Salam,
- Taun lepas sebagaimana yang aku dah cite kat dalam blog ni (Klik Sini), kitorang 1 famili ke arah pantai timur untuk bercuti. Kali ni plak, alang2 Angah bertunang kat Muar, kitorang terus gi holiday ke arah selatan plak aka Johor.
Adik2 pompuan aku. Sume masih available |
- Holiday kali ni 3 hari, 18 sampai 20 Disember 2010, dengan disertai oleh famili Pakcik Zaidi, Pakcho, dan Ucu Yahud. Afta setel Angah bertunang kat Muar, kitorang terus gerak ke Ayer Hitam untuk soping. Bole tahan best soping kat sini, tapi still mahal la berbanding aku gi ke Rantau Panjang. Tapi, still, abes duit aku bersoping kat situ hu3.
Adik2 ngn adik sedara kat Ayer Hitam |
- Afta that, kitorang sume gerak terus ke Skudai untuk cek in rumah bujang aku kat sane. Jimat kos tak payah sewa hotel ha2. Tapi memandangkan rumah tu dah kena tinggal dekat 5 bulan, sekali menapak, amek itam tapak kaki dek debu2 kat lantai. Dalam peti ais plak, beku gile dah ikan kembung dengan sosej yang tinggal dalam tu ha3. Blom lagi air dalam tangki, dah berkarat2 ha2.
- Ok enuf about my house, back to the topic, afta bergotong royong membersihkan rumah, kitorang kuar dinner, then terus ke Danga Bay untuk lepak2. Kat sane aku sewa 1 basikal roda empat, RM39 untuk 45 minit. Boleh plak naik 6 orang. Part paling best bile nak daki bukit, menjerit2 kayuh basikal tu ha2. Tak lupe kitorang bergambar kat sane, sampai rumah dah dalam 1.30am.
Depan Pantai Lido kat Danga Bay |
Beskal roda 4 |
- Soknye Ahad, kitorang gerak ke Nusajaya dulu. Saje tengok2, tangkap gambo kat sane. Tapi yang peliknye kat kamera aku takde gambo kat sini.
- Then kitorang gi ke Gelang Patah, Pakcik Zaidi dah beriya2 nak makan otak-otak.
- Pastu terus ke JB, area Tambak Johor. Nak masuk Singapore tak sempat, pastu bukan sume ade paspot, so bergambar je la berlatarbelakangkan Singapore tu.
My mama n ayah tersayang |
Ini kugiran band mane pon aku tak tau |
- Penat bergambo, kitorang menuju ke Desaru plak. Kat tengah jalan, kitorang singgah kat mane tah untuk lunch, tapi kebetulan kat lauk-pauk tu ade rendang belangkas. Aku sambar yang tu la.
- Menjelang kol 3pm, sampai kat Desaru. Tapi hati luluh kecewa melihat bendera merah yang maknenye aku tak dapek la nak mandi kat situ hu3.
Pakcik Zaidi buat gaya comel |
Sebab tak dapat mandi, sentuh air pakai kaki pon jadila hu3 |
- Nak balik ke JB, jem teruk kat Kota Tinggi. Sebab tak sanggup, tengok GPS plak tak dapat jalan dalam, kitorang pon tanye orang kat stesen minyak. Kebetulan 1 famili ni nak ke JB lalu jalan dalam, so kitorang folo diorang jek.
- Ntah cane, tayar kete orang tu meletup plak tengah jalan. Nasib baik takde pape. Kitorang pon stop tepi jalan, tolong diorang. Ye la, dah orang tu menolong kitorang, takkan la kitorang main tinggal jek. Mentang2 mase tu GPS dah detect jalan balik he3.
Aku tolong tengok mula2, kuar je anak dara orang tu, baru aku tunjuk skill |
- Sampai JB dah 7.30pm. Malam tu afta dinner, masing2 terus tetido. Tak sempat dah nak atur mane nak tido, masing2 dah penat gile ha2.
- Sok paginye, aku gi opis sat kat Tampoi Utama, then dalam 11am terus gerak ke Melaka. Actually cadang nak ke Endau-Rompin, nak jumpa jiran lama. Tapi tak jadi sebab jiran tu takde kat umah plak.
- Sampai Melaka dalam 2.30pm, lewat sket sebab exit dari highway tu jem nak ke bandar.
- Kat sane, jalan2 kat Banda Hilir je. Actually dah bosan kat Melaka ni, tapi sebab bawak adik sedara, Una, sian dia, kitorang bawakla ke sini.
Depan kapal Mavi Mavara |
- Afta jamak solat Maghrib ngan Isyak, kitorang terus gerak balik ke Jeram. Sepanjang highway tu kebetulan hujan lebat, jalan dah tak nampak, memang aku drive fokus gile2. Singgah R&R Seremban, otak aku dah sembab.
- Pas sambung perjalanan, dapat plak berita bas 2 tingkat terbalik n ramai mati. Seram sejuk gak driving mase tu. Sebab, bas ngan lori memang laju2 kat highway tu.
- Tapi Alhamdulillah, akhirnye sampi gak ke Jeram dalam jam 1.10am (Isnin malam Selasa).
- Basically, total journey dalam 1231km, minyak dalam RM250 (2000cc), tol dalam RM100. Save kat penginapan sebab ade rumah kat sane. Mungkin korang boleh plan perjalanan based on these data.
- InsyaAllah kalau panjang umo, taun depan ke Utara plak, mungkin dengan pertambahan ahli famili yang baru plak he3.
2 Penggossip Liar:
wah time ko bercuti sama ngan time aku cuti la.
weh ko ada umah kat sane ker?tapi part ikan dalam freeze tu tak agak2 oo
aku kan ade projek kat sane, so mmg ade umah kat sane...tp since aku ade projek kat bangi ni, dah berbulan la rumah sane kene tgl...tu yg ikan jd camtu
Post a Comment