Kisah Aku & Isteri - Part 4

Salam,
Em, ok sambung yang lepas punye hehe. Tak lama pastu kami berhubung thru FB (kira FB ni berguna la gak kan). Chat2 je kat chatbox tu. Tapi tak selalu sangat la sebab aku sendiri jarang ada kat ofis. 

Kebetulan weekend minggu pertama kitorang chat tu ada majlis kahwin Kamarina kat area Kg Gajah dan Yasmin (ex-SMKAKS) kat Bukit Kapar on 3 Oktober 2010. Tak sempat jumpa kat majlis Kamarina sebab aku lewat sampai, tapi bila sampai kat majlis Yasmin, Dila ngan kawan2nya dah nak balik. Tapi aku sempatla ajak dia bergambar sekali, walaupun sebelum tu dia dah bergambar. Nasib baik dia agree.

Ok, dia sudi bergambar sekali lagi hehe (kat majlis Yasmin)

Next weeknye plak, kebetulan ada majlis kawen Fauzani (ex-SMKAKS gak) plak kat Ijok. Kitorang jumpa ler plak kat sana. Balik dari majlis tu, Dila ngan Suliza ajak lepak kat Pantai Remis. Aku pon setuju je. Peluang2 hehe.

Ni plak kat majlis Fauzani

Kat sana bincang nak panjat Bukit Broga next weeknya. So pelan nak gi ngan sapa, pukul brapa nak gerak, kat mana nak berkumpul etc2. 

To be continued…next part is the final part haha…

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kisah Aku & Isteri - Part 4 ini dipublish oleh abcdef pada hari Thursday, August 11, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kisah Aku & Isteri - Part 4
 
Reactions: 

0 Penggossip Liar: