Persiapan Aidilfitri 1432H/2011M

Salam semua,

Lately aku memang malas dan ketidakberapaupayaan nak tulis blog disebabkan kerja yang agak banyak ala-ala program explorace. Tu belum ditambah lagi dengan beberapa kali aku bertekak dengan beberapa orang yang susah nak paham dan keras kepala. Then, beberapa hari ni plak aku agak demam, flu dan sakit kepala. 

So macam mana Ramadhan yang hampir berlalu? Aku so far puasa ok la tak tinggal, cume terawih ada la beberapa malam yang tertinggal, lagi2 kalau siang tu aku kerja teruk. Tadarus pulak, selain kat ofis ada la baca sendiri lebih banyak dari bulan2 yang biasa. Qiamulail baru sempat sekali je hehe.

Macam mana plak dengan persiapan raya? Aku raya kali ni duit banyak abes kat kete. Repair dan tukar beberapa part kat kereta tu dah dekat RM1.4k. Nasib baik baju raya isteri dah beli dan dah tempah. Baju raya sendiri tak sempat beli sebab nak tunggu gaji. Ye la, duit dah abes. Thanks to my wife yang belanja aku 2 helai baju hehe. Duit raya plak baru hari ni tukar, nasib baik masih ada bank yang masih ada stok dengan sedara mara yang sudi menukar duit dengan kami. Bahan2 nak buat kueh raya dah beli, tapi tak tau la sempat ke nak buat ni haha. Cadangnya nak buat tart nenas dengan biskut cornflakes. Tapi tengokla, kot2 akhirnya kueh tunjuk ke hehe.

Ok that's it. Tengkiu hehe

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Persiapan Aidilfitri 1432H/2011M ini dipublish oleh abcdef pada hari Thursday, August 25, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Persiapan Aidilfitri 1432H/2011M
 
Reactions: 

2 Penggossip Liar:

Reen said... | August 26, 2011 at 9:10 AM

nak buat kuih ke nak suruh orang buat kuih?? haha

abcdef said... | August 26, 2011 at 4:22 PM

buat sendiri la haha....kak dila pndi buat...klu nak join jom la dtg rumah along, kitorg buat ahad ni