Salam Kemerdekaan Ke-53


Salam,
  • Baru2 ni kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Jadi ada beberapa isu yang aku nak kemukakan.
  • Kita dijajah selama 446 tahun, namun baru mencapai ulang tahun yang ke 53 tahun, kita seolah2 rapuh.
 ISU PERKAUMAN & AGAMA
  • Kenape isu ni makin melampau? Aku tengok ada beberapa sebab:
  1. Parti politik yang nakkan sokongan, seolah2 dia la hero untuk kaum tertentu.
  2. Pihak yang sebenarnya faham, tapi buat2 tak faham berkenaan hak keistimewaan bumiputera.
  3. Kerajaan yang terlalu berlembut dengan pihak yang bangkitkan isu perkauman
  • Kita boleh bersatu untuk Palestin demi agama Islam, tapi kenapa kita tak boleh demi Malaysia dengan bersandarkan Islam?
  • Masalah diburukkan lagi dengan parti2 politik yang menggunakan agama demi survival sendiri.
  • Malah kita sesama Islam dan Melayu sendiri penuh dengan hasad dengki.
EKONOMI
  • Lately ringgit agak kukuh jika nak dibandingkan dengan dolar Amerika
  • Namun subsidi yang sangat tinggi terpaksa dibelanjakan untuk rakyat, malah Malaysia merupakan negara yang tertinggi di dunia yang memberikan subsidi kepada rakyatnya berbanding KDNK, dan kita masih dan akan sentiasa merungut.
  • Teringat kata-kata Prof Nordin Kardi sewaktu aku hadiri konvensyen keusahawanan, Malaysia diuruskan secara politik, tetapi Singapura diuruskan seperti sebuah syarikat, sebab itu mereka jauh meninggalkan kita.
  • Tapi bersediakah kita?
  • Bagi aku, mentaliti rakyat Malaysia belum sejauh tu.
  • Sebab majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu yang lebih gemar makan gaji berbanding cina yang lebih suke berniaga sendiri.
  • Tapi, still, kita boleh memulakan langkah. GLC adalah rancangan yang bagus, tapi masih dibelenggu dengan nepotisme dan kronisme, termasuk politik yang melampau.
  • Jadi, bersediakan kita?

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Salam Kemerdekaan Ke-53 ini dipublish oleh abcdef pada hari Saturday, September 4, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Salam Kemerdekaan Ke-53
 

0 Penggossip Liar: