Let's Berexplorace!

Kelmarin, Selasa (27/9/2011) hari yang terlalu busy untuk aku dan isteri. Pagi tu aku pergi ke Damansara untuk setelkan urusan PTPTN ke sistem Ujrah. Isteri plak amek surat tawaran kuarters since dia dapat offer, afta that, dia kena provide semua dokumen yang diperlukan.

Setel kat Damansara, aku terus ke tempat kerja isteri untuk sama2 setelkan deposit api, air dan rumah. Masa tu dah jam 2pm. Memang harap sangat supaya hari tu gak boleh dapat kunci, alang2 isteri dah amek cuti separuh hari. Memandangkan tempat nak bayar deposit air ngan api tu kat tempat yang berbeza, kami pon dah macam explorace la. Mula2 pergi cari tempat potostet, then pergi bayar deposit air, pastu ke TNB plak bayar deposit api. Nasib baik pergi 2 orang, sebab nak parking cukup main susah. Sampai di tempat nak ambil kunci dah 4.40pm. Nasib baik orang tu masih ada mood nak layan. Akhirnya dapat gak kunci. Alhamdulillah...

Afta that terus ke rumah, saje nak tengok dan plan apa yang patut. Bila masuk rumah, memang puas hati la. Ruang dalam agak luas, then almari kat master bedroom pon dah tersedia, kitchen cabinet pon ada, tv cable, even gas pipe pon ada, memang perfect la. View dari tingkap rumah plak memang cantik. Aku gembira bila tengok isteri aku gembira :).

Kuar dari rumah, cepat2 gerak ke Banting plak sebab nak jenguk ayah kawan yang masuk ICU sebab terjatuh. Waktu melawat tamat 7pm, kitorang sampai 6.55pm. Memang nasib baikla sempat lagi jenguk. Then berkejar plak ke Morib untuk berbuka since aritu kitorang puasa 6, dan hari tu ialah hari keenam.

Sampai rumah mak, memang terasa penatnya sebab asyik berkejar. Tapi apepon puas hati sebab banyak benda dapat setel hari tu. Antaranya:

  1. Aku dapat setel urusan penukaran ujrah.
  2. Kami suami isteri dapat setelkan urusan rumah kuarters.
  3. Dalam masa yang sama, aku submit dokumen2 untuk urusan pembelian sebuah rumah. Hopefully bank lulus la, insyaAllah.
  4. Sempat jenguk Pakcik Basri yang koma di ICU dan melawat kawan tu.
  5. Abeskan pose enam dan berbuka bersama isteri di pantai Morib.
Masa bayo deposit air nampak ni. Korang berani minum air dari paip? kih3

Time amek kunci

Sang isteri cek kot2 ade lipas

Ruang tamu dengan view yang not bad


Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Let's Berexplorace! ini dipublish oleh abcdef pada hari Friday, September 30, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Let's Berexplorace!
 
Reactions: 

3 Penggossip Liar:

syahidahfouat said... | September 30, 2011 at 1:41 PM

wahhh dah pindah rumah baru :)

Reen said... | September 30, 2011 at 1:45 PM

kalau xplorace kurus takpe longggg.haha..ni explore2 makan :P hihih

abcdef said... | September 30, 2011 at 3:16 PM

Syidah: Rumah baru mmg best, tp nak kuar duit byk2 tu yg x bape best haha
Rin: Time bahagia ni mmg susahla nak slim :p