Last 3 weeks (almost), ha, dah dekat 3 minggu baru nak cite..ce cite...ce cite...aku akhirnya masuk ke Singapore, kebetulan kawan dari Bangi datang, terus aku ajak diorang bergojet ke sana. Dah lama aku nak masuk ke sana, tapi takda kawan. Ye la, macam aku cakap dulu, kang aku masuk sorang2, sapa nak tangkapkan gambo aku?. Lagipon paspot aku expired November nanti, so mungkin paling lewat boleh pakai sampai Mei nanti je.
Since Noey ngan Zam ade function kat JB ni on weekend, kitorang pon gerak ke sana pas solat Jumaat. Pas park kete kat Persada, kitorang masuk ke JB Sentral untuk naik bas ke Woodlands, then terus ke Queen Street. Tapi disebabkan masing2 pon first time masuk, memang lawak gile la, macam orang kampung masuk bandar. Mula2 konpius, kene beli tiket bas katne, tanye brother imigresen tu, dia cakap 'bas tambang bang'. Kitorang pon afta lepas imigresen, cari bas tu 1 hal gak, tak tau nak naik bas yang mana. Pas buat muka tebal tanya2 orang, last2 kitorang naik bas SJE. Tambang murah je, RM2.50 untuk sampai ke Queen Street.
Sampai kat imigresen Singapore, bas akan stop untuk penumpang turun cop paspot. Pas cop semua, tunggu bas tu balik. Tapi yang lawaknya, kitorang asyik beratur kat line yang salah. Last2 line yang ketiga baru betul,, adoi memang peningla.
Tengah tunggu bas right afta cop paspot kat imi Singapore |
Mula2 memang best, lancar je jalan, tapi last2 jem teruk, kitorang sampai Queen Street dah kol 4.30pm. Then, masing2 tak tau nak gi mana dah haha. Kitorang pon donlodla aplikasi SingGuide kat henpon, then terus gi ke Bugis Street. Kat sini ala2 Petaling Street la. Macam2 barang ada. Apa yang aku perati, kalau jam tiruan, casing henpon, souvenirs kat sini lebih murah dari Malaysia. Contonhya aku beli magnet yang lekat kat fridge tu RM4 je, biasa kat sini RM7-RM10. Casing henpon untuk IPhone RM20, berbanding sini RM40. Baju2 lebih kurang dengan harga sini. Tapi buah-buahan kat sana agak mahal la, kebanyakannya 2 kali ganda dari harga sini.
Disebabkan kelaporan, kitorang cari kedai makan, tapi nak cari kedai Melayu mak aiii, susah nak mampos, dah macam kat Hong Kong plak (padahal tak penah gi Hong Kong). Kebetulan kat situ ade Burger King tapi kitorang masih ragu2, tapi ade plak kapel Melayu Singapore ni melintas kitorang, terus kitorang tahan dan tanye diorang samada Burger King tu halal ke tak. Diorang konpiden jawab halal, then tengok plak dalam tu, ada muslim tengah makan, kitorang pon bedal je la sambil berserah haha.
Kononnya nak gi ke Sentosa, tapi nak gi ke Sim Lim Square dulu, nak cari IPad2. Sim Lim Square ni macam Low Yat la kalau kat Malaysia ni. Tapi pas beli IPad 2 tu, jam dah 9.30pm. Masalahnya kitorang tak tau last bus kol bape. Nak gi ke Sentosa dalam 45 minit kalau naik bas or MRT. So last2 kitorang balik ke Queen Street, tunggu bas, balik ke JB. Sampai JB dalam 11pm.
Walaupon dapat masuk kejap je, tapi ok gak la, pasni kalau nak masuk lagi dah tau cane dan tau nak gi ke mana. Masa kat sane kitorang sempat singgah ke Board of Tourism diorang. Layanan memang superb la, orang tu terang satu persatu mane tempat yang best dan how to get there. Siap bagi banyak pamplet sampai aku pening haha. Tapi yang bagusnye, pamplet tu suma ade tulis pakej2 yang ditawarkan, so pasni nak gi dah boleh rancang perbelanjaan. Mungkin pas kawen nanti aku nak pergi ke Universal Studio kat sane.
Err....abes suda keh keh keh
2 Penggossip Liar:
end year baru aku masuk singapore weh.hihi
sedia duit byk2 weh haha
Post a Comment