Weekend oh weekend

Sejak kawen ni, tiap2 kali weekend, aku ngan isteri mesti ade je program. Jarang sangat balik kampung, samada kampung aku atau kampung dia, kitorang dapat dok rileks2. Nak2 lagi time raya ni, sakan berjalan hehe.

Semalam je 5 tempat kitorang pegi untuk penuhi undangan samada open house, open restaurant or open parking haha. Hari ni sambung lagi, tapi 3 tempat je, 1 majlis kahwin, 2 lagi majlis sempena hari raya. 

Actually kat majlis2 camni, selain dapat makan free, satu lagi perkara yang aku suka ialah dapat tengok ramai baby2. Kalau dapat pegang, peluk cium tu memang bonus la hehe. Suka sangat2!

2 hari ni gak selain beraya sakan, kitorang suami isteri cari barang2 keperluan rumah, maklumla tak lama lagi nak dok sama dah selepas beberapa bulan PJJ afta kawen hehe. Tapi yang kritikal ialah bedroom set ngan washing machine je. Yang lain2 insyaAllah dah ada. Perabot2 lain pon hampir semua dah ada. Tinggal nak sewa lori je angkut barang2 dari rumah bujang ni.

Tapi ye la, dah suami isteri cerewet, banyak kedai gak kitorang pegi, banyak set gak kitorang ushar, tebal telinga dengar macam2 bebelan salesperson, tapi next time la baru amek. Duit pon belum nak ada sangat ni, sebab next week nak gi honeymoon kali ketiga plak kat Langkawi hihi. 
Ok, sampai sini je la ye. Kalau yang baru kawen tu, bagus berjalan2 dengan pasangan sementara masih berdua ni. Dah ada anak nanti leceh skit nak berjalan hehe. Ok cheers!

Di rumah Kak Rosa (Opismet isteri)

Open restaurant kat Legends Claypot Briyani House

Baby Umairah

Baby Izah

Kenduri kawen Nabil

Majlis sambutan aidilfitri di Arked MARA Kajang

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Weekend oh weekend ini dipublish oleh abcdef pada hari Monday, September 26, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Weekend oh weekend