Ahad ni Cikgu Azimawati, cekgu add math mase aku blajo kat Qber dulu kawen. Aku memang dari dulu baik dengan cekgu ni. Sampai sekarang pon masih kontek. Aku nak gi majlis kawen dia. Tapi sape nak ikut ni???
Retreat Company
Baru2 ni company aku buat retreat kat Crystal Crown Kepong, 3 hari 2 malam. Then dibahagi ke beberapa group ikut companies, contoh cam aku Fairpark Corporation Sdn Bhd, ade bawah Global Tourism Network Sdn Bhd (GTN), ade Global Medic Network Sdn Bhd (GMN), ade bahagian farmasi. Just nak rileks2 & ade gak la post mortem untuk taun ni & plan untuk taun depan. Sebelum ni aku selalu attend kursus2 usahawan, so slalu gak buat business plan aka rancangan perniagaan (RP), then present. Cume kali ni berbeza sket, sebab aku perlu realistik untuk buat RP sebab ianya melibatkan bisnes yang real, di alam yang nyata. Kalau dulu main hanya beberapa figures, tapi kali ni figures yang agak banyak.
So, kesimpulan dari retreat hari tu, program tu macam konvensyen budak2 universiti pon ade sebab sume muda2. Lagi satu, aku suke sebab makan kat sane best2 gile hahahahaha.
Rangkuman aksi luar negara!
Suara Siswa
Tadi aku menonton Suara Siswa kat TV1. Selalu gak aku tengok program tu. Malam ni diorang bawak topik tentang pertembungan budaya Malaysia dengan Indonesia. Ade satu part tu memang buat aku tergelak. Lebih kurang camni bunyinye:
Panel: Bla....bla....bla... (bercakap pasal seni budaya Malaysia dengan penuh bersemangat)
Moderator: (sambil mencelah), anda sendiri minat tentang seni warisan budaya kat Malaysia ni?
Panel: (dengan penuh yakin) Ya!
Moderator: Anda minat tentang tarian apa di Malaysia ni?
Panel: (terdiam beberapa saat, then menjawab) zapin (jawab dengan muka langsung x konpiden)
Nampak sangat nak menipu ha2. Ada 3 panel, dari 3 universiti yang berlainan. 2 orang panel lain jawab dengan bersahaja, tapi panel yang sorang ni try untuk menonjolkan diri dengan nada suara yang agak janggal. Bagi aku, dia tak sepatutnye berlakon. Cubela untuk jadi diri sendiri. Aku bukan skeptikal or pesimis dengan orang2 yang camni, tapi .ayat yang dilontarkan takde point langsung. So, aku tunggu untuk talk yang seterusnye.....
Ironi
Last week aku gi ke TM Point Kajang untuk daftar dan beli nombor untuk 4 tempat yang berlainan. Aku gi ngan bos aku, Abg Bal. Before tu penah gi gak, just nak amek borang dan pegawai yang bertugas dah remind awal2 kalau nak beli nombor fon, kene datang awal sebab kalau lewat sket, takut talian busy. So aku pon gi la awal (tapi takdela awal sangat sebab banyak keje lagi nak buat).
Kat sana pas nunggu beberapa minit, tibe turn kitorang. Setel dengan dokumen sume, tibe mase untuk beli nombor fon. Walaupon line agak lembab, tapi akhirnye berjaya gak beli 8 nombor fon yang berlainan. Tapi masalah dari segi booking. Nasib baik officer yang layan kitorang tu, Cik Fauziah bole call kawan dia untuk block nombor2 tu dari dibook oleh orang lain.
Ape yang aku pelik, keadaan ni agak ironi sebab TM sebagai penyedia line tepon ngan streamyx patutnye dapat kawal masalah line ni. Mungkin orang akan bercakap yang TM gak ada kelemahan. Tapi kalau kite bisnes, macam mane kita nak yakinkan orang tentang produk kite sedangkan kite sendiri ade masalah ngan produk tu?.
Cume aku bagi kredit tahniah kat Cik Fauziah yang entertain kitorang aritu sebab dia memang sangat profesional. Walaupon layan kitorang dekat sejam setengah, tapi dia tetap cool dengan senyuman dan cara dia explain sume memang bagus. Then bole plak layan lawak kitorang he2. BTW aku harap sume petugas2 kaunter boleh contohi dia ni.
Satu gambo ni aku tangkap mase tengah tunggu turn. Tu pon sebab aku suke gile dengan tema keorenan dia he2.
Rakan Muda Khidmat Masyarakat @ Zoo Negara
17 Oktober lepas aku join aktiviti Kelab Rakan Muda (KRM) Parlimen Kuala Selangor, Khidmat Masyarakat kat Zoo Negara. JV ngan KRM Klang untuk budak2 under program Kampung Baru. So total dalam 60 orang peserta.
Sampai kat Zoo Negara dalam 9.40am, tapi pihak Zoo Negara dengan nada berlagak diorang cakap dah tak boleh buat aktiviti sukarelawan sebab waktu makan dengan waktu membersih kandang dah tamat. Tapi hasil negotiation, akhirnye diorang bersetuju. So kitorang masuk pakai pintu belakang untuk urusan pembahagian kumpulan & penyerahan tugas.
Diorang dibahagikan kepada 6 kumpulan, setiap satunye diberikan kandang masing2, contoh ade yang dapat kandang cimpanzi, buaya, harimau bintang etc2. Tugas diorang membersihkan kandang2 tu, then menyediakan makanan untuk binatang2 tu sambil dipantau oleh kakitangan zoo.
Bagus program camni, aku baru tau Zoo Negara memang ade program sukarelawan pade sesiapa yang berminat. Tapi tu tanggapan awal je. Akhir program, aku rase ni kali terakhir buat program sukarelawan kat Zoo Negara. Kakitangan2 zoo tu buat peserta2 sume macam hamba abdi, siap marah2 ngan tengking2. Aku harapkan something yang positif, tapi hasil negatif. Patutnye sambil diorang memantau, sambil tu diorang bagila info sket2 pasal kandang tu, habitat binatang tu ke, nape binatang tu camtu, nape camni. Tapi sume berlagak gile. Dah la tengking budak2 tu depan kitorang. Aku memang terkilan la.
Aku ingat nak ajak pembaca2 sume join aktiviti sukarelawan kat sane. Tapi aku rase, aku batalkan niat tu. Sebab nanti asyik kene maki dan dijadikan kuli jek. BTW, ni sket pics untuk tatapan....

Sticker yang kitorang sume dapat, so dapat masuk pree he2
Eksen jak!
Ni kandang buaya, termasukla buaya darat 2 orang ni
Kak Fiza ngan kawan2 baru dia termasuk pakcik ular
Afta program
P/s: Thanks to Kak Fiza sebab supply gambo2 he2
Subscribe to:
Posts (Atom)