Baru beberapa hari lepas aku ngan housemate aku menonton muvi G-Force (sinopsis kat SINI), tapi kat umah je la. Memang best cerita tu, bak kate Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, kalau nak tenangkan fikiran, nak enjoy, tengok cerita kartun/animasi. Sebab kite akan tergelak walaupon sedikit.
Tapi kali ni bukanla aku nak ulas pasal pro & kontra muvi ni. Sebab aku bukanla pengkriti filem or penerbit filem or yang sewaktu dengannya. Just nak berkongsi cerita pengalaman tengok animasi ni pada waktu sekarang berbanding mase kecik-kecik dulu.
Dulu kalau tengok kartun memang best. Otak pon takde pikir ape-ape. Just enjoy myself. Tapi sekarang, mungkin disebabkan sudah dewasa, otak plak pandai menilai mane yang betul mane yang palsu, ditambah dengan sedikit pengetahuan pasal kartun or animasi tersebut, pengalaman tu makin kurang menyeronokkan.
Contoh macam G-Force ni, memang seronok tengok diorang beraksi, tapi tetap terlintas yang sume tu hanyalah generated dari komputer. So persepsi dan keseronokan tu dah berkurangan. Kalau mase kanak-kanak dulu, memang 100% kene tipu, tapi keseronokan tu total.
Mungkin orang boleh cakap, kite kene buang persepsi tu. Tapi ianya bukan semudah makan ABC cendol yang best tu. Walau ape yang aku try buat, tetap akan muncul pemikiran 'hebat btol grafik komputer diorang ni' he2. Tapi takpela, nak buat cemana, aku pon dah dewasa he2.
So, pada yang tak tengok lagi cite tu, gi la tengok, ajak kawan-kawan or famili. Chow Pra Ya!
0 Penggossip Liar:
Post a Comment