Kepenatan

Salam,

Lama sangat tak update blog sebab terlalu busy ngan kerja, renovate rumah kampung tu ngan persiapan majlis kawen tak lama lg. Tiap2 saat terkejar2, tapi hari ni ada kesempatan sikit untuk menaip dengan tak brape nak ngantok. Before ni ada gak masa lapang sikit, tapi tak larat nak tulis sebab kepenatan.

1. Kerja
Sekarang ni kerja tetibe berlambak pulak. Tapi nak buat cane, kang tak kerja takde plak duit. Aku dah la tak lama lagi nak jadi suami orang, takkan nak bagi bini makan pasir plak. Redha je la...

2. Renovate rumah
Menjelang majlis tak lama lagi, dengan kewangan yang semakin terhad, aku pon start renovate rumah 2 minggu lepas. Alhamdulillah, segala2nya hampir siap, kecuali wiring yang akan siap Jumaat ni. Tapi sepanjang 2 minggu lebih ni hampir tiap2 hari aku ulang-alik Bangi-Jeram. Sampai rumah dah jam 2-3 pagi. Penat jangan cakapla, tapi nak buat cane, majlis aku gak.

3. Majlis kahwin
Aku admit, majlis ni aku agak hilang focus since terlebih fokus kat 2 perkara kat atas. Nasib baik Mama telah bertindak sebagai 'wedding planner', so banyak perkara Mama yang uruskan. Tapi still ade certain2 perkara yang aku uruskan macam kad kahwin, hiasan bilik pengantin, banner, etc2.

Err..tinggal 2 hari lagi ni, abesla zaman bujang untuk aku bersuka ria. Pasni dah ada teman kat sisi. Hopefully boleh tunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, insyaAllah :)

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kepenatan ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, May 25, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Kepenatan
 

0 Penggossip Liar: