Diskriminasi! Wahaha

Salam,

Sekarang ni baru aku tau nape cam susah je kalau nak kawen. Mau taknya, untuk majlis yang paling sederhana pon perlu minimum RM10k. Tu pon yang paling cikai la, kalau nak up sket, dan sempurna minimum RM15k. Kalau nak best sket RM20k-25k dan kalau nak meriah dan senang (katering) dalam RM30k. Kalau yang kat hotel dan mewah2 tu, korang pikir sendiri la ha2.

Tu pon belum masuk duit hantaran kepada belah pompuan (kalau korang lelaki la kan), pastu barang2 kemas lagi, barang2 untuk hantaran lagi. Senang cite untuk total koman2 pon RM25k-RM30k gak la. Nak pengsan kan?.

Alhamdulillah, hasil aku ikat perut selama setaun lebih bekerja (April tahun ni genap 2 tahun), dapatla simpan sket2 untuk kawen dan tak perlulah aku nak berhutang kat bank or sapa2.

Tapikan....ada tapinya lagi.....

Umah aku kat kampung tu kecik je, kecik bebeno la. Kebetulan ayah dapat beli rumah sebelah beberapa tahun lepas. So cadangnye nak sambungla sebelum majlis, selesa la sket, ye tak?

Since duit aku dah abes ke majlis, so takde choice, aku kenela pinjam bank untuk renovate umah tu. Nak pinjam tak banyak pon, bape kali gaji aku je. Tapi since aku ni keje swasta, bukan kerajaan mahupon GLC, nak pinjam tu punyelah payah. Orang keje kerajaan gaji tak sampai seribu pon boleh pinjam berpuluh2 ribu, aku ni yang keje swasta dapat pinjam bape ribu je. Tu pon nak dapatkan yang hanya beberapa ribu tu, macam2 kene buat, leceh gila.

Nasib baiklah aku ni ade buat bisnes renovate umah gak, so that aku nak renovate umah tu dapatla kos yang paling minimum. 

Tapi memang tak pelikla kalau baca kat paper arini, ramai kakitangan kerajaan yang hutang keliling pinggang, ye la, proses terlalu mudah, pinjam plak bukan sikit2. So sendiri kene mau ingatla. Kita kerja ni kena anggap hidup macam seribu tahun lagi, beribadat seolah2 tiada masa lagi. Jadi plan hidup tu kene btol2, ingatan untuk diri aku sendiri.

Cume harap sangat loan aku lepas, kalau tak sianla tetamu aku berasak2 dalam umah aku yang kecik tu nanti. Ye la, aku ni pekerja swasta, diskriminasi sungguh! ha3
 

Hari Pertunanganku (29 Jan 2011)

Salam,
Alhamdulillah, akhirnya aku dah bertunang dengan gadis pilihan aku sendiri, Nor Fadzilah Bt Abd Kahar di rumah beliau kat Kg Endah, Banting pada 29 Januari 2011. Pada kawan2 ex SMKA Kuala Selangor dan MRSM Kuala Berang konpem kenal kitorang ha2. Kat blog ni je aku uploadkan gambar2 ni, kat FB nanti gambar secara general je. Untuk walimatulurus, nantikan je kad undangan dari pihak kami. Terima kasih kepada semua yang  telah menjayakan majlis, famili, sedara mara, jiran2, kawan2 semua.



* Gambar credit to Tytien!
 

Kematian berturut2

Salam,

Atok
Selepas kematian Tokwak laki dan perempuan dalam jarak hanya beberapa bulan, atok belah ayah aku plak menyusul. Tapi Alhamdulillah sebab sebelum dia meninggal, maghrib semalamnya tu aku sempat bacakan Yasiin untuk arwah. Arwah meninggal sebab sakit tua, umur pon dah dekat 90 tahun. Tapi semasa hayatnya, arwah merupakan seorang yang cekal.

Baby Amal
Seminggu lebih lepas tu, Amal, anak sulung Kemal plak meninggal sebab kompilasi masalah pernafasan. Disebabkan aku rapat dengan ayahnya, jadi aku dah anggap Amal ni macam anak sendiri. Dah sebulan dia kat hospital, parents dia, Kemal ngan Ramza pon dah berserah. Akhirnya Amal pergi jugak. Aku dapat berita ni masa aku tengah shopping kat Sogo. Rasa macam nak pitam pon ada time tu, betapa aku sayang sangat kat Amal. Even masa aku tengah tulis blog ni pon, air mata aku bergenang.Tapi di sebalik tu, ade hikmahnya, Amal pergi dalam keadaan suci tiada dosa. 

Ucu Sarum
Seminggu lepas Amal meninggal, pakcik aku plak, Ucu Sarum meninggal Ahad baru-baru ni. Arwah dah sakit sejak seminggu sebelum puasa tahun lepas. Habis kulit dia menggelupas semua, dengan sendi-sendi sakit-sakit. Tapi hingga ke akhir hayat, doktor tak tau penyakit yang sebenar.

Aku kehilangan orang-orang yang rapat dengan aku dalam jarak yang terlalu dekat. Memang sangat sedih, tapi Allah lebih sayangkan mereka. Ya, kematian itu sangan dekat. Al-Fatihah.....