Rakan Muda Khidmat Masyarakat @ Zoo Negara

17 Oktober lepas aku join aktiviti Kelab Rakan Muda (KRM) Parlimen Kuala Selangor, Khidmat Masyarakat kat Zoo Negara. JV ngan KRM Klang untuk budak2 under program Kampung Baru. So total dalam 60 orang peserta.

Sampai kat Zoo Negara dalam 9.40am, tapi pihak Zoo Negara dengan nada berlagak diorang cakap dah tak boleh buat aktiviti sukarelawan sebab waktu makan dengan waktu membersih kandang dah tamat. Tapi hasil negotiation, akhirnye diorang bersetuju. So kitorang masuk pakai pintu belakang untuk urusan pembahagian kumpulan & penyerahan tugas.

Diorang dibahagikan kepada 6 kumpulan, setiap satunye diberikan kandang masing2, contoh ade yang dapat kandang cimpanzi, buaya, harimau bintang etc2. Tugas diorang membersihkan kandang2 tu, then menyediakan makanan untuk binatang2 tu sambil dipantau oleh kakitangan zoo.

Bagus program camni, aku baru tau Zoo Negara memang ade program sukarelawan pade sesiapa yang berminat. Tapi tu tanggapan awal je. Akhir program, aku rase ni kali terakhir buat program sukarelawan kat Zoo Negara. Kakitangan2 zoo tu buat peserta2 sume macam hamba abdi, siap marah2 ngan tengking2. Aku harapkan something yang positif, tapi hasil negatif. Patutnye sambil diorang memantau, sambil tu diorang bagila info sket2 pasal kandang tu, habitat binatang tu ke, nape binatang tu camtu, nape camni. Tapi sume berlagak gile. Dah la tengking budak2 tu depan kitorang. Aku memang terkilan la.

Aku ingat nak ajak pembaca2 sume join aktiviti sukarelawan kat sane. Tapi aku rase, aku batalkan niat tu. Sebab nanti asyik kene maki dan dijadikan kuli jek. BTW, ni sket pics untuk tatapan....


Sticker yang kitorang sume dapat, so dapat masuk pree he2


Eksen jak!



Ni kandang buaya, termasukla buaya darat 2 orang ni



Kak Fiza ngan kawan2 baru dia termasuk pakcik ular



Afta program

P/s: Thanks to Kak Fiza sebab supply gambo2 he2

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Rakan Muda Khidmat Masyarakat @ Zoo Negara ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, November 4, 2009. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 6 komentar: di postingan Rakan Muda Khidmat Masyarakat @ Zoo Negara
 

6 Penggossip Liar:

annie said... | November 5, 2009 at 2:51 PM

sebbaik tak join! hikk! =P

abcdef said... | November 5, 2009 at 3:01 PM

Rugila, teringin nak tgk ko kene marah2 ngn org tu ha3...weekend ni ade tournament futsal under program belia selangor kat tg karang...jom!

♥readikara♥ said... | November 5, 2009 at 9:18 PM

komisyen mane?hahahha

abcdef said... | November 5, 2009 at 11:02 PM

Collect kat pakcik Rahman dok kat Jalan Abu Mahmud, Selatan Thai ha2

annie said... | November 11, 2009 at 11:08 AM

yeke?? bukan die tak jadi marah ke lepas tgk muke kesian org..haha

whole weekend for this month suda full~~~
da akhir2 thn ni bykle pulak workshop2 nyeh, kenduri kawin nye..,cuti-cuti malaysia nye..huhu~

abcdef said... | November 11, 2009 at 1:06 PM

Oh samela kite...aku berharap agar november ngn december ni jd bulan double sbb byk sgt kenduri kawen ngn nak cuti2 malaysia he2