BulanMadu di Langkawi - Day 2

Salam,

Ok bersambung kita bersiaran dari blog ni. Untuk hari kedua berikut aktiviti kami (macam artis le plak):
  • Pagi Ahad tu kami gerak awal sebab perlu berkumpul di satu tempat untuk aktiviti Island Hopping.
  • Island Hopping ni, korang akan dibawa pergi ke 3 pulau, iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, dan Pulau Beras Basah.
  • Di Pulau Dayang Bunting korang boleh mandi tasik, or lunjur kaki ke tasik di mana ikan akan berebut2 makan kaki korang or boleh naik paddle boat. Pulau Singa Besar plak korang tak turun dari bot, just tengok helang menyambar makanan dan di Pulau Beras Basah plak boleh mandi. Kat pulau ni memang cantik, cuma takdela secantik pulau2 kat Taman Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu. Selain tu, kat sini gak boleh sewa peralatan snorkeling, banana boat etc2.
  • Untuk Island Hopping korang boleh gi ke sekitar Pantai Cenang, kat sini akan jumpa banyak agensi yang menawarkan Island Hopping. Harga rata2 RM25/pax. Biasanya akan ada 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Tapi biasanya yang ramai amek pagi. Kalau nak pergi pagi, disarankan beli tiket sehari sebelum aktiviti tu. Pagi tu plak, korang akan dibawa ke jeti dengan menaiki van agensi, area jeti berdekatan Awana Porto Malai.
  • Bagus kalau bawak makanan macam roti ke mase aktiviti ni. Ye la, dah mandi2 nanti lapo le plak. Kat pulau2 tu ade gak jual2, tapi harga agak mahal la. Satu lagi, kat pulau jangan makan sebarang, takut diganggu monyet yang berkeliaran.
  • Balik dari aktiviti Island Hopping, dah jam 1pm. Kami balik hotel dulu untuk bersihkan diri dan solat.
  • Setel semua, kami gi lunch kat restoren Melayu tak jauh dari hotel tu. 
  • Part paling lawak, ada foreigner ni, dia taram letak sambal belacan macam kita letak kuah ke nasi. Sambal belacan tu memang seriously pedas gile. Then wife dia try rasa, terus melompat sambil kibas2 mulut. Aku ngan isteri sengih2 je la. Aku rase mesti tak lama pastu foreigner tu tukar plate dia haha.
  • Pas makan, aku baca paper. Last entry aku ada bagitau kat Pantai Cenang havoc semacam je dengan JPA ngan Bomba kan. Rupe2nye time tu ada seorang pelancong dari Sudan lemas. Adoipon, aku ngan isteri suke2 lepak kat pantai tu, tak sangka diorang tengah bertungkus lumus tengah cari mayat. Untuk repot lanjut korang boleh klik SINI.
  • Next plan kami ke Telaga Tujuh. Tapi kami just singgah di waterfall yang pertama. Tak larat nak gi ke waterfall Telaga Tujuh tu sebab jauh dan agak curam. Kaki plak masih lenguh sebab mendaki kat Pulau Dayang Bunting. 
  • Tapi waterfall yang kami pergi tu pon, Subhanallah, memang cantik. Aku ngan wife memang nak sangat mandi tapi disebabkan toilet yang busuk gila dan terbiar, so tak jadi nak tukar baju. Lastly kami berendam kaki je kat air yang best tu huhu.
  • Rupe2nye, kawan isteri bagitau, tempat tu dulu banyak kejadian orang lemas. So that dah tak ramai ke tempat tu, makin lama makin terbiar. Aku admit, kalau korang tak berhati2, tempat tu memang berbahaya.
  • BTW kat sini kene bayar parking je, RM2 untuk satu kereta.
  • Next, kami ke Oriental Village. Kat sini gak terdapatnya kereta kabel.
  • Pernah pergi ke Fraser Hill? Oriental Village ni lebih kurang camtula. Oriental Village ni satu perkampungan di dalam hutan, tapi mostly kedai2 untuk kite bershopping. Ade gak aktiviti macam flying fox, bagi makan ikan dan lain2.
  • Then kami pergi naik kereta kabel. Tiket harga RM30/pax. Tapi untuk jam 5 hingga 7 petang boleh dapat half price. Tapi make sure bawak MyKad untuk diorang scan.
  • Dari stesen bawah korang akan dibawa ke atas yang mengandungi 2 stesen lagi. 
  • Perasaan aku? Mula2 teruja, tapi makin ke atas makin gayat seh. Lagi2 masa tu angin agak kuat, bila bergoyang memang seram gile haha. Kat stesen atas korang boleh turun dan menikmati pemandangan di sekitar Langkawi dari tempat yang disediakan. Tapi kenapa 5-7 petang tu separu harga? Sebabnya time tu mungkin agak berkabus so susah sket nak menikmati pemandangan.
  • Kalau cerah, bukan setakat berbaloi dapat tiket murah, tapi kalau korang tunggu lewat sket, boleh tengok sunset.
  • OTW balik ke hotel, kami singgah makan laksa di Laksa Power. Mati2 ingat laksa Kedah. Skali pelayan pon orang Kelantan haha. Sekali tanye, dia cakap laksa Penang plak.
  • Okeh, see more pictures ley:
Dari jeti, diorang akan bawa ke pulau2 naik bot macam ni la

Kebanyakannnya foreigners, even dalam bot ni aku ngan wife je locals

Pulau Dayang Bunting

Dalam Pulau Dayang Bunting ada tasik. Paddle Boat yang aku naik ni RM20 untuk 45 minit

Eagle Feeding

Pulau Beras Basah. Sini mandi memang best. Aku mandi sampai kecut2 badan.

Aku tak ingat la tempat ni nama apa haha.

Tengok je la signboard tu

See, beautiful kan?

Ni kalau tergelincir alamat tak jumpa dah

Dalam kereta kabel

Di stesen pertama

Dek yang disediakan di atas stesen untuk menikmati pemandangan

Sekitar Langkawi

Oriental Village

Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel BulanMadu di Langkawi - Day 2 ini dipublish oleh abcdef pada hari Friday, October 7, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 3 komentar: di postingan BulanMadu di Langkawi - Day 2