Adikku Melangkah Bendul

Baru lepas menghantar adik bertunang kat Muar. Now kat Ayer Hitam. Entri penuh akan menyusul kemudian memandangkan bateri henpon dah kong.
----------------------------------------
Salam, Sabtu lepas dah selamat majlis pertunangan adik aku aka Angah aka Aswad ngan awek dia (sebelum bertunang tu la) si Saleha aka Leha. Alhamdulillah sume dah setel.

Majlis berlangsung kat rumah Leha kat Jalan Parit ape tah, tapi tempat tu afta Parit Jawa but before Parit Sulong, kat Muar, Johor. Dengan menggunakan tema merah dan hitam selaras ngan kaler moto dan kete dia, adik aku menghantar sebanyak 17 dulang, manakala belah pompuan sebanyak 16 dulang dengan menggunakan kaler hijau putih.

Memang pelik bilangan dulang tu. Asalnya 7 berbalas 9, tapi dah sedara mara dengan jiran maran pon topap hantaran tu menjadikan bilangan dah lari dari niat yang asal. Tapi takpela, benda tu adat jek, bukan dalam rukun pon.

Rombongan pihak laki sebanyak 24 orang dengan menyorong 6 bijik kete, dari jumlah tu, 5 adalah wakil dari kampung dan selebihnya adalah sedara mara. Setelah berbincang tentang jangka masa bertunang, duit hantaran, dan lain-lain, akhirnya Mama pon menyarungla cincin kat jari Cik Leha.

Semua dah ok, so tinggal Angah kena cari duit untuk kawen dan life afta kawen je la hehehe. Tahniah untuk adikku!

P/s: Kita ade bagi pelangkah kat belah pompuan, mana pelangkah untuk belah laki???

Bergambo kat rumah sebelum bergerak.
Tengah negotiate keh3
Menyarung cincin
Hantaran dari belah pompuan
Comei gile budak ni hehehe
Mama dengan bakal besan
Bole pandang2 tapi masih tak bole pegang2 tau
Aku pon nak amek berkat ha3


Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Adikku Melangkah Bendul ini dipublish oleh abcdef pada hari Saturday, December 18, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 5 komentar: di postingan Adikku Melangkah Bendul
 
Reactions: