Alhamdulillah, Ahad lepas 8 Januari 2012 dah selesai majlis kesyukuran merangkap housewarming kat umah aku. Walaupon aku dan isteri sangat penat menyediakan juadah dan mengemas rumah, tapi rasa semua tu berbaloi.
Jam 11.30 pagi sedara mara dah ready untuk baca Yaasin sempena masuk rumah baru dan tanda kesyukuran atas kehamilan isteri yang dah 4 bulan lebih. Abes bacaan Yaasin, dalam jam 12 tengahari semua start2 makan. Time tu gak kawan2 dan sahabat handai mula datang ke rumah kami.
Dari jam 12 hingga 7 malam, tak putus2 kawan datang. Senang cerita memang meriah gile. Aku gak sediakan kerusi sebanyak 20 unit ngan meja 4 unit kat luar. Ye la, rumah ni bukannye beso sangat. Nasib baik kawasan luar agak luas. Paling best masa ramai2 tengok TV semasa final Terbuka Korea, Chong Wei lawan Lin Dan. Memang takkan lupa time tu, lagi2 masa match point dan akhirnya Chong Wei menang. What a unforgettable moment!.
Special thanks kepada ayah, mama, dan adik2 aku, famili mertua aku, makcik2 dan pakcik2 aku, makcik2 dan pakcik2 isteri aku kerana telah menyumbang idea dan tenaga, seterusnya berkenan membacakan Yaasin untuk kami. Juga kepada kawan2 sekolah, kawan2 ofis, paling terharu kepada kawan2 kampung di Jeram yang dari jauh datang ke majlis. Tak lupa kawan2 kampung, kawan2 sekolah dan kawan2 ofis isteri yang juga telah datang memeriahkan majlis. Pada yang tak sempat datang, lain kali boleh datang lagi, anytime. Tapi make sure bagitau dulu, kalau tak, alamat makan biskut cicah milo je la hehe.
Thanks once again!.
|
Ready untuk bacaan Yaasin |
|
Baby |
|
Mak mertua ngan cucunya |
|
Abes baca Yaasin kita berkudap |
|
Mama ngan CIkta bergosip di dapur |
|
Kawan kampung wife, Tytien dan Su |
|
Sana tu asyik tengok badminton, yang kat sini sibuk bergosip |
|
Belah2 pompuan |
|
My best friends, Ecah dan Kemal ngan isterinya, Ramza dan baby diorang, Amalina |
|
Isteri dengan kawan2 universiti |
|
Pakcik Zaidi pencabar aku bab2 makan ni |
|
Mohd Izzat, baru beberapa hari keluar menjenguk dunia |
|
Antara tetamu yang datang |
|
Aku tengok dia sorang2 tengah nak belajar solat, skali bila dia perasan aku, terus dia malu haha..comel je |
|
Amalina A'isyah...comel sangat8! |
Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi
Artikel
Housewarming ini dipublish oleh
abcdef pada hari
Thursday, January 12, 2012. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada
3 komentar: di postingan
Housewarming
3 Penggossip Liar:
aiseh, banyaknya makanan, rugi pulak tak dapat datang hehe. next time maybe :)
Tu sebahagian je, ada 1 meja kecik lagi utk letak spagheti ngn serawa durian dan roti hehe...
wahhh best bangeett... lagi2 bab tengok chong wei tuuu.. haha ooo sana bergembira , sini struggling jawab paper counseling! haha. nak makan jugakkkkkk.. eh anak kemal comel ! :<3
Post a Comment