Salam,
1 negara malam tadi demam bola dek game Malaysia menentang Singapura yang akhirnya berkesudahan seri 1-1 dan team lawan layak ke pusingan ketiga. Kalau kita lihat yang tersurat memang sedih, tapi sebenarnya banyak yang tersirat disebalik perlawanan tersebut. Ni antara yang aku nampak la:
- Apek, Kunalan, dan Safee memang berada di kelas tersendiri. Jauh meninggalkan kualiti player lain. Tapi mungkin Safiq, Aidil dan Idlan Talaha pon sama, sayangnya diorang tak dapat main (kecuali Aidil yang main sekejap).
- Walaupon kalah, tapi sejak zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, rasenye malam tadi stadium kembali penuh dengan para penyokong pasukan negara. Tu belum kira yang tak berjaya dapat tiket walau 2 hari beratur, contohnya macam aku (tapi despatch la yang tolong belikan).
- Rasenye masa Safee score tu, 1 Malaysia bergegar kot dek rakyat yang melompat kegirangan.
- Time ni boleh tengok rakyat yang berbeza ideologi dapat bersatu dan time ni gak kita dapat rasa betapa tingginya tahap patriotik kita.
- Memang betul Singapura banyak pemain import, tapi kalau Malaysia nak main di Piala Dunia, pemain import Singapura tu hanya secebis dari kualiti Piala Dunia. Macam mana nak main kat Piala Dunia kalau lawan yang ada separuh pemain kualiti luar pon kita bising. Ni belum jumpa Spain yang bukan setakat pemain utama, malah pemain simpanan diorang pon berkelas dunia. Jadi nak tak nak, Malaysia kena improve lagi permainan. Still, long way to go.
- Singapura main banyak pura2 injured, sepatutnya kita dah jangka keadaan camni akan berlaku memandangkan diorang yang leading. Jadi mental kena kuat.
- First time sepanjang aku jadi fanatik bola, dapat tengok skill bicycle kick berirama. Nice try!
- Kat wall FB aku malam tadi, 95-98% status adalah tentang game tersebut haha.
Bicycle Kick berirama *Gambar diambil dari FB Selangor Fanatik |
Ok, sekian laporan dan analisis dari saya Haji Has-bola Awang.
1 Penggossip Liar:
tambah lagi sorang yang rambut karat tu.apa ntah nama dia.dia pun hebat tu.
nantikan update ku org yg duk kat stadium.haha best gila wei!!
Post a Comment