Fitrah hidup: Kewangan

Salam,

Baru2 ni ada ternampak status kawan kat FB, lebih kurang macam ni maksudnya “Gaji RM10k sebulan baru tak serabut kepala aku”.


Percaya tak, sebenarnya kalau gaji RM50k sebulan pon takkan cukup. Sebab kita manusia ni mane pernah cukup.

Ambil contoh, katakan gaji RM1k sebulan. Kita pon pakai motosikal EX5, dok menyewa rumah flat. Time tu kita pon terfikir kalau gaji RM2k kan senang.

Katakan la Allah makbulkan doa kita. Kita dinaikkan pangkat dan gaji ke RM2k. Time tu kita pon rasa selesa, then angkat Myvi contohnya. Dan kita pon stat cari rumah servis apatmen yang sewanya mahal sikit. Akhirnya setelah beberapa bulan, kita mula rasa terbeban kembali dengan bayaran bulanan. Mula la kita pon cakap dalam hati, gaji RM5k sebulan kan best.

Ditakdirkan Allah kita dimurahkan rezeki, dapat gaji RM5k sebulan. Kita pon tukar kereta, Accord contohnya. Rumah pon cari atas tanah dah. Still, at the end, masih merungut. Perkara ni akan berterusan hatta gaji kita RM100k sekalipon. Bezanya, kita lebih selesa dengan material yang kita ada, dari motosikal ke Mercedez, dari rumah flat ke banglo. Tapi, faktor kewangan masih membelenggu, bukan kerana tak cukup, tapi kita yang tak puas.

Tapi, bak kata Nabi Muhammad, beribadatlah seolah2 sudah tiada esok lagi, dan bekerjala seolah2 kita hidup seribu tahun lagi. Aku scroll ke bawah lagi, akhirnya terjumpa status yang baik untuk kita renungkan. Sekian.


Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Fitrah hidup: Kewangan ini dipublish oleh abcdef pada hari Friday, February 24, 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Fitrah hidup: Kewangan
 

0 Penggossip Liar: