BulanMadu di Langkawi - Day 1

Salam,

1 Oktober baru2 ni aku dengan isteri gi ke Langkawi untuk destinasi bulan madu yang ketiga hihi. Kali ni encik bos plak yang belanja. Pakej termasuk flight pergi balik, kereta sewa sepanjang berada kat sana, dan penginapan 3 hari 2 malam. Ok, artikel kali ni untuk hari pertama je ye.

  • Flight menggunakan khidmat Tony Fernandez jam 1200 dari LCCT dan dijangka sampai ke epot Langkawi jam 1300.
  • Sampai kat sana dah ada agen tourims yang tunggu dan bagi kereta sewa yang dah ditempah. Kat sana kami diberi kereta Toyota Yaris.
  • Untuk first destinasi, kami terus menuju ke hotel dulu. Penginapan di Sandy Beach Resort, Pantai Cenang.
  • Disebabkan bilik/chalet yang penuh di tepi pantai, kami diberi lot banglo (yang takde rupa banglo) kat seberang jalan. Tapi pantai masih dekat, jalan kaki jek.
  • Basically aku rase resort ni takdela sampai 3 bintang macam disebutkan dalam websitenya. Mungkin 1 bintang je kot, takpon taik bintang. Breakfast pon tak banyak variasi, takat mi goreng, bihun goreng ngan roti bakar je.
  • Tapi bilik ok la. Cuma TV dapat TV2 ngan TV3 je, tu pon banyak 'semut'.
  • Then kami ke Laman Padi. Masuk free. Kat sini kalau tengok description, ade a few activities, ala ala homestay camtu. Antaranya menanam benih padi, menyemai etc2. Then ada pameran berkenaan alatan menanam padi. Tapi kecik je ruangnya. So kesimpulannya kat sini, kalau tak datang pon takpe.
  • Next kami pergi ke Underwater World Langkawi (UWL). Untuk pemegang MyKad, tiket adalah RM28. Tapi ade spesel rate untuk gomen servant, just RM22. Yang penting perlu ade bukti. Hari tu aku pakai namecard wife.
  • Kat sini, dengan bayaran sebanyak tu, bagi aku sangat berbaloi. Tempatnya sangat besar, then ada macam2 jenis haiwan laut. Yang bestnye lagi, selain ada haiwan2 laut yang pelik, ade gak penguin2 yang comel2. Ok, tempat ni wajib pergi.
  • Actually UWL dengan Laman Padi tu dekat je ngan hotel kami. Keluar dari UWL, kami pergi ke tepi Pantai Cenang plak. Saje lepak2 kat situ.
  • Pantai tu memang cantik, nak2 lagi time sunset. Tapi time tu orang dari kalangan pelancong agak ramai. Then ditambah lagi dengan agensi JPA, Bomba ngan APMM (Maritim) yang macam tengah ada program kat situ. Aku ngan wife pikir mungkin diorang tengah ada family day kot.
  • Untuk mandi, tak berani sangat, sebab ombak kat situ agak besar dan kuat.
  • Malam kami dinner makan ikan bakar di area Pantai Cenang. 
  • Ok lets tengok gambar2 plak.
Pn Isteri buat2 bizi bace paper di epot

Salah sebuah pulau yang ada di sekitar pulau Langkawi

Kereta yang diberi untuk jalan2. Toyota dugong.

Bilik yang ok ok jek

Laman padi

Antara aktivit yang sepatutnya ada tapi haram takde

Cubaan memahami bahasa ikan

Info info

Dr M kantoi tengah eksaited

Si comeiii

Walaupon tengah sejuk bangat tapi tetap menten

Bukti ni, bukti...

Sekitar pekan di Pantai Cenang

Ni baru Pantai Cenang

Berdua lebih baik

Sun sedang setting

Takat sekor je memang celah gigi la


    Penulis : abcdef ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

    Artikel BulanMadu di Langkawi - Day 1 ini dipublish oleh abcdef pada hari Wednesday, October 5, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 4 komentar: di postingan BulanMadu di Langkawi - Day 1
     
    Reactions: 

    4 Penggossip Liar:

    syahidahfouat said... | October 6, 2011 at 1:09 AM

    comelnya tengok kak dila cuba cakap bahasa ikan :D

    Reen said... | October 6, 2011 at 2:57 AM

    hahaha.. part honeymoon bestttt lagi2 bab orang sponsor kann tapi..tapi...why they give u 2 beds? haha. besar pulak tu.. me and syidah terpelik.

    abcdef said... | October 6, 2011 at 8:33 PM

    Syidah: suami dia lg comei keh3
    Rin: Actly bilik kat tepi pantai, yg banglo lot tu utk pakej famili....tp sbb tepi pantai tu dah full, dia bg yg banglo tu, sbb tu ade 2 katil

    Anonymous said... | November 22, 2011 at 4:24 AM

    awal yang baik