Aduhhhhh....

Ape la tak bestnye minggu ni....dah la Selangor tak dapat masuk semi final Piala Malaysia, ManU plak kalah tadi hu3...
 

Raya (Syawal 1430H)

Baru nak tulis pasal raya taun ni. Walaupon Syawal dah berlalu, tapi aku tak kira, nak tulis gak ha2. Sebelum ni busy sangat sampai lame tak update blog dan jenguk blog kawan-kawan. Weekdays penuh dengan kerja, weekend plak full dengan majlis kawen kawan-kawan & open house. Memang sebulan yang menggemukkan he2.

Papepon sedikit trivia untuk raya kali ni:


  • Raya kali ni aku beraya kembali kat kampung halaman selepas beraya kat Sarawak taun lepas.
  • Fisrt time beraya sebagai orang yang dah berkerjaya, cewah he2
  • So, kene la menghulur duit raya, adeh!
  • Raya kali ni gak terpaksa spent 4 angka untuk sambut termasuk baju raya, duit raya, petrol raya (nak jalan2) etc2 (pokai eden).
  • Aku bagi adik2 aku Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN sebanyak 5 unit disebabkan 3 faktor:
  1. Padan muka diorang x boleh beli topap ha2
  2. Konpemla terpaksa simpan duit tu
  3. Kot2 bole menang BMW or Merc ke he2
So, memang tak banyak nak diceritakan. Bawah ni sket2 gambo yang nak disharekan....



Barisan perajurit2 negara yg tengah beraya



Soh buat candid pon masih skema ha2



Familiku famili oren



Famili Pakcho, coklat?



Barisan petugas2 Celcom Blue, famili Pakcik Zaidi



Pakcho & Udin tengah berbincang pasal planet Zargus



Ni contoh perangai kaum hawa di pagi raya ha2



Mira, Ikin & Angah



Mama & Mimi



With Maksu



Satu2nye duit raya yang aku dapat ha2



 

Kartun/Animasi

Baru beberapa hari lepas aku ngan housemate aku menonton muvi G-Force (sinopsis kat SINI), tapi kat umah je la. Memang best cerita tu, bak kate Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, kalau nak tenangkan fikiran, nak enjoy, tengok cerita kartun/animasi. Sebab kite akan tergelak walaupon sedikit.




Tapi kali ni bukanla aku nak ulas pasal pro & kontra muvi ni. Sebab aku bukanla pengkriti filem or penerbit filem or yang sewaktu dengannya. Just nak berkongsi cerita pengalaman tengok animasi ni pada waktu sekarang berbanding mase kecik-kecik dulu.

Dulu kalau tengok kartun memang best. Otak pon takde pikir ape-ape. Just enjoy myself. Tapi sekarang, mungkin disebabkan sudah dewasa, otak plak pandai menilai mane yang betul mane yang palsu, ditambah dengan sedikit pengetahuan pasal kartun or animasi tersebut, pengalaman tu makin kurang menyeronokkan.

Contoh macam G-Force ni, memang seronok tengok diorang beraksi, tapi tetap terlintas yang sume tu hanyalah generated dari komputer. So persepsi dan keseronokan tu dah berkurangan. Kalau mase kanak-kanak dulu, memang 100% kene tipu, tapi keseronokan tu total.



Mungkin orang boleh cakap, kite kene buang persepsi tu. Tapi ianya bukan semudah makan ABC cendol yang best tu. Walau ape yang aku try buat, tetap akan muncul pemikiran 'hebat btol grafik komputer diorang ni' he2. Tapi takpela, nak buat cemana, aku pon dah dewasa he2.

So, pada yang tak tengok lagi cite tu, gi la tengok, ajak kawan-kawan or famili. Chow Pra Ya!
 

Hampir 2 tahun tapi rupanya masih macam ni....

Pagi tadi aku balik dari site dengan Kemal, singgah kat CIMB sat, nak cucuk duit untuk beli materials untuk kerja-kerja site. Keluar dari kereta, melintas satu Savvy putih, dan Kemal perasan orang yang di dalam Savvy tu. Pas Kemal bagitau sape, aku terus ekori kereta tu, dan memang konpem tu la orang yang aku cuba untuk lupakan selama ni.

Tak tau kenapa selepas hampir 2 tahun, aku masih macam ni. Aku ingat aku dah ok, dah boleh lupakan segala apa yang dah berlaku, tapi rupanya tak. Jantung aku masih berdegup kencang, badan aku masih menggigil tatkala melihat si dia keluar dari kereta. 2 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap. 2 tahun macam-macam boleh berlaku. Tapi 2 tahun rupanya tak ade ape yang berubah. 

Ya Allah, tolong berikan aku kekuatan....Amiiin.....
 

Oh myself!

Aku baru balik dari outstation ke Tangkak-JB selama 2 hari. 2 hari yang memenatkan tapi terlalu banyak pengalaman yang aku dapat.

Syukur....lepas aku abes belajar, bukan je aku dapat peluang untuk apply ape yang aku belajar selama ni, tapi gak peluang untuk mengembangkan potensi diri sendiri. Apa yang penting cemana untuk aku deal dengan semua orang, untuk deal dengan segala masalah.

Bukan semua orang dapat peluang macam ni, so, pergunakan segala ilmu yang ada, segala skill yang diasah untuk berjaya dalam 2 tahun mendatang. Good Luck!
 

GempaBumi aka EarthQuake hu3

Actually nak berstori pasal raya taun ni, tapi disebabkan aku masih tak dapat koleksi gambo raya dari pakcik aku, terpaksala aku tangguh dulu niat murni tersebut.

Tapi takpe, aku nak stori pasal gegaran yang aku rase semalam. Time tu aku kat opis sorang2 sebab yang len dah balik. Tengah dok ngadap laptop tu aku rase cam opis tu bergegar, aku pon dok bersandar sebab ingat aku macam nak pitam. Tapi still bergegar, so aku pon curiousla. Disebabkan aku penah ade pengalaman rase gegaran gempa bumi sebelum ni (sket je gegarnye, time tu tengah praktikal), so aku pon syak yang kali ni pon earthquake. Then aku terus gi ke toilet, tengok air bergoyang. Aku pon cuak terus keluar opis tu, tapi sampai kat tangga depan, rasa gegar tu dah takde.

Tak lama pastu dapat tau dari Kak Lina yang ade gempa bumi kat indon. Memang dah agak mesti ade something yang tak kena kat area indon sane. Cume kali ni bagi aku gegaran tu agak kuat, yang paling takut, gegaran tu agak lama. Tapi alhamdulillah nasib baik takde pape kat Malaysia ni.

Tapi bumi sekarang ni memang dah tak stabil. Gempa bumi kat indon tu sehari je pas gempa bumi kat Samoa, siap ade tsunami lagi hasil dari gempa bumi tu. Mungkin jangka hayat bumi pon dah tak lama. Wallahualam....