Review: Hikayat Merong Mahawangsa





Salam,

Kali ni aku nak review fasal cite Hikayat Merong Mahawangsa, memang dah agak lambat, tapi nak buat cemana, dah aku sendiri baru tengok. Kalau tak buat review cam tak best plak sebab cite ni menerima banyak hype setahun sebelum ditayangkan (tapi takdela hype tu macam filem 2 Alam haha).

Sinopsis tu korang bole carik sendiri la eh. Aku nak buat kesimpulan je, atas pertimbangan aku yang bukannya pakar sinema ni sebab dulu apply kos sampingan Sinema Malaysia kat uni tapi tak dapat sebab kuota dah full.

KELEBIHAN

  • Jalan cerita dia memang best, lagi2 sebab tak ramai Melayu hari ni yang tau sejarah fasal Melayu tu sendiri. Memang tiap2 jalan cerita akan ada tokok tambah, tapi line movie ni tak lari dari hikayat yang sebenar.
  • Bahasa sepanjang jalan cerita yang indah. Memang best dengar tiap2 baris kata diorang.
  • Hero tu memang sesuai la bawak watak tu walaupun sekadar menghafal skrip dalam Bahasa Melayu. (aku macam perasan ade anak Miskin, si Jehan dalam cite ni).
  • Kesan khas (CGI) dia memang gempak gile. Memang belum betul2 setanding Hollywood, tapi Hollywood dulu pon bukan terus power macam hari ni. Mesti bermula dari step bawah gak. Kecuali cite The Terminator 2 dengan Star Wars yang tetibe muncul dengan menggunakan engine yang paling canggih pada zaman tersebut. Tapi kalau korang tengok cite X-Men Origins: Wolverine pon still nampak kekartunan diorang mase diorang fight kat atas empangan.

KEKURANGAN

  • Aku macam surprised sebab tak jauh dari pantai ade air terjun, memang tak mustahil, tapi biasenye jarak dia agak jauh.
  • Bab weapon pakai cermin tu memang lawak seh haha. Idea menarik tapi fire dengan menggunakan cermin tu dan musuh immediately terbakar, aku rase agak tipu la. Memang betul cermin tu apabila dipantulkan cahaya akan menyebabkan haba, tapi kesan dia agak lama.
  • Fight antara hero dah best, tapi kalau korang perasan, fight orang2 yang melatari hero memang nampak sangat berlakon haha. Patutnya pengarah kena alert gak dengan watak2 lain tu.

Kesimpulannya, nak buat cite camni memang kene fikir masak2 dari segi market sebab tengok set dia pon tau dah memang telan banyak kos. Nak harapkan market kat Malaysia ni bape kerat sangatlah. Tapi KRU dari dulu memang aku respek dengan strategi diorang. Bayangkan dia dapat penetrate sampai 70++ negara thru movie ni. Papepon aku rate movie ni 4/5.

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Review: Hikayat Merong Mahawangsa ini dipublish oleh abcdef pada hari Sunday, April 3, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Review: Hikayat Merong Mahawangsa
 
Reactions: 

3 Penggossip Liar:

Reen said... | April 5, 2011 at 12:11 PM

best ea? tu ah nak tgok aritu tapi member xnak. kitorang layan world invasion.

abcdef said... | April 5, 2011 at 2:57 PM

not bad la,berbaloi dgn duit yg kite kuarkan utk beli tiket....ala kawan nurin tu omputih,mane nak tgk cite melayu haha

Reen said... | April 8, 2011 at 4:48 PM

tak putih manenye punnn,, haha