BulanMadu di Langkawi - Day 3

Okeh, hari last di Langkawi.
  • Pagi tu pas breakfast kami gerak ke Pekan Kuah untuk bergambar di Dataran Lang dan soping2 di Pekan Kuah.
  • Sampai kat Dataran Lang, agak kecewa la, sebab tugu helang tu tengah dalam proses baik pulih. Tapi nak buat cemana, kami bergambar je la.
  • Pas puas bergambo, masuk ke Jeti Shopping Mall, saje cuci mata. Isteri plak nak repair speknya.
  • Kat sini sempatla beli barang2 untuk dapur macam sudu, garfu, pisau, senduk etc2, since kami pon dalam proses pindah ke rumah baru. So kenala beli benda2 camtukan. Lagi satu, seriously, kat sini memang murah berbanding kat luar. Ye la, tax free kan.
  • Then kami ke Makam Mahsuri plak. Kat sini bayaran masuk RM4/pax. Kalau korang pernah gi Kampung Budaya kat Kuching, konsep tu lebih kurang kat sini la.
  • Selain makam, ada gak konsep perkampungan dan rumah2 pembesar2 yang berkaitan dengan sejarah Mahsuri dipertontonkan kat sini. Selain tu, ade gak persembahan kebudayaan.
  • Afta that, kami pergi mencari produk gamat plak since kat sini gamat antara produk yang popular.
  • Seterusnya, kami menuju ke Beras Terbakar plak. 
  • Sepanjang jalan menuju ke tempat pameran beras yang terbakar tu, ade gerai2 yang menjual pelbagai barangan.
  • Bagi aku, dalam banyak2 tempat yang kami pergi, kat sini yang paling murah la. So rekomended kalau nak soping kat sini.
  • Kemudian kami ke Pekan Kuah semula untuk membeli coklat2. Kat area Langkawi ni, kedai yang agak popular ialah Haji Ismail Group.
  • Penat bersoping, kami gi makan plak. Aku makan Pasembur, wife plak dengan laksanya hehe.
  • Pas semua setel, kitorang terus ke airport untuk urusan pemulangan kereta sewa dan untuk berlepas balik ke KL.
  • Untuk panduan, kami punye pakej ni, untuk penginapan 3 hari 2 malam berserta kereta sewa 3 hari ialah RM458 x 2 orang = RM916. Flight plak RM619 untuk 2 orang pergi dan balik. Tapi tiket flight tu kalau tempah awal dapatla murah.
  • Tapi kalau nak main redah je gi ke sana pon takde masalah. Sebab sampai je airport, memang banyak kaunter2 dari agen2 tourism. Tinggal kebijaksanaan memilih je. Tapi lebih bagus kalau prepare awal2.
  • Bagi aku, kalau nak senang, baik pilih hotel2 di area Pantai Cenang, so nak buat aktiviti pon senang.
  • Tips untuk dari dikenakan cukai semasa menyoping di Langkawi, korang mesti minimum stay sana selama 3 hari 2 malam. So that korang digalakkan untuk simpan tiket kapal terbang or boarding pass, takpun voucher dari hotel. Maksimum jumlah yang dibenarkan ialah RM500/pax. Kalau tak, korang akan dikenakan tax 30% dari harga barangan yang dibeli semasa nak keluar dari Langkawi.   
  • Ok moh tengok gambo2....
Jalan ke tempat soping walau dalam dompet ade doposen je

Ceklis kat henpon

LIA

Pas amek beg, kat dalam epot boleh pilih pakej yang berkenan

Tengah renovate pon kitorang bantai je la bergambo

Jeti

Pn Isteri tengah memilih

OTW ke dalam makam

Antara jalan cerita yang diceritakan melalui pepatung

Antara rumah yang dipamerkan

Kebudayaan di dalam kompleks Mahsuri

Beras terbako

Kalau masak pon masih sedap ni

Sekitar gerai2 di Beras Terbakar

    Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

    Artikel BulanMadu di Langkawi - Day 3 ini dipublish oleh abcdef pada hari Friday, October 14, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan BulanMadu di Langkawi - Day 3
     
    Reactions: 

    2 Penggossip Liar:

    Reen said... | October 17, 2011 at 1:41 PM

    jeles gilaaaa gi shopping!. haha mane gambor daimku??? ngeh3

    abcdef said... | October 18, 2011 at 11:52 AM

    Daim dah selamat dlm perut kak dila haha