Salam,
Sempena taun baru ni, aku nak imbas beberapa perkara yang terjadi kat aku sepanjang taun 2009. Mungkin lambat sket nak publish sebab start taun baru aku kene dok kat Skudai, Johor atas faktor kerja. So, agak busy dengan preparation rumah baru. BTW, ni antara sorotan sepanjang 2009…
- Januari – Mac, aku enjoy join aktiviti2 Rakan Muda & Belia, sampaikan tak terpikir nak cari kerja.
- Bile aku rase dah patut nak cari kerja, aku pon apply la kat jobstreet sekitar pertengahan Mac.
- Alhamdulillah, dari 3 kerja yang aku apply, sume soh datang interview, and surprisingly aku dapat kerja dari semua company tu. Dari Bkt Bintang, Puchong & Bandar Baru Bangi, aku pilih B.B.Bangi atas sebab tertentu.
- Hujung Mac, bermula kerjaya aku….
- Seminggu lepas kerja, dapat surat offer untuk Program Pertukaran Belia under KBS, most probably ke Korea or Jepun, dan unfortunately aku tak dapat join sebab baru je pon nak start kerja.
- Sebulan menumpang kat rumah Kemal, akhirnya aku berpindah ke rumah bujang kat Bandar Seri Putra.
- 2 bulan bekerja, masa banyak diabeskan mengikut kursus dan mencari supplier.
- Mei, lecturer aku mase kat UNIMAS, Dr Ibrahim, call aku, tanye cemane projek Master (in Civil Engineering) yg aku ngan dia usahakan dari Disember 08, aku terpaksa berterus terang yg aku aku tak minat. Sori doc….
- Jun, bulan besday aku, parents blanje makan, adik2 yang len bagi hadiah kemeja yg sangat hensem.
- Julai, camping dengan kawan2 mase SK Jeram, plan asal 9 orang pegi, last2 4 orang je yang datang. Hampeh!
- Dapat tengok Malaysia vs ManU kat Stadium Bkt Jalil live depan mata. What a moment!
- 13 – 16 Ogos, terbang ke UNIMAS, untuk majlis konvo. Saat mama mengalirkan air mata untuk kejayaan aku adalah saat yang terindah.
- September?...Raya!!!...saat paling best berjumpe kawan2 kelas Insan pade 15 Ramadhan
- 10 – 11 Oktober, aku dah gi kursus kawen & dah dapat sijil. So sape nak kawen ngan aku sila kontek aku di e-mel keh2
- Retreat kompeni kat Crystal Crown, Kepong. Beberapa resolusi berjaya dibentangkan.
- November, akhirnya Cg Azima kawen gak. Tahniah cekgu!
- Dapat offer untuk join program Tunas Samudera, berlayar dari Lumut – Langkawi – Lumut dengan kapal TLDM, tapi disebabkan program yang terlalu lama (2 minggu), terpaksa tolak lagi sob3.
- Disember, besfren aku, Kemal kawen, tinggalla aku ngan Ecah masih membujang. Congrats bro!
- Sepanjang taun 2009 gak, aku berjaya bawa dan organized 4 program untuk taman perumahan aku.
Taun 2009 ni memang banyak kawan2 yang kawen. Mungkin faktor usia memainkan peranan. Lagi satu, bila dah kerja ni, macam2 tanggungjawab perlu difikir, tanggungjawab kepada Tuhan, ibu bapa, famili, jiran2 dan ahli taman perumahan, kompeni, kawan2 mase SKJ, SMKAKS, MRSM QBer, KMK, UNIMAS, kawan2 kompeni, kawan2 housemates, kawan2 kepada kawan2, awek2 kawan2 (ngehehe). Papepon, wish me luck in 2010, insya-Allah…..
0 Penggossip Liar:
Post a Comment