Pagi tadi aku balik dari site dengan Kemal, singgah kat CIMB sat, nak cucuk duit untuk beli materials untuk kerja-kerja site. Keluar dari kereta, melintas satu Savvy putih, dan Kemal perasan orang yang di dalam Savvy tu. Pas Kemal bagitau sape, aku terus ekori kereta tu, dan memang konpem tu la orang yang aku cuba untuk lupakan selama ni.
Tak tau kenapa selepas hampir 2 tahun, aku masih macam ni. Aku ingat aku dah ok, dah boleh lupakan segala apa yang dah berlaku, tapi rupanya tak. Jantung aku masih berdegup kencang, badan aku masih menggigil tatkala melihat si dia keluar dari kereta. 2 tahun bukan satu jangka masa yang sekejap. 2 tahun macam-macam boleh berlaku. Tapi 2 tahun rupanya tak ade ape yang berubah.
Ya Allah, tolong berikan aku kekuatan....Amiiin.....
2 Penggossip Liar:
"Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan…
Tetapi ingatlah… melepaskan BUKAN akhir sebuah dunia, melainkan awal suatu kehidupan yang baru"
P/s:Sila baca ini...
http://readikara.blogspot.com/2008/10/atas-nama-cinta.html
thanks kak :)
Post a Comment