Salam,
Atok
Selepas kematian Tokwak laki dan perempuan dalam jarak hanya beberapa bulan, atok belah ayah aku plak menyusul. Tapi Alhamdulillah sebab sebelum dia meninggal, maghrib semalamnya tu aku sempat bacakan Yasiin untuk arwah. Arwah meninggal sebab sakit tua, umur pon dah dekat 90 tahun. Tapi semasa hayatnya, arwah merupakan seorang yang cekal.
Baby Amal
Seminggu lebih lepas tu, Amal, anak sulung Kemal plak meninggal sebab kompilasi masalah pernafasan. Disebabkan aku rapat dengan ayahnya, jadi aku dah anggap Amal ni macam anak sendiri. Dah sebulan dia kat hospital, parents dia, Kemal ngan Ramza pon dah berserah. Akhirnya Amal pergi jugak. Aku dapat berita ni masa aku tengah shopping kat Sogo. Rasa macam nak pitam pon ada time tu, betapa aku sayang sangat kat Amal. Even masa aku tengah tulis blog ni pon, air mata aku bergenang.Tapi di sebalik tu, ade hikmahnya, Amal pergi dalam keadaan suci tiada dosa.
Ucu Sarum
Seminggu lepas Amal meninggal, pakcik aku plak, Ucu Sarum meninggal Ahad baru-baru ni. Arwah dah sakit sejak seminggu sebelum puasa tahun lepas. Habis kulit dia menggelupas semua, dengan sendi-sendi sakit-sakit. Tapi hingga ke akhir hayat, doktor tak tau penyakit yang sebenar.
Aku kehilangan orang-orang yang rapat dengan aku dalam jarak yang terlalu dekat. Memang sangat sedih, tapi Allah lebih sayangkan mereka. Ya, kematian itu sangan dekat. Al-Fatihah.....
0 Penggossip Liar:
Post a Comment