Nak duit raya!

  • Actually tajuk tu takde kaitan pon ngan entry ni hi2. Lame gile tak update blog, sebab busy berpose, busy nak raya, busy beraya, busy collect duit raya, busy menghulur duit raya, busy makan ketupat raya, lemang raya, serba serbi busy la. Akhirnye malam ni nak cite gak.
  • Opis bagi cuti start Khamis, tapi Rabu tu dah half day. Kembali bekerja on Rabu gak.
  • Aku balik kampung Rabu malam tu, Khamis pagi gerak ke kampung atok.
  • Hari Khamis, hari gotong royong masak segala makanan, rendang, ketupat, etc2. Lemang aku beli, tinggal panaskan jek keh3.
  • Malam raya, saje gi ke pekan Tg Karang, nak tengok ragam orang sebelum beraya. Jam 11.30pm, orang masih macam semut, ramai gile. Aku sempat sound brother yang jual air, sebab dia cakap air tembikai, tapi aku rase totally air sirap.
    • Jumaat RAYA!!!!.
    Raya pertama

    Raya kedua
      • Macam biase, dan macam taun2 lepas gak, beraya ke rumah sedara2 dari raya pertama hingga ketiga.
      • Macam biase gak, rumah paling aku suke pegi rumah Tok Uda, sebab dia ada ramai daughters dan sume pon cun.
      • Hari raya pertama, Angah terlanggar kucing. Hari raya kedua, aku hampir terlanggar kucing. Hari raya kedua tu gak, Angah terlanggar kucing lagi. Ish3
      • Raya kali ni tangkap paling banyak gambo sebab excited pakai DSLR.
      • Raya kali ni aku dapat 'anak buah', tunggukan kemunculannya!
      • Duit paling banyak mengalir pon raya kali ni gak. Mau taknye, untuk kete je aku dah spent dekat RM1k sob3. 
      • Tapi raya kali ni gak terpaksa berjimat cermat, sebab November nanti ade trip ke Langkawi, seminggu pastu ke Terengganu plak. Disember plak Angah akan bertunang, pastu famili nak gi holiday ke bahagian Selatan plak (tahun lepas ke Pantai Timur, Kelantan, Terengganu ngan Pahang). Korang paham2 je la bape banyak blanje nak kene kuar ho3.
      • Sabtu baru ni buat open house, aku cakap datang dalam 1pm-7pm, tapi 12.30 tengah malam pon masih ade orang datang ha2.
      • Dah, tu je, ha2.

        Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

        Artikel Nak duit raya! ini dipublish oleh abcdef pada hari Monday, September 20, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Nak duit raya!