Last wiken banyak benda terjadi. Lets cekedaut...
Sukaneka Taman Permai 2011
Sukaneka ni atas beberapa sebab terpaksa beberapa kali ditangguhkan. Tapi akhirnye diawalkan balik plak. Macam2 hal. Dianjurkan oleh Rukun Tetangga, dengan kerjasama Jiran Wanita, Jiran Muda, dan Persatuan Belia, akhirnye dilangsungkan 26 Nov 2011 hari tu.
Disebabkan aku jauh dari kampung, aku dimaklumkan yang aku akan jadi pengadil on that day. Aku tak kesah. Tapi sekali hari tu aku kena jadi emcee plak sepanjang satu hari pertandingan. Dah la tekak tak brape elok. Tapi pasrah je la. Seronok bahan orang2 yang macam2 ragam ni hehe.
Pertandingan plak ade banyak kategori, dari budak2 seawal umur 5 tahun hinggalah ke orang tua. Budak2 kecik dengan orang dewasa punyela sporting, tapi budak2 remaja kononnya malu la, machola, poyo la weh haha.
Selain tu ada gak cabutan nombor bertuah ngan teka biji labu. Pertandingan dirasmikan bro Pardi, Pen. Pegawai Perpaduan. Kalau sesapa rase aku ade main laser je mase bercakap tu, aku minta maapla eh.
Copo copo |
Bakal atlet junjung buku |
Nak isi penuh ni dalam 5minit gak la tunggu |
MC yang kepenatan seharian berdiri |
Antara yang datang |
Bolo-bolo beracun |
Nyanyian 1 Malaysia |
Hadiah tupperware pon okla, nanti bole bisnes jual kueh mueh |
Sambutan Tahun Baru Maal Hijrah 1433
Berbeza dengan sebelum ni yang aku sambut kat surau, tahun ni kat rumah je. Sebabnya nak sambut dan baca doa bersama isteri tersayang. Disebabkan sukaneka yang tamat agak lewat, sekitar jam 6 petang, aku pon cepat2 mandi untuk solat Asar, dan seterusnya bersedia untuk membaca doa akhir tahun di hujung2 Asar/sebelum Maghrib. Selepas Maghrib, kami baca doa awal tahun plak. Feeling weh sambut ngan wife hehe. Next entry nanti aku cite pasal azam plak eh.
Futsal Ex SMKAKS Batch 1998-2002 vs Batch 1997-2001
Abes je solat Maghrib dan sambut tahun baru, aku ngan isteri cepat2 bersiap untuk ke Triways Futsal kat Shah Alam plak dari jam 8 hingga 10 malam. Walaupon aku seorang pemain yang sangat hebat, tapi pada malam tu aku terpaksa main sambil lewa je disebabkan kaki yang lenguh dek sukaneka siangnyye.
Walaupon respon pada awalnye macam tak ramai yang datang, tapi at the end, ramai gak yang tunjuk muka. Mungkin takut dilabel pondan kot keh3.
Senang cite, team senior ibarat lauk kari kepala ikan je bagi junior yang hebat macam kami ni...ehem3.
Bermain 10 minit, 110 minit lagi berborak |
Harimau Muda Belia |
Kemas Stor
Keesokan paginya aku ngan adik dan mama aku mengemas stor yang dah pupak lerak (korang tau maksudnye?). Aku rase rumah hantu lagi selesa nak dok kot berbanding stor ni.
Bermula jam 8.30 pagi selepas sarapan kami mengemas, sampaila ke 3 petang, baru semua setel. Tapi sampah2 kami biar dulu kat luar tu, sebab dah tak larat.
Time mengemas ni la, terjumpa balik barang2 khazanah lama. Memang nostalgia sungguh.
Sebahagian barang yang dah dikeluarkan...diulangi lagi, hanya sebahagian. |
Mesin taip dari masa ayah aku buat thesis dia dulu |
Sekarang broadband paling cikai pon 512k, tu pon loading website macam siput. Kalau 56k macam modem tahun 1998 ni, korang paham2la hihi. |
Pasar Malam Tg Karang
Petang tu kami ke Pasar Malam kat Tg Karang, buat ape lagi, menghabiskan duitla huhu.
Malaysia vs Bahrain
Punyela menanti match kelayakan Olimpik ni, sekali dah nak start, Astro tak dapat siaran plak dek hujan gerimis je pon. Memang naik angin aku dibuatnye.
Akhirnye time 2nd half baru dapat tengok, tu pon masih sangkut2. Siaran paling clear masa Harimau Muda kene 3 biji gol dalam masa 6 minit tu. Macam haram haha.
Rambutan Free
Ahad pagi tu aku bawa isteri ke pasar. Biasela, orang pregnant mengidam macam2. Pagi tu dia teringin nak makan ketam. Aku beli ketam paling beso yang ada kat pasar tu haha.
Balik dari pasar, singgah rumah mak mertua maksu (aku panggil nenek), untuk menapau rambutan. Petik? Jolok? Kait? Semua salah. Kitorang potong terus dahan pokok tu pakai gergaji haha. Tapi takpe, nanti dia makin bercabang untuk dahan baru. Hasilnye, memang banyak gile la. Ade dekat 10 beg plastik besar gak la. Terbaiiikkk....
Ahad pagi tu aku bawa isteri ke pasar. Biasela, orang pregnant mengidam macam2. Pagi tu dia teringin nak makan ketam. Aku beli ketam paling beso yang ada kat pasar tu haha.
Balik dari pasar, singgah rumah mak mertua maksu (aku panggil nenek), untuk menapau rambutan. Petik? Jolok? Kait? Semua salah. Kitorang potong terus dahan pokok tu pakai gergaji haha. Tapi takpe, nanti dia makin bercabang untuk dahan baru. Hasilnye, memang banyak gile la. Ade dekat 10 beg plastik besar gak la. Terbaiiikkk....
Proses memotong |
Hasil tuaian |
2 Penggossip Liar:
teringin nak tau beso mana ketam terbeso kat pasar tu. hahah
beso,klu kangkangkan kaki ketam tu, lebih kurang 400mm x 250mm
Post a Comment