My Sister's Keeper

Salam,
Last 3 weeks aku ade tengok 1 movie ni, cam bese la, donlod jek. Cam post sebelum ni gak, aku bukanla nak ulas pasal filem ni dari segi teknikal or sinematografi dia sebab bukan bidang aku, tapi aku tertarik dengan jalan cerita dia.

Filem ni bermula dengan sepasang ibu bapa, Sara & Brian yang mempunyai anak yang menghidap kanser, Kate. Disebabkan takde sesape yang mempunyai DNA yang sama dengan Kate untuk transplant, so doktor mencadangkan supaya parents tu 'membuat' anak yang mempunyai DNA yang sama dengan Kate (engineered baby). Then, bile ditanye apa kemungkinan untuk DNA tu same, doktor tu jawab "100% perfect".

So baby yang lahir tu dinamakan Anna. Sampaila bile Anna tu dah remaja, dia sedar selama ni dia dilahirkan hanya untuk memberi segala bantuan kepada kakak dia, Kate, dari segi organ dalaman malah darah sekalipun. Then sampai satu tahap yang Anna tu kene dermakan buah pinggang, dia nekad untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya parents dia tak boleh amek dah anything dari tubuh dia. So dia dengan bantuan abang dia, Jesse, mendapatkan bantuan peguam yang terkenal, Campbell.

Untuk ending, korang tengoklah sendiri cane he3. BTW, aku suke plot cite ni. Konflik antara keperluan anak yang kene kanser dengan anak yang 'dicipta' semata2 untuk tolong anak yang kene kanser tu. Dari satu segi, memang kesian tengok Kate, lemah tak bermaya. Tapi dari segi yang lain, kesian tengok Anna yang dari kecil memang telah berkali2 mendermakan segalanya untuk kakaknya. Dalam hal ni, bapa diorang, Brian menyokong Anna tapi mak diorang, Sara, tegas dengan pendirian untuk menggunakan buah pinggang Anna demi kesihatan Kate. Lebih menarik bile dalam mahkamah tu menemukan peguam yang diupah Anna, Campbell dengan mak Anna sendiri sebab Sara merupakan seorang bekas peguam yang dah berhenti sebab nak menjaga Kate. 

Papepon, dalam cerita ni aku baru tau kite memang boleh mencipta DNA yang sama dengan orang lain, cume isunya, macam dalam hal klon, ianya melibatkan isu moral yang boleh dipersoalkan. Sekian jek. Nak tido, sok nak gerak balik ke JB. Bosannye driving sorang2 hu2

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel My Sister's Keeper ini dipublish oleh abcdef pada hari Sunday, January 31, 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan My Sister's Keeper
 
Reactions: 

0 Penggossip Liar: