dah sembab.
  • Pas sambung perjalanan, dapat plak berita bas 2 tingkat terbalik n ramai mati. Seram sejuk gak driving mase tu. Sebab, bas ngan lori memang laju2 kat highway tu.
  • Tapi Alhamdulillah, akhirnye sampi gak ke Jeram dalam jam 1.10am (Isnin malam Selasa).
  • Basically, total journey dalam 1231km, minyak dalam RM250 (2000cc), tol dalam RM100. Save kat penginapan sebab ade rumah kat sane. Mungkin korang boleh plan perjalanan based on these data.
  • InsyaAllah kalau panjang umo, taun depan ke Utara plak, mungkin dengan pertambahan ahli famili yang baru plak he3.
 

Adikku Melangkah Bendul

Baru lepas menghantar adik bertunang kat Muar. Now kat Ayer Hitam. Entri penuh akan menyusul kemudian memandangkan bateri henpon dah kong.
----------------------------------------
Salam, Sabtu lepas dah selamat majlis pertunangan adik aku aka Angah aka Aswad ngan awek dia (sebelum bertunang tu la) si Saleha aka Leha. Alhamdulillah sume dah setel.

Majlis berlangsung kat rumah Leha kat Jalan Parit ape tah, tapi tempat tu afta Parit Jawa but before Parit Sulong, kat Muar, Johor. Dengan menggunakan tema merah dan hitam selaras ngan kaler moto dan kete dia, adik aku menghantar sebanyak 17 dulang, manakala belah pompuan sebanyak 16 dulang dengan menggunakan kaler hijau putih.

Memang pelik bilangan dulang tu. Asalnya 7 berbalas 9, tapi dah sedara mara dengan jiran maran pon topap hantaran tu menjadikan bilangan dah lari dari niat yang asal. Tapi takpela, benda tu adat jek, bukan dalam rukun pon.

Rombongan pihak laki sebanyak 24 orang dengan menyorong 6 bijik kete, dari jumlah tu, 5 adalah wakil dari kampung dan selebihnya adalah sedara mara. Setelah berbincang tentang jangka masa bertunang, duit hantaran, dan lain-lain, akhirnya Mama pon menyarungla cincin kat jari Cik Leha.

Semua dah ok, so tinggal Angah kena cari duit untuk kawen dan life afta kawen je la hehehe. Tahniah untuk adikku!

P/s: Kita ade bagi pelangkah kat belah pompuan, mana pelangkah untuk belah laki???

Bergambo kat rumah sebelum bergerak.
Tengah negotiate keh3
Menyarung cincin
Hantaran dari belah pompuan
Comei gile budak ni hehehe
Mama dengan bakal besan
Bole pandang2 tapi masih tak bole pegang2 tau
Aku pon nak amek berkat ha3


 

KLIMS 2010 - Motorshow bukan Tigershow

Akhirnye pameran ni muncul jua afta bertaun2 aku menanti since yang pertama dulu. Sangat EXCITED

Aku gi berdua, berdua kan lebih baik. Naik plak komuter, tak ramai orang, aku pon gangjal (janggal). Rerupenya hari yang aku gi tu (cuti awal muharam), frekuensi komuter dah ditambah. Patutla seronok je aku naik komuter, padahal selama ni asyik memaki hamun hehehe. Nape tak bawak kete?. Well, malas nak drive, lagi2 kat pameran camtu konpem jem, nak cari parking lagi. Adeh.

Tapikan, aku malas nak taip bebanyak. Korang bole tengok kat blog member aku Si Cik Isma ni la. Klik kek SINI eh.

Ok moh kite tengok gegambo!

Beli tiket dapat air preeee
Adoi. Tengok umat manusia yang tersangat ramai ni
Yeap. Ini kereta yang aku tungu, EMAS
Lotus!
Dari tepi mantap Bezza ni, tapi dari depan ngan belakang cam tak best plak
Ini adalah kete IDAMAN aku!
i-Miev, comeiiii
Joke of the show!. Ni cam budak tadika main tampak2 kertas
  • Basically, aku rase cam hampeh je motorshow kali ni, kalau takat kete yang dah ada atas jalan raya berlambak2 tak perlu la nak tayang.
  • Kete konsep pon tak banyak.
  • Aku rase kali ni konsep dia 'Green' kot sebab sume promot hibrid.
  • Asyik2 pompuan seksi depan kete.
  • Rating aku bagi 2 jek dari 5 bintang.
 

MAHA 2010

Eksyen je ni keh3

Salam,
Akhirnye, ada masa gak aku nak update entry kat blog ni dalam keadaan bersenang2. Ok, kite terus lintas langsung ke Serdang untuk same2 menjengah MAHA 2010.

Basically, ni 1st time aku dapat attend MAHA sebab mungkin dulu busy or ade hal yang membuatkan aku tak dapat datang. Dan, untuk MAHA kali ni, aku datang sebanyak 4 kali, on 29Nov, 30Nov, 2Dec, dan 4Dec. Aku terpakse datang banyak kali sebab tak banyak masa aku dapat luangkan sebab datang afta opis hour padahal expo tersangatla beso. So a few experiences i wanna kongsi2:

  • Expo MAHA ni sangat best dan berbaloi (kalau tak best takdela aku sanggup datang banyak kali ye tak?)
  • Expo terbahagi kepada beberapa bahagian seperti 4 dewan utama untuk produk/hasil termasuk makanan dan kosmetik, 1 bahagian untuk tanaman buahan, 1 bahagian untuk tanaman hiasan, 1 bahagian rumah2 negeri (untuk pameran produk2 dari tiap2 negeri), 1 bahagian untuk ternakan, dan 1 lagi bahagian untuk jualan ala2 pasar malam. Dan setiap bahagian tu memerlukan masa minimum kira2 4-5 jam untuk diluangkan.
  • Dari 4 kali yang aku datang tu, aku masih tak sempat menjengah ke bahagian ternakan dan jualan ala2 pasar malam tu. So sad.
  • Aku tabik spring kepada organizer, flow expo sangat bagus termasuk menyediakan tram (bajak dan bas) untuk ke parking dan rumah2 negeri & bahagian ternakan.
  • Banyak peluang untuk orang Melayu berniaga kalau pandai merebut peluang tersebut, malah, boleh dikatakan hampir 70-80% exhibitor adalah orang Melayu.
  • Ada beberapa teknologi dan penemuan dipamerkan, tapi sejauh mana para peniaga / pengusaha dapat memanfaatkan teknologi tersebut?
  • Yang bestnye jugak, banyak benda yang aku soping, beratus gak la abes, tapi yang susahnya sebab mesin2 ATM yang diletakkan area pameran semua 'out or service'.
  • Finally, aku rase best dan seronok gi ke expo ni. Next exhibition kalau takde aral, konpem aku gi lagi. 
  • Aku bagi rating 4.5 dari 5 bintang.
Cempedak yang best

    Patutnye ade 4 tiket sebab 4 kali gi, tapi 1 lagi manetah dia merayau.

     

    Salam Hijrah

    Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432H pada kawan2 semua. Moga tahun mendatang lebih baik dari yang lepas, insyaAllah....

    *maaf sebab dah lama tak update, terlalu busy dengan hal famili & kerja.
     

    Potosuting

    Salam,

    Malam sebelum aku demam teruk tu, sesaje gi photo shoot kat area Putrajaya dengan Eri dan Red Panda & Superbintoyon. Ni aku letak sket gambar yang dah ditangkap, tapi aku ade edit2 sket, thanks to Cik Nana Ish (aku tak tau apa full name ko ha2).





     

    Lymphopenia Granulocytosis Microcytes!

    Fuiyo, tajuk cam gempakkan? ha2.

    Disebabkan benda pelik gitula teruk aku demam kali ni. 

    Aku start sengal2 badan ni on 27th Oct. 28 Okt tu aku amek MC sesuke hati untuk gi ke klinik. Adela baik dalam 2-3 hari tapi tak capai 100%. 3 Nov tu aku dah cam nak demam balik, badan pon dah start menggigil. Petang tu afta dari ofis, aku straight ke Klinik Az Zahrah, B.B.Bangi untuk check up lagi skali. Tapi kali ni suhu agak panas, capai 39.1 degree, tak pasal2 dokter soh aku gi amek darah.

    Sementara tunggu dapat result, badan aku memang menggeletar tak ingat punya. Once dah dapat result, dokter panggil aku. Dokter pon cakap aku dah dijangkiti kuman cam kat title tu. Aku punyela cuak, rupenye kuman tu biasa je untuk orang yang kene demam ni. Cuma kali ni agak teruk sebab badan terlalu panas. Soknye, 4 Nov aku MC lagi, tapi kali ni betul2 MC punye ha2.

    Memang dah lame since kali terakhir aku demam seteruk ni. Ntah2 masa skolah rendah dulu. Biasenye 2-3 hari dah kebah, tu pon tak payah gi ke klinik, cukup hadam panadol jek. Mungkin disebabkan aku terlalu kerja keras lately, makan tak menentu, balik keje dah malam, tido tak cukup, berhujan plak kat site. Kalau tu puncanya, terpaksala aku mintak komisen tinggi sket hujung taun ni keh3.

    Okes, pada kengkawan yang sudi bace ni, korang cepat2la gi klinik kalau rase2 nak demam tu. Salam..

     

    Try Test Coba




    Korang penah tag gambo kat FB kan?. Ni aku try tag kat blog aku plak ha2. Hi cik Fatihah (*-^)
     

    Kisah 400m

    Salam,

    Lately aku terlalu busy, sangat busy, ala2 Obama gak la.

    Tapi aku masih sempat bermain badminton, soknye daki bukit, soknye plak main futsal 2 jam non stop. 

    Tapi entry kali ni bukanla pasal "aku yang busy".

    Aku rase sangat bersyukur sekarang, perkara yang dulu aku rase terlalu jauh, hingga ke galaksi sebelah, kini hanya sejengkal dari gapaian. Semuanya berlaku terlalu pantas, seolah2 1- 100 km/h dalam hanya 1.1 saat.

    Kisahnye berlangsung di atas puncak 4 meter above the sea level. Betullah, jika niat kita jujur dan murni, Allah akan permudahkan, insyaAllah. Dan, aku sangat bersyukur ke hadrat mu Ya Allah, Alhamdulillah...

    (^-^)

     

    Kawen oh kawen! ha2

    Salam,
    To be frank, raya kali ni aku agak tertekan. Semua bertanye pasal kawen. Aku malas betul nak layan, tapi nak buat cemane, hanye mampu tersenyum dan tersengih nggggeeeeee...

    Ni antara faktor yang aku rase membuatkan sedare mara aku eager nak tau bile aku akan kawen:
    1. Aku anak sulung
    2. Cucu sulung plak tu
    3. Sekali adik aku nak bertunang plak hujung taun ni
    4. Hobi diorang nak tanye pasal kawen kot
    5. Dah lame tak rase nasi minyak yang sedap 
    6. Caring kat aku, nak tengok aku hepi (ye ke?)
    Kalau ikutkan, aku tak kesah pon tak kawen lagi. Lagipon keje aku ni banyak travel, cam sian plak kat bakal bini aku tu nanti. Tapi, sekali besfren aku, Kemal dah jadi bapak plak baru2 ni, adoi, jelesss gileeeeeee!! ha2.

    So, bila aku nak kawen eh. Ntahla. Tunggula orang masuk minang aku. Boleh ke?. Nanti2 adala kot. Aku yakin kalau niat kita murni, Allah akan permudahkan, insyaAllah....
     

    Akhirnye aku eksiden hu3

    Salam, kronologi before aku eksiden ni memang menarik, cam ade konspirasi plak hu2. So ni turutan hingga aku eksiden:
    • 19 Sept: Nak gi ke Putrajaya, dengan Hairi. Sepanjang otw ke sana, 2x aku hampir eksiden, dua2 pon sebab afta roundabout, kete depan aku main masuk line aku tak bagi signal. Aku terpaksa slowkan kete dan himpit kete ke bahu jalan.
    • 26 Sept: Kejadian kali ke-3, tengok eksiden live depan mata. Kete Saga BLM depan aku main masuk je ke simpang belah kanan, dengan tak bagi signal. Tapi aku dah beware dari awal. Malangnye aku nampak ade motor dari jalan bertentangan, tak sempat mengelak lalu langgar kete tu. Bahagian kepala penunggang terhantuk kat bonet kete, fortunately pakai helmet. Aku terus stop kete, turun ngan Hairi gi tolong budak tu. Motor agak teruk, kete kemuk pon agak teruk belah tepi.
    • 29 Sept: Balik dari Kajang, menghampiri roundabout, tetibe kete depan stop. Aku tekan brek sekuat hati, fortunately tayar tak terkunci, dan stop betul2 belakang bontot Persona depan kete aku. Rerupanye, dua biji kete depan Persona tu eksiden, dan teralih ke tepi. Nasib baik moto yang belakang kete aku sempat ngelak gak, then ngelak plak kete yang eksiden tu. Saksi mase tu, Kemal yang dok sebelah aku.
    • 3 Okt: Otw balik ke Jeram, masih di Bangi, depan LLM, kete gerak trafik sekitar 20-30 km/j. Tetibe aku nampak Honda Jazz meluru dari belakang kete aku. Aku tau kete tu takkan sempat stop. Aku terpaksa ke kanan sket supaya Jazz tu boleh masuk ke kiri, fortunately ade service road kat tepi. Dan Jazz tu stop betul2 tepi aku. Can u imagine?
    Aku bermuhasabah, kenape boleh jadi macam ni?
    Since 1st kejadian lagi, aku dah tertanye2.
    Akhirnye, aku berdoa selepas kejadian Jazz tu, Ya Allah, jika Engkau hendak takdirkan supaya aku eksiden supaya memberi pengajaran kepada aku, biarlah yang kecil2 sahaja, yang minor sahaja. Terus terang aku tak mampu untuk menghadapi yang besar.

    • Dan, 3 Okt tu gak, dalam jam 5.15pm, di depan Jusco Bkt Raja, aku eksiden. Kisahnya, waktu tu trafik tengah jem, aku bagi signal nak masuk line kanan, since ade lori tak bergerak, aku masukla. Everything's ok hinggalah aku nampak lori yang belakang tadi bergerak, tetibe belakang kete aku berbunyi. Macam yang aku jangka, grill depan lori tu dah melekat kat tepi bumper belakang kete aku.

    Tapi yang peliknye drebar lori tu tak perasan yang dia dah langgar kete orang. Lori 1 tan je pon, bukan yang tayar 24. Yang lawaknye, boleh plak drebar lori tu bagi reason tak nampak signal aku. Pastu aku cakap, memangla ko tak nampak signal tu sebab lori ko langgar kete aku pon ko tak perasan. Tapi alhamdulillah, thru fon conversation, tokey drebar lori tu akan tanggung sume kos. Cume aku tak sempat hari tu, mungkin Sabtu ni akan repair ape yang patut, since dah buat appointment ngan mekanik tu.

    Syukur sangat2, takde ape2 yang teruk berlaku. Aku yakin mungkin sebelum kejadian tu, adalah petunjuk2, cume tak pasti kenape. Ape pon, aku akan terus berdoa ke hadrat Ilahi dan minta dijauhkan dari sebarang keburukan, Amiin...

    Bontot kete bercium ngan kepala lori.

    Dan ku dapat hasilnye.

     

    Along sayangkan Tok Wak

    Baru beberapa bulan lepas tok wak laki meninggal, Selasa baru ni plak isterinya yang meninggal. Aku dah dapat rase, sebab raya baru2 ni dia peluk cium aku beriya2. Tapi bersedia macam mane pon aku, aku susah nak terima kenyataan yang kedua2nye pergi dalam jarak masa yang sangat dekat. 

    Usai terima panggilan telefon dari mama, terus aku tuju ke Seremban untuk amek adik aku sebab dia sekolah kat sana. Then, angah bagitau yang jenazah nak kebumi pas Asar. Aku jam 2.30pm masih di Seremban. Aku pon pecut kat highway, aku tak kira dah speed trap ke, ape ke, yang penting kene sempat sebelum kebumi sebab masa atok laki meninggal, aku tak sempat tengok sebab mase tu kat JB. Rase terkilan sangat, sebab tu kali ni tak nak jadi kali kedua. Mase driving, sebak kat dada tu Tuhan je yang tau...

    Alhamdulillah, walaupon aku tak sempat solat jenazah, tapi sekurang2nye aku dapat same2 mengambus tanah kubur. Arwah berdua bukanla atok sebenar aku, tapi atok perempuan merupakan adik kepada atok dan opah sebenar aku. Tapi since diorang dah meninggal sejak aku kecik lagi, tok wak suami isteri ni la tempat aku bermanje.

    Ya, tika aku titipkan ayat2 kat blog ni pon air mata aku still bergenang. Aku tak sempat nak tunaikan hasrat arwah supaya aku kawen, tapi apakan daya, jodoh belum sampai. Tapi sedikit sebanyak, aku tetap terkilan.

    Aku harap Allah akan menempatkan mereka berdua di kalangan yang diredhaiNya. Amiiin.

    p/s: aku nak letak gambar, tapi aku tak mampu.
     

    Please!!! Tolong aku!!!!!!!!!!

    ARgggHhhHhhHhhhh!!!!!!....
    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    Aku nak tido dulu la. Sekian, salam.
     

    Nak duit raya!

    • Actually tajuk tu takde kaitan pon ngan entry ni hi2. Lame gile tak update blog, sebab busy berpose, busy nak raya, busy beraya, busy collect duit raya, busy menghulur duit raya, busy makan ketupat raya, lemang raya, serba serbi busy la. Akhirnye malam ni nak cite gak.
    • Opis bagi cuti start Khamis, tapi Rabu tu dah half day. Kembali bekerja on Rabu gak.
    • Aku balik kampung Rabu malam tu, Khamis pagi gerak ke kampung atok.
    • Hari Khamis, hari gotong royong masak segala makanan, rendang, ketupat, etc2. Lemang aku beli, tinggal panaskan jek keh3.
    • Malam raya, saje gi ke pekan Tg Karang, nak tengok ragam orang sebelum beraya. Jam 11.30pm, orang masih macam semut, ramai gile. Aku sempat sound brother yang jual air, sebab dia cakap air tembikai, tapi aku rase totally air sirap.
      • Jumaat RAYA!!!!.
      Raya pertama

      Raya kedua
        • Macam biase, dan macam taun2 lepas gak, beraya ke rumah sedara2 dari raya pertama hingga ketiga.
        • Macam biase gak, rumah paling aku suke pegi rumah Tok Uda, sebab dia ada ramai daughters dan sume pon cun.
        • Hari raya pertama, Angah terlanggar kucing. Hari raya kedua, aku hampir terlanggar kucing. Hari raya kedua tu gak, Angah terlanggar kucing lagi. Ish3
        • Raya kali ni tangkap paling banyak gambo sebab excited pakai DSLR.
        • Raya kali ni aku dapat 'anak buah', tunggukan kemunculannya!
        • Duit paling banyak mengalir pon raya kali ni gak. Mau taknye, untuk kete je aku dah spent dekat RM1k sob3. 
        • Tapi raya kali ni gak terpaksa berjimat cermat, sebab November nanti ade trip ke Langkawi, seminggu pastu ke Terengganu plak. Disember plak Angah akan bertunang, pastu famili nak gi holiday ke bahagian Selatan plak (tahun lepas ke Pantai Timur, Kelantan, Terengganu ngan Pahang). Korang paham2 je la bape banyak blanje nak kene kuar ho3.
        • Sabtu baru ni buat open house, aku cakap datang dalam 1pm-7pm, tapi 12.30 tengah malam pon masih ade orang datang ha2.
        • Dah, tu je, ha2.
           

          Pose hampir berakhir

          Salam,
          • Pose tinggal 2 hari lagi.
          • Di akhir zaman ni, masa dirasakan terlalu pantas berlalu.
          • Pose kali ni, same cam pose aku taun lepas, terlalu busy ngan keje2.
          • Padahal before pose tu takdela busy sangat, tup2 masuk pose, kene handle 2 projek skaligus.
          • Kelam kabut aku dibuatnye.
          • Elok plak hari kedua pose, aku ngan Kemal eksiden kat Jalan Ipoh.
          • Puncanye, gangsterism oleh sorang mamat paria. Aku janji, kalau aku jumpe mangkuk tu lagi, aku hayun ngan stering lock kete aku.
          • Kesian Kemal, dah la dia tengah tunggu kelahiran anak sulung. 
          • Dah tu, dari tengahari sampai ke petang kitorang buat repot polis, uruskan kete, anta ke workshop etc2.
          • 1st time gak aku naik lori towing.
          • Hari pertama pose plak, aku uruskan Indon kat Klang. Berjam2 kat sana, sampai tekak ku haus.
          • Nasib baik, hari ketiga, semua ok.
          • Bukak pose untuk Ramadhan kali ni, aku lebih banyak berbuka dengan air dari makanan. Sampai kembung perut minum air, then tak larat dah nak makan.
          • Ade seminggu, fon aku tak henti2 orang call bertanyakan bangunan yang aku uruskan, kadang2 satu tengah on fon, 3-4 waiting.
          • Sampaikan sehari aku perlu cas henpon 2-3 kali.
          • Time interview pon jenuh gak, bayangkan terpaksa interview hampir 30 orang dalam sehari, memang kering tekak aku.

          Ni kete Kemal yang eksiden, takdela teruk sangat, tapi hati kitorang luka teruk
           

          Friendly Blogger Award

          Salam,

          Aku dapat ni dari Isma, nasib baik ade 2 hari lagi pose ha2. Ok dia ade soalan2, so aku jawabla eh.

          1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur:
          Nape 7 je?. Banyak aku nak listkan ni ha2:
          1. Kueh2, cam, seri muka, donat, popia, karipap sardin saiz XXXL, bingka ubi, pisang goreng, cucur udang, cekodok pisang, adoi, memang banyakla.
          2. Lauk campur, cam, sambal sotong, gulai lemak siput sedut, rendang ayam, sambal belacan, patin gulai tempoyak etc2.
          3. Air cendol ngan kelapa ngan tebu
          4. Soto or bakso ayam
          5. Kalau sahur biasenye telur mata kerbau ngan roti or omelette, maklumla, dok bujang he2.
          6. Nasi briyani kambing
          7. Murtabak gemok

          2) Berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda:

          Indra
          Kemal
          Isma
          Ani
          Nana
          Wani
          Kak Fiza
           

          Salam Kemerdekaan Ke-53


          Salam,
          • Baru2 ni kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Jadi ada beberapa isu yang aku nak kemukakan.
          • Kita dijajah selama 446 tahun, namun baru mencapai ulang tahun yang ke 53 tahun, kita seolah2 rapuh.
           ISU PERKAUMAN & AGAMA
          • Kenape isu ni makin melampau? Aku tengok ada beberapa sebab:
          1. Parti politik yang nakkan sokongan, seolah2 dia la hero untuk kaum tertentu.
          2. Pihak yang sebenarnya faham, tapi buat2 tak faham berkenaan hak keistimewaan bumiputera.
          3. Kerajaan yang terlalu berlembut dengan pihak yang bangkitkan isu perkauman
          • Kita boleh bersatu untuk Palestin demi agama Islam, tapi kenapa kita tak boleh demi Malaysia dengan bersandarkan Islam?
          • Masalah diburukkan lagi dengan parti2 politik yang menggunakan agama demi survival sendiri.
          • Malah kita sesama Islam dan Melayu sendiri penuh dengan hasad dengki.
          EKONOMI
          • Lately ringgit agak kukuh jika nak dibandingkan dengan dolar Amerika
          • Namun subsidi yang sangat tinggi terpaksa dibelanjakan untuk rakyat, malah Malaysia merupakan negara yang tertinggi di dunia yang memberikan subsidi kepada rakyatnya berbanding KDNK, dan kita masih dan akan sentiasa merungut.
          • Teringat kata-kata Prof Nordin Kardi sewaktu aku hadiri konvensyen keusahawanan, Malaysia diuruskan secara politik, tetapi Singapura diuruskan seperti sebuah syarikat, sebab itu mereka jauh meninggalkan kita.
          • Tapi bersediakah kita?
          • Bagi aku, mentaliti rakyat Malaysia belum sejauh tu.
          • Sebab majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu yang lebih gemar makan gaji berbanding cina yang lebih suke berniaga sendiri.
          • Tapi, still, kita boleh memulakan langkah. GLC adalah rancangan yang bagus, tapi masih dibelenggu dengan nepotisme dan kronisme, termasuk politik yang melampau.
          • Jadi, bersediakan kita?
           

          Hanya secebis nota


          Salam,

          Lame dah tak update blog ni. Actually terlalu banyak benda nak citer, tapi disebabkan mase yang terhad menyebabkan tak sempat nak mengolah ayat. Kalaulah ade PC or laptop yang boleh menafsirkan ape yang aku nak stori, hampir tiap2 hari aku nak update blog ha2.

          Anyway, tinggal 2 hari lagi untuk kita sambut merdeka. Mari kite sesame kibarkan Jalur Gemilang dan hayati makna kemerdekaan secara tersurat mahupun tersirat. Selain tu, kita juga menghampiri 10 hari terakhir Ramadhan yang mengandungi malam Lailatul Qadar. Tak perlu nak bercerita lagi kelebihan malam ni, kite semua sedia maklum. Same2la kite beribadat sebab tak tentu lagi kite akan hidup di kemudian Ramadhan. Sekian.