My Sister's Keeper

Salam,
Last 3 weeks aku ade tengok 1 movie ni, cam bese la, donlod jek. Cam post sebelum ni gak, aku bukanla nak ulas pasal filem ni dari segi teknikal or sinematografi dia sebab bukan bidang aku, tapi aku tertarik dengan jalan cerita dia.

Filem ni bermula dengan sepasang ibu bapa, Sara & Brian yang mempunyai anak yang menghidap kanser, Kate. Disebabkan takde sesape yang mempunyai DNA yang sama dengan Kate untuk transplant, so doktor mencadangkan supaya parents tu 'membuat' anak yang mempunyai DNA yang sama dengan Kate (engineered baby). Then, bile ditanye apa kemungkinan untuk DNA tu same, doktor tu jawab "100% perfect".

So baby yang lahir tu dinamakan Anna. Sampaila bile Anna tu dah remaja, dia sedar selama ni dia dilahirkan hanya untuk memberi segala bantuan kepada kakak dia, Kate, dari segi organ dalaman malah darah sekalipun. Then sampai satu tahap yang Anna tu kene dermakan buah pinggang, dia nekad untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya parents dia tak boleh amek dah anything dari tubuh dia. So dia dengan bantuan abang dia, Jesse, mendapatkan bantuan peguam yang terkenal, Campbell.

Untuk ending, korang tengoklah sendiri cane he3. BTW, aku suke plot cite ni. Konflik antara keperluan anak yang kene kanser dengan anak yang 'dicipta' semata2 untuk tolong anak yang kene kanser tu. Dari satu segi, memang kesian tengok Kate, lemah tak bermaya. Tapi dari segi yang lain, kesian tengok Anna yang dari kecil memang telah berkali2 mendermakan segalanya untuk kakaknya. Dalam hal ni, bapa diorang, Brian menyokong Anna tapi mak diorang, Sara, tegas dengan pendirian untuk menggunakan buah pinggang Anna demi kesihatan Kate. Lebih menarik bile dalam mahkamah tu menemukan peguam yang diupah Anna, Campbell dengan mak Anna sendiri sebab Sara merupakan seorang bekas peguam yang dah berhenti sebab nak menjaga Kate. 

Papepon, dalam cerita ni aku baru tau kite memang boleh mencipta DNA yang sama dengan orang lain, cume isunya, macam dalam hal klon, ianya melibatkan isu moral yang boleh dipersoalkan. Sekian jek. Nak tido, sok nak gerak balik ke JB. Bosannye driving sorang2 hu2
 

Calendar wallpaper

Salam kengkawan sume.
Aku nak share benda best ni. Sopwer ni memang bagus, lebih2 lagi kat orang yang selalu busy & selalu mengadap komputer. Kite bole manage aktiviti seharian dan to do list kite tiap2 hari kat wallpaper jek. Selain tu, korang bole tukar wallpaper korang setiap kali korang restart. Ni contoh screenshot dari laptop aku. Korang boleh sedut kat LINK NI. Install dulu, then masuk key yang aku bagi sekali tu kat 'About'.


 

Tips untuk kawan2 yang dah/akan kawen

Since sekarang ni berderet2 kawan2 aku yang dah kawen ataupon yang bakal berkawen, kebetulan aku plak terjumpe artikel yang cambest ni, so aku postkan untuk kebaikan bersama. So, ni antara tip-tip dalam kehidupan berpasangan.

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

credit to syok.org
 

Sorotan 2009

Salam,
Sempena taun baru ni, aku nak imbas beberapa perkara yang terjadi kat aku sepanjang taun 2009. Mungkin lambat sket nak publish sebab start taun baru aku kene dok kat Skudai, Johor atas faktor kerja. So, agak busy dengan preparation rumah baru. BTW, ni antara sorotan sepanjang 2009…

  • Januari – Mac, aku enjoy join aktiviti2 Rakan Muda & Belia, sampaikan tak terpikir nak cari kerja.
  • Bile aku rase dah patut nak cari kerja, aku pon apply la kat jobstreet sekitar pertengahan Mac.
  • Alhamdulillah, dari 3 kerja yang aku apply, sume soh datang interview, and surprisingly aku dapat kerja dari semua company tu. Dari Bkt Bintang, Puchong & Bandar Baru Bangi, aku pilih B.B.Bangi atas sebab tertentu.
  •  Hujung Mac, bermula kerjaya aku….
  • Seminggu lepas kerja, dapat surat offer untuk Program Pertukaran Belia under KBS, most probably ke Korea or Jepun, dan unfortunately aku tak dapat join sebab baru je pon nak start kerja.
  • Sebulan menumpang kat rumah Kemal, akhirnya aku berpindah ke rumah bujang kat Bandar Seri Putra.
  • 2 bulan bekerja, masa banyak diabeskan mengikut kursus dan mencari supplier.
  • Mei, lecturer aku mase kat UNIMAS, Dr Ibrahim, call aku, tanye cemane projek Master (in Civil Engineering) yg aku ngan dia usahakan dari Disember 08, aku terpaksa berterus terang yg aku aku tak minat. Sori doc….
  • Jun, bulan besday aku, parents blanje makan, adik2 yang len bagi hadiah kemeja yg sangat hensem.
  • Julai, camping dengan kawan2 mase SK Jeram, plan asal 9 orang pegi, last2 4 orang je yang datang. Hampeh!
  • Dapat tengok Malaysia vs ManU kat Stadium Bkt Jalil live depan mata. What a moment!
  • 13 – 16 Ogos, terbang ke UNIMAS, untuk majlis konvo. Saat mama mengalirkan air mata untuk kejayaan aku adalah saat yang terindah.
  • September?...Raya!!!...saat paling best berjumpe kawan2 kelas Insan pade 15 Ramadhan
  • 10 – 11 Oktober, aku dah gi kursus kawen & dah dapat sijil. So sape nak kawen ngan aku sila kontek aku di e-mel keh2
  • Retreat kompeni kat Crystal Crown, Kepong. Beberapa resolusi berjaya dibentangkan.
  • November, akhirnya Cg Azima kawen gak. Tahniah cekgu!
  • Dapat offer untuk join program Tunas Samudera, berlayar dari Lumut – Langkawi – Lumut dengan kapal TLDM, tapi disebabkan program yang terlalu lama (2 minggu), terpaksa tolak lagi sob3.
  • Disember, besfren aku, Kemal kawen, tinggalla aku ngan Ecah masih membujang. Congrats bro!
  • Sepanjang taun 2009 gak, aku berjaya bawa dan organized 4 program untuk taman perumahan aku.


Taun 2009 ni memang banyak kawan2 yang kawen. Mungkin faktor usia memainkan peranan. Lagi satu, bila dah kerja ni, macam2 tanggungjawab perlu difikir, tanggungjawab kepada Tuhan, ibu bapa, famili, jiran2 dan ahli taman perumahan, kompeni, kawan2 mase SKJ, SMKAKS, MRSM QBer, KMK, UNIMAS, kawan2 kompeni, kawan2 housemates, kawan2 kepada kawan2, awek2 kawan2 (ngehehe). Papepon, wish me luck in 2010, insya-Allah…..
 

Nak announce sket....


Salam. Start 1 Jan 10 ni aku dok kat JB, rumah bujang yang baru. So most probably tak dapat online untuk satu jangka mase yang lame memandangkan kat rumah tu takde akses internet. Akaun internet kat rumah bujang yang lame masih aktif so aku tak mampu nak bayar dua2 skali ha2. Orang2 Johor mehla ajak aku makan2 kat rumah korang ha2.
 

Azam 2010 hehehehe

Salam,
Aku rase ade sket azam yang nak share ngan kengkawan sume:


  • Nak kurangkan makan sebab badan makin sehat ni. Taun ni je 3 kali aku demam padahal selama ni nak demam sekali dalam setaun pon susah. Nampak sangat bile badan dah naik ni,, antibodi cam makin lemah la plak
  • Kalau driving, nak kurangkan laju & buang jauh2 habit suke memecut kat selekoh
  • Bukak 1 kompeni, partner ngan ayah
  • Try untuk totally lupekan ________
Tu je kot keh3