Tahniah Malaysia!!



Kita JUARA!!!

 

Good Luck Malaysia!

GOOD LUCK FOR 2ND LEG FINAL AFF SUZUKI CUP TONIGHT!
MALAYSIA BOLEH!
 

Trip Ke Selatan le plak

Salam,
  • Taun lepas sebagaimana yang aku dah cite kat dalam blog ni (Klik Sini), kitorang 1 famili ke arah pantai timur untuk bercuti. Kali ni plak, alang2 Angah bertunang kat Muar, kitorang terus gi holiday ke arah selatan plak aka Johor.
Adik2 pompuan aku. Sume masih available
  • Holiday kali ni 3 hari, 18 sampai 20 Disember 2010, dengan disertai oleh famili Pakcik Zaidi, Pakcho, dan Ucu Yahud. Afta setel Angah bertunang kat Muar, kitorang terus gerak ke Ayer Hitam untuk soping. Bole tahan best soping kat sini, tapi still mahal la berbanding aku gi ke Rantau Panjang. Tapi, still, abes duit aku bersoping kat situ hu3.
Adik2 ngn adik sedara kat Ayer Hitam
  • Afta that, kitorang sume gerak terus ke Skudai untuk cek in rumah bujang aku kat sane. Jimat kos tak payah sewa hotel ha2. Tapi memandangkan rumah tu dah kena tinggal dekat 5 bulan, sekali menapak, amek itam tapak kaki dek debu2 kat lantai. Dalam peti ais plak, beku gile dah ikan kembung dengan sosej yang tinggal dalam tu ha3. Blom lagi air dalam tangki, dah berkarat2 ha2.
  • Ok enuf about my house, back to the topic, afta bergotong royong membersihkan rumah, kitorang kuar dinner, then terus ke Danga Bay untuk lepak2. Kat sane aku sewa 1 basikal roda empat, RM39 untuk 45 minit. Boleh plak naik 6 orang. Part paling best bile nak daki bukit, menjerit2 kayuh basikal tu ha2. Tak lupe kitorang bergambar kat sane, sampai rumah dah dalam 1.30am.

Depan Pantai Lido kat Danga Bay
Beskal roda 4

  •  Soknye Ahad, kitorang gerak ke Nusajaya dulu. Saje tengok2, tangkap gambo kat sane. Tapi yang peliknye kat kamera aku takde gambo kat sini.
  • Then kitorang gi ke Gelang Patah, Pakcik Zaidi dah beriya2 nak makan otak-otak.
  • Pastu terus ke JB, area Tambak Johor. Nak masuk Singapore tak sempat, pastu bukan sume ade paspot, so bergambar je la berlatarbelakangkan Singapore tu.
My mama n ayah tersayang
 
Ini kugiran band mane pon aku tak tau
  • Penat bergambo, kitorang menuju ke Desaru plak. Kat tengah jalan, kitorang singgah kat mane tah untuk lunch, tapi kebetulan kat lauk-pauk tu ade rendang belangkas. Aku sambar yang tu la.
  • Menjelang kol 3pm, sampai kat Desaru. Tapi hati luluh kecewa melihat bendera merah yang maknenye aku tak dapek la nak mandi kat situ hu3. 
Pakcik Zaidi buat gaya comel

Sebab tak dapat mandi, sentuh air pakai kaki pon jadila hu3
  • Nak balik ke JB, jem teruk kat Kota Tinggi. Sebab tak sanggup, tengok GPS plak tak dapat jalan dalam, kitorang pon tanye orang kat stesen minyak. Kebetulan 1 famili ni nak ke JB lalu jalan dalam, so kitorang folo diorang jek.
  • Ntah cane, tayar kete orang tu meletup plak tengah jalan. Nasib baik takde pape. Kitorang pon stop tepi jalan, tolong diorang. Ye la, dah orang tu menolong kitorang, takkan la kitorang main tinggal jek. Mentang2 mase tu GPS dah detect jalan balik he3.
Aku tolong tengok mula2, kuar je anak dara orang tu, baru aku tunjuk skill

  •  Sampai JB dah 7.30pm. Malam tu afta dinner, masing2 terus tetido. Tak sempat dah nak atur mane nak tido, masing2 dah penat gile ha2.
  • Sok paginye, aku gi opis sat kat Tampoi Utama, then dalam 11am terus gerak ke Melaka. Actually cadang nak ke Endau-Rompin, nak jumpa jiran lama. Tapi tak jadi sebab jiran tu takde kat umah plak.
  • Sampai Melaka dalam 2.30pm, lewat sket sebab exit dari highway tu jem nak ke bandar.
  • Kat sane, jalan2 kat Banda Hilir je. Actually dah bosan kat Melaka ni, tapi sebab bawak adik sedara, Una, sian dia, kitorang bawakla ke sini.
Depan kapal Mavi Mavara

  •  Afta jamak solat Maghrib ngan Isyak, kitorang terus gerak balik ke Jeram. Sepanjang highway tu kebetulan hujan lebat, jalan dah tak nampak, memang aku drive fokus gile2. Singgah R&R Seremban, otak aku dah sembab.
  • Pas sambung perjalanan, dapat plak berita bas 2 tingkat terbalik n ramai mati. Seram sejuk gak driving mase tu. Sebab, bas ngan lori memang laju2 kat highway tu.
  • Tapi Alhamdulillah, akhirnye sampi gak ke Jeram dalam jam 1.10am (Isnin malam Selasa).
  • Basically, total journey dalam 1231km, minyak dalam RM250 (2000cc), tol dalam RM100. Save kat penginapan sebab ade rumah kat sane. Mungkin korang boleh plan perjalanan based on these data.
  • InsyaAllah kalau panjang umo, taun depan ke Utara plak, mungkin dengan pertambahan ahli famili yang baru plak he3.
 

Adikku Melangkah Bendul

Baru lepas menghantar adik bertunang kat Muar. Now kat Ayer Hitam. Entri penuh akan menyusul kemudian memandangkan bateri henpon dah kong.
----------------------------------------
Salam, Sabtu lepas dah selamat majlis pertunangan adik aku aka Angah aka Aswad ngan awek dia (sebelum bertunang tu la) si Saleha aka Leha. Alhamdulillah sume dah setel.

Majlis berlangsung kat rumah Leha kat Jalan Parit ape tah, tapi tempat tu afta Parit Jawa but before Parit Sulong, kat Muar, Johor. Dengan menggunakan tema merah dan hitam selaras ngan kaler moto dan kete dia, adik aku menghantar sebanyak 17 dulang, manakala belah pompuan sebanyak 16 dulang dengan menggunakan kaler hijau putih.

Memang pelik bilangan dulang tu. Asalnya 7 berbalas 9, tapi dah sedara mara dengan jiran maran pon topap hantaran tu menjadikan bilangan dah lari dari niat yang asal. Tapi takpela, benda tu adat jek, bukan dalam rukun pon.

Rombongan pihak laki sebanyak 24 orang dengan menyorong 6 bijik kete, dari jumlah tu, 5 adalah wakil dari kampung dan selebihnya adalah sedara mara. Setelah berbincang tentang jangka masa bertunang, duit hantaran, dan lain-lain, akhirnya Mama pon menyarungla cincin kat jari Cik Leha.

Semua dah ok, so tinggal Angah kena cari duit untuk kawen dan life afta kawen je la hehehe. Tahniah untuk adikku!

P/s: Kita ade bagi pelangkah kat belah pompuan, mana pelangkah untuk belah laki???

Bergambo kat rumah sebelum bergerak.
Tengah negotiate keh3
Menyarung cincin
Hantaran dari belah pompuan
Comei gile budak ni hehehe
Mama dengan bakal besan
Bole pandang2 tapi masih tak bole pegang2 tau
Aku pon nak amek berkat ha3


 

KLIMS 2010 - Motorshow bukan Tigershow

Akhirnye pameran ni muncul jua afta bertaun2 aku menanti since yang pertama dulu. Sangat EXCITED

Aku gi berdua, berdua kan lebih baik. Naik plak komuter, tak ramai orang, aku pon gangjal (janggal). Rerupenya hari yang aku gi tu (cuti awal muharam), frekuensi komuter dah ditambah. Patutla seronok je aku naik komuter, padahal selama ni asyik memaki hamun hehehe. Nape tak bawak kete?. Well, malas nak drive, lagi2 kat pameran camtu konpem jem, nak cari parking lagi. Adeh.

Tapikan, aku malas nak taip bebanyak. Korang bole tengok kat blog member aku Si Cik Isma ni la. Klik kek SINI eh.

Ok moh kite tengok gegambo!

Beli tiket dapat air preeee
Adoi. Tengok umat manusia yang tersangat ramai ni
Yeap. Ini kereta yang aku tungu, EMAS
Lotus!
Dari tepi mantap Bezza ni, tapi dari depan ngan belakang cam tak best plak
Ini adalah kete IDAMAN aku!
i-Miev, comeiiii
Joke of the show!. Ni cam budak tadika main tampak2 kertas
  • Basically, aku rase cam hampeh je motorshow kali ni, kalau takat kete yang dah ada atas jalan raya berlambak2 tak perlu la nak tayang.
  • Kete konsep pon tak banyak.
  • Aku rase kali ni konsep dia 'Green' kot sebab sume promot hibrid.
  • Asyik2 pompuan seksi depan kete.
  • Rating aku bagi 2 jek dari 5 bintang.
 

MAHA 2010

Eksyen je ni keh3

Salam,
Akhirnye, ada masa gak aku nak update entry kat blog ni dalam keadaan bersenang2. Ok, kite terus lintas langsung ke Serdang untuk same2 menjengah MAHA 2010.

Basically, ni 1st time aku dapat attend MAHA sebab mungkin dulu busy or ade hal yang membuatkan aku tak dapat datang. Dan, untuk MAHA kali ni, aku datang sebanyak 4 kali, on 29Nov, 30Nov, 2Dec, dan 4Dec. Aku terpakse datang banyak kali sebab tak banyak masa aku dapat luangkan sebab datang afta opis hour padahal expo tersangatla beso. So a few experiences i wanna kongsi2:

  • Expo MAHA ni sangat best dan berbaloi (kalau tak best takdela aku sanggup datang banyak kali ye tak?)
  • Expo terbahagi kepada beberapa bahagian seperti 4 dewan utama untuk produk/hasil termasuk makanan dan kosmetik, 1 bahagian untuk tanaman buahan, 1 bahagian untuk tanaman hiasan, 1 bahagian rumah2 negeri (untuk pameran produk2 dari tiap2 negeri), 1 bahagian untuk ternakan, dan 1 lagi bahagian untuk jualan ala2 pasar malam. Dan setiap bahagian tu memerlukan masa minimum kira2 4-5 jam untuk diluangkan.
  • Dari 4 kali yang aku datang tu, aku masih tak sempat menjengah ke bahagian ternakan dan jualan ala2 pasar malam tu. So sad.
  • Aku tabik spring kepada organizer, flow expo sangat bagus termasuk menyediakan tram (bajak dan bas) untuk ke parking dan rumah2 negeri & bahagian ternakan.
  • Banyak peluang untuk orang Melayu berniaga kalau pandai merebut peluang tersebut, malah, boleh dikatakan hampir 70-80% exhibitor adalah orang Melayu.
  • Ada beberapa teknologi dan penemuan dipamerkan, tapi sejauh mana para peniaga / pengusaha dapat memanfaatkan teknologi tersebut?
  • Yang bestnye jugak, banyak benda yang aku soping, beratus gak la abes, tapi yang susahnya sebab mesin2 ATM yang diletakkan area pameran semua 'out or service'.
  • Finally, aku rase best dan seronok gi ke expo ni. Next exhibition kalau takde aral, konpem aku gi lagi. 
  • Aku bagi rating 4.5 dari 5 bintang.
Cempedak yang best

    Patutnye ade 4 tiket sebab 4 kali gi, tapi 1 lagi manetah dia merayau.

     

    Salam Hijrah

    Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432H pada kawan2 semua. Moga tahun mendatang lebih baik dari yang lepas, insyaAllah....

    *maaf sebab dah lama tak update, terlalu busy dengan hal famili & kerja.