Hello There

 Salam,

Dah lama tak update blog. Memang lately busy, tapi tak update blog ni lebih kepada faktor M.A.L.A.S. Banyak yang nak diceritakan, tapi brief je la hehe.

Tax aka Cukai dan kaitan dengan Buku
Last 2 weeks, aku beli buku Conversations With Mahathir Mohamad: Giants of Asia kat MPH JJ Taman U, Skudai. Selama ni aku memang minat membaca, even setahun aku akan belanja sekurang2nya RM500 -RM1000 untuk buku jek. Ahad baru2 ni plak baru beli buku The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad: A Doctor In The House. Aku memang minat autobiography or management. Memang agak berat, tapi worth dengan duit yang kita keluarkan.

Then terpandang la kat iklan depan kaunter tu untuk simpan resit supaya dapat deduct masa bayar tax nanti. Since terpandang iklan tu, aku pon balik, then simpan resit tu elok2. Kot2 nanti kena bayar tax, bolehla dapat diskaun. Ye la, katela kene tax RM500, tapi dah bayar zakat RM300, ade baki RM200 lagi, kita boleh mohon diskaun since ade resit buku tu. Tapi aku tak pastila kalau kita dapat diskaun totally dari jumlah pembelian buku, atau ada kaedah tertentu, seperti hanya 1/2 dari jumlah buku ke etc2.


Promosi Siti Nurhaliza
6 Mac, aku gi la ke Plaza Angsana, JB, saje jalan2 sebab kebosanan sorang2 kat rumah. Tak sangka plak ade promosi barangan Simply Siti kat sane, since baru aritu tengok blog Cik Isma pasal dia dengan Siti. So that aku saje la g ke area promosi tu. Orang memang ramai gile la. Aku malas la nak berhimpit2, so tengok dari jauh je. 

Kebetulan mase aku nak gerak g ke tempat lain, rombongan Siti pun datang, sekali dengan ramai bodyguard dan guard soping mall tu. Kebetulan dia lalu betul2 sebelah aku, dapatla aku tengok dengan jelas. Sian kat orang2 tempat promosi tu, berasak2, tapi aku rilek2 je dapat ushar dekat2. Gambar Siti tu ade, tapi kat umah le plak. Nantila aku upload. Gambar orang bersesak2 je ade.


Ceramah Keibubapaan Dr Fadzilah Kamsah
Ceramah ni diadakan Sabtu yang lepas, 12 Mac 2011. Aku bawak mak aku, then temankan dia. So aku dengar la sekali. Kat sana memang ramai kaum ibu ngan bapak je la. Tapi aku steady je.

As usual, ceramah dia memang best, walaupon kadang2 agak lucah, tapi, dah namanya keibubapaan, mestila termasuk sekali hubungan suami isteri. Aku plak kadang2 malu, tapi itu namanya ilmu hehe. Banyak yang aku belajar dari ceramah dia 3 jam lebih tu. Nak cite kat sini, aku malas nak taip ha2.



Aku Marah Cina Tua
Ahad tu nak balik ke JB, aku tertinggal bas. So aku gi la ke kaunter bas tu, nak tanye bile bas tu gerak, sebab tiket tulis 4.30pm, aku sampi terminal tepat2 4.30pm, tapi bas dah takde.

Kebetulan tengah tanye tu, datang cina ni, pompuan, lingkungan 50an. Dia jerit kat budak kaunter "Selaman Selaman". Semua tak paham la. Dia cakap lagi "Selaman Selaman" kuat2, seolah2 berteriak. Kawan budak kaunter tu cakapla "Segamat kot", sekali cina tu jerit "Selaman la!". Aku yang tengah tensen sebab terlepas bas terus cakap "Hei aunty, u cakap bahasa melayu pon tak betul, mau marah orang lain! U brape lame dok Malaysia?!". Dia terus tenung aku. Ade aku peduli?. Hasilnye, rupenya "Seremban"!

Yup aku memang kurang ajar ngan orang tua mase tu. Tapi dia pon kurang ajar. Dah la aku tengah tensen.  So sorry ye auntie. Nasib baik bas tu singgah kat S.Alam before ke JB. So sempatla aku kejar ke S.Alam tu, since aku terlepas kat Klang Sentral tu pon baru beberapa minit.

Okes tu je la kot. Nanti aku tulis lagi keh3. Salam....

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Hello There ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, March 16, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan Hello There
 
Reactions: 

3 Penggossip Liar:

Reen said... | March 22, 2011 at 5:36 PM

bole tak nak pnjam buku mahathir tu? hahaha,, nak beli tak cukup dwet. sharing is caring :P

abcdef said... | March 23, 2011 at 7:32 PM

bole,sejam singgit haha...along baru bace half, x bape ade mase nak bace...nnt dah abes along pnjmkan

isma said... | March 24, 2011 at 12:20 AM

last year nye resit aku simpan sbb nk bayar tahun ni nye tax.nanti tgk cana dorang bayar penuh or half?mintak2 la penuh.muahaha